Saturday, May 6, 2017

Laguna Agro...kami datang lagi!!

27-29 April 2017, kami datang lagi ke Laguna Agro, Gong Batu, Setiu, Terengganu. 40 orang pengawas PSS dan beberapa orang Guru PSS terlibat. Terima kasih tak terhingga bust suami sudi menemani sepanjang program. Terima kasih juga buat alumni Pengawas PSS, Syahrunazrin, nasrum, sabri, fendi, farah dan ain sudi menolong saya dan menjayakan kem ini..juga biat cikgu2 yang bermalam di sana dan mengikuti sepanjang aktiviti.. Syukur Alhamdulillah...semua berakhir dengan baik, selamat dan jayanya






Tuesday, December 1, 2015

Baru ku tahu ( Khasiat Halba )

khasiat halba yang menakjubkan. (Fenugreek)

Halba adalah rempah ratus yang sering digunakan untuk masakan. Bila saya terbaca sebuah hadis, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud ” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas”(books of sufi healing)

Ambil dalam bentuk kapsul yang paling mudah

Rasullullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud “Gunakanlah halba sebagai ubat” (qamus Al-Tibb)

Banyak khasiat yang didapati apabila kita mengambilnya dalam makanan atau dalam bentuk minuman cuma bila minum tahu sajalah rasanya tidaklah sedap, tapi yang pasti, InsyaAllah memang baik untuk tubuh badan. Saya ambil dalam bentuk kapsul, mahal sikit tapi senang, telan saja. :)

Buku untuk rujukan….

Dalam Bartram’s encyclopedia of herbal medicine:
1-2 sudu teh halba(tumbuk bagi pecah) dengan 1 cawan air dan rebus di atas api yang kecil selama 15 minit. minum air dengan halba.

Cubalah amalkan mengambilnya selama 3 bulan. InsyaAllah akan ada rasa kelainan pada tubuh badan.

Wanita arab suka mengambil halba ini untuk cantikkan buah dada. Bagi ibu yang menyusu, halba mampu menambahkan susu badan.
Halba juga baik untuk mereka yang menghidap kencing manis kerana ia boleh menurunkan paras gula dalam darah. Namun begitu perlu berhati-hati juga, jangan biarkan paras gula terlalu rendah kerana boleh memberi kemudaratan pada kesihatan, bahaya nanti(Bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis). Disamping itu, halba berkesan merendahkan kolesterol, membantu melegakan batuk yang kronik, bengkak gusi, pembuka selera, sakit dalam perut, hernia dan banyak lagi manfaatnya.

Halba senang didapati di kedai runcit dan di supermarket. Murah pulak tu. Selamat dimakan sebab itu halba sering dimasukkan ke dalam masakan. Selain berkhasiat halba juga mengharumkan masakan.

Kita tidak akan dapat merasakan kebaikan satu-satu herba itu pada tubuh badan melainkan mengambilnya untuk satu jangka masa, cubalah selama dua tiga bulan.

Sumber: Pak Cik Google

Sunday, November 24, 2013

HOBI WAKTU PETANG

Ini lah dia...hobi kami waktu luang..mula dengan perlihara angsa, kemudian tambah dengan itik telur dan ayam telur. Waa lumayan....selain telur itik atau ayam tu diguna untuk kegunaan sendiri..blh juga jual kepada jiran2 terdekat dan kwn2. Syukur alhamdulilah..rs nak tambah lg bilangan itik telur ni. Hilang stress keja bila tengok binatang perliharaan ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...