Monday, February 28, 2011

Wasiat Imam Syafie...

Wasiat Imam Syafie...
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut:


"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati
dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang
dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu
orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima
bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.._,_.___

"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

Liverpool Mengalami Kekalahan Pertama Di bawah Kenny Dalglish

LONDON 27 Feb. -
West Ham keluar dari kedudukan tercorot Liga Perdana England selepas menumpaskan Liverpool 3-1 di Upton Park, sebentar tadi.
Scott Parker membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-22 dan Demba Ba menjadikan kedudukan 2-0 sebelum babak pertama berakhir. Liverpool berjaya merapatkan jurang kepada 2-1 hasil jaringan jarak dekat Glen Johnson di minit ke-84, namun West Ham mengesahkan kemenangan menerusi Carlton Cole pada minit terakhir.
Ini adalah kekalahan pertama Liverpool dalam sembilan perlawanan di bawah Kenny Dalglish

Sumber Dari:
Agensi&Utusan Malaysia

Parkir Automatik Di Kuala Terengganu..Satu Seadanya Di Malaysia

Ia adalah yang pertama seumpamanya di negara ini dan terbesar di Asia Tenggara.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said akan merasmikannya kira-kira jam 300 petang pada 2 Feb 2011.


KeluargaKu ( http://omarnoraini.blogspot.com ) difahamkan cadangan mereka bentuk membina sistem parkir automatic “rotary type” di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu menggunakan teknologi Korea.



Sistem parkir automatic “rotary type” di jalan Batas Baru ini melibatkan 24 set sistem parkir untuk kereta jenis kenderaan iaitu yang biasa dan besar (SUV,MPV & 4X4).Satu set boleh memuatkan 10 buah kereta (saloon car) dan 8 buah untuk jenis besar.



Mengikut pegawai yang memantau perjalanan parking ini, ciri-ciri keselamatan amat dititik berat dimana setiap masa ada pegawai yang memantau dan membantu pengguna untuk mengajar pengguna cara penggunaannya menceritakan bagaimana “rotary type”ini beroperasi dan menceritakan ciri-ciri keselamatan yang diamalkan.


Trak tempat kereta diletakan

Trak Parking diletakkan penghadan had supaya kereta terhenti

Pegawai-pegawai yang memantau dan sedia membantu pengguna







Sunday, February 27, 2011

Duit, Duit, Duit......Nah Ambik Kau..?

Gambar Hiasan: Duit Ringgit Malaysia

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Mahasiswa universiti Zana (bukan nama sebenar) memutuskan untuk menceburi perniagaan jualan langsung setelah menghadiri ceramah tentang 'bagaimana menjana keuntungan beribu Ringgit sebulan'.

Zana begitu teruja dengan 'persembahan' pelan pemasaran yang disampaikan oleh penceramah itu yang memberikan gambaran tentang betapa senangnya untuk menjana pendapatan yang besar dengan menjual alat kelengkapan rumah.

"Anda boleh menjadi majikan anda sendiri dan mendapat pulangan lumayan dengan menjual produk serta mendapat komisyen dengan mempelawa ahli baru untuk menyertai perniagaan ini," seorang penceramah memberitahu mereka yang hadir pada sesi ceramah itu.

Tetapi Zana tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk memulakan perniagaan itu. Keluarganya tidak begitu menggalakkan kerana Zana masih belajar dan enggan memberikan wang modal.

Zana memutuskan untuk menggunakan wang Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Nasional (PTPTN) untuk dibuat modal.

Tetapi malangnya setelah beberapa bulan dalam perniagaan jualan langsung itu dan terpaksa membahagi masa antara pelajaran dan dunia perniagaan, Zana mendapati pendapatan daripada perniagaannya bukanlah sesuatu yang senang untuk dicapai.

"Saya berjaya menjual hanya beberapa produk. Akhirnya saya mengalami kerugian yang besar. Tetapi apa yang lebih memeningkan ialah saya menghabiskan wang pinjaman PTPTN untuk itu," kata Zana kepada penulis.

Zana menyesal tindakannya memasuki dunia perniagaan langsung ketika masih belajar 'tidak menjadi' dan daia terpaksa mencari sumber kewangan yang lain untuk menampung kos pelajarannya.

JUALA LANGSUNG

"Adalah tidak berapa bijak bagi pelajar universiti menceburi bidang perniagaan kerana mereka sepatutnya fokus terhadap pelajaran. Bukannya senang nak dapat tempat di universiti, jadi mereka sepatutnya menggunakan peluang yang diberi dengan baik dan bukan menyalah guna wang PTPTN", kata aktivis sosial dan pengguna Fatimah Mansur bila ditanya tentang dilema yang dihadapi Zana.

Fatimah berkata penjual langsung mestilah seorang yang mempunyai kesabaran dan tahu bagaimana caranya mendekati pelanggan selain mempunyai masa untuk berbuat demikian.

"Itulah sebabnya tidak berapa bijak bagi pelajar menceburi bidang perniagaan kerana ini akan memberi impak terhadap pelajaran kerana penjual langsung perlu memberikan penerangan serta membuat demonstrasi tentang produk yang mereka jual", katanya.

Penjual langsung bebas seperti Zana beroperasi bagi pihak diri sendiri atau bagi pihak syarikat, menjual produk dan perkhidmatan melalui jalinan jualan peribadi.

UNTUNG, RUGI

Penjual langsung berpeluang mencapai keuntungan yang lumayan daripada perniagaan mereka tetapi mereka juga mesti bertanggungjawab terhadap risiko yang bersangkut-paut dengan perniagaan seperti ini.

Ini bermakna mereka juga boleh menanggung kerugian besar, terang seorang lagi aktivis pengguna dan sosial, Gurmukh Singh.

"Jadi mereka juga boleh buat duit dan pada waktu yang sama boleh menanggung kerugian yang kadang kala agak besar," katanya.

Antara barang dalam bidang jualan langsung termasuk produk kosmetik dan penjagaan kulit, penjagaan peribadi dan pencuci, penyedut hampagas, produk makanan serta nutrisi, barang rumah serta pembersihan rumah, barang mainan, buku dan produk pembelajaran selain pakaian, barang kemas serta aksesori fesyen.

KERJA KERAS, MOTIVASI

Kata Gurmukh Singh lagi, bidang jualan langsung memerlukan kesabaran, masa, motivasi dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan.

"Kalau tiada elemen-elemen ini, kemungkinan besar perniagaan itu akan gagal. Wang tidak akan begitu mudah masuk ke pangkuan anda. Kejayaan tidak berlaku dengan sekelip mata

"Tetapi ada yang begitu mempercayai yang mereka dapat menguasai perniagaan seperti ini dan wang dengan mudah akan mencurah masuk. Sebenarnya bukan mudah seperti yang mereka sangkakan. Ia mungkin boleh membinasakan (diri)".

Kata beliau penjual langsung terpaksa bekerja keras untuk mencapai kejayaan.

"Ini bermakna meluangkan masa yang banyak setiap hari bagi mempromosi apa yang mahu dijual, serta sentiasa memberitahu apa yang terkini kepada pelanggan. Selain dari itu anda hendaklah sentiasa fokus dan mempunyai motivasi", kata Gurmukh Singh.

Tegas beliau, halangan yang paling besar dalam perniagaan jualan langsung ialah hilang minat serta motivasi.

"Jika hilang minat, kemungkinan besar perniagaan jualan langsung anda tidak akan berjaya," katanya.

Seorang pegawai PTPTN mempunyai nasihat ini kepada pelajar universiti:

"Duit PTPTN sebenarnya untuk pelajar menampung yuran universiti dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain.

"Jika pelajar didapati menyalah guna wang itu, mereka menghadapi risiko pinjaman di tarik balik," katanya.

Terima Kasih Kpd:
BERNAMA

Demonstrasi Hindraff : Polis Bebas 101 Orang



KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Seramai 101 orang, yang ditahan polis kerana menyertai demonstrasi haram membantah novel 'Interlok' di sini, Ahad dibebaskan secara berperingkat.

Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman, berkata mereka dibebaskan setelah polis selesai menjalankan siasatan terhadap mereka.


Bagaimanapun, katanya siasatan ke atas lapan orang lagi, dipercayai pemimpin kanan HINDRAF dan Hak Asasi Manusia (HRP), masih diteruskan.


"Pihak polis kini melengkapkan siasatan dan akan membebaskan mereka sebaik sahaja siasatan selesai," katanya dalam kenyataan.

Kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan antara 18 dan 66 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Jalan Pudu di sini sejak 8 pagi.

-- BERNAMA

Terengganu:- Kerana Lilin Rumah ibu tunggal hangus terbakar

27/02/2011 8:12pm

KUALA TERENGGANU - Rumah milik seorang ibu tunggal, di sini, hangus dijilat api dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada lilin yang digunakan ketika bekalan eletrik terputus.

Kebakaran menyebabkan Nah Ngah, 59, yang tinggal bersama seorang anak perempuan yang juga ibu tunggal berusia 30-an serta tiga cucu berusia antara tujuh dan 15 tahun tinggal sehelai sepinggang.

Nah yang bekerja sebagai pembantu kantin di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang ketika ditemui pemberita, berkata beliau menyalakan lilin bagi memudahkan cucu-cucunya bersiap ke sekolah setelah bekalan eletrik di rumahnya di Kampung Titian Hangus, Bukit Besar, di sini terputus kira-kira pukul 7 pagi ini. - Bernama

Keputusan EPL 26.02.2011 : M. United kembali jarakkan mata Dari Arsenal

WIGAN 27 Feb.
Pendahulu liga, Manchester United menang mudah 4-0 ke atas Wigan Athletic dalam saingan Liga Perdana England (EPL) sebentar tadi bagi menjarakkan kembali jurang mata kepada empat di atas pencabar terdekat, Arsenal. Javier Hernandez muncul watak penting di sebalik kemenangan besar United dengan dua gol pada minit ke-17 dan 73 sebelum Wayne Rooney meledak gol ketiga pada minit ke-84.Fabio menutup tirai kemenangan bergaya United dengan gol terakhir pada minit ke-87.

Aston Villa juga menang besar dengan membenam cabaran Blackburn 4-1

Wolverhampton keluar daripada zon penyingkiran liga selepas membelasah Blackpool 4-0 di Stadium Molineux.

Neewcastle dan Bolton seri 1-1

Everton menang 2-0 ke atas Sunderland.

Sumber Dari:
Agensi

Terkini:- Pengikut Hindraf berkumpul depan IPK KL

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Sekumpulan anggota pertubuhan haram Hindraf hari ini berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi mendesak pemimpin mereka yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan.

Kumpulan haram itu sejak pukul 7 pagi di KLCC sebelum bergerak ke sebuah kuil di Puduraya pada pukul 10.30 pagi dan kemudian ke IPK Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut berkawal di pintu masuk IPK Kuala Lumpur dan anggota cawangan trafik pula mengawal lalu lintas yang mulai sesak ekoran perhimpunan tersebut.

Penasihat Parti Hak Asasi Manusia, M. Ganessan berkata, perhimpunan itu bertujuan mendesak polis supaya membebaskan pemimpin Hindraf yang ditahan mengikut ISA dan buku Interlok dikeluarkan daripada kurikulum sekolah serta hak sama rata diberikan kepada kaum India.

Terima Kasih:
Utusan & Buletin 1.30 Tv3

Tidak tahan tekanan hidup, Lelaki Tikam Dada Lebih 10

HULU KLANG:
Tidak tahan dengan tekanan hidup, seorang lelaki berusia 56 tahun nekad menikam dada dan perutnya lebih 10 kali dengan pisau ketika di bilik tidur bersama isteri di rumah mereka di Jalan Wangsa 11, Bukit Antarabangsa, di sini, pagi semalam.

Oleh MUHAMMAD APENDY ISSAHAK apendy@hmetro.com.my Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi, isteri lelaki terbabit dikatakan menyedari kejadian selepas terjaga daripada tidur sebaik terdengar bunyi seperti orang bergaduh.


Dia segera membuka lampu sebelum menjerit kerana melihat suaminya berlumuran darah serta nazak.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada keluarga lelaki berkenaan sebaik menyedari kejadian yang berlaku dan beberapa anggota bergegas ke rumahnya bagi menjalankan siasatan.


Menurutnya, siasatan awal mendapati pekerja syarikat swasta itu mati akibat menikam diri beberapa kali dengan pisau yang turut ditemui berhampiran mayatnya.


“Setakat ini, hasil siasatan tiada unsur jenayah dan kita dapati lelaki itu membunuh diri. Mengikut keterangan ahli keluarga, lelaki terbabit mengalami tekanan perasan serius baru-baru ini disebabkan pelbagai masalah dihadapi.

“Ketika kejadian, empat ahli keluarganya berada di rumah iaitu dua anak perempuan dan seorang anak lelaki serta isterinya, warga British berusia 51 tahun,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan setakat ini kes terbabit diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Difahamkan, lelaki yang bekerja di syarikat perbankan itu baru saja pulang ke tanah air dua bulan lalu selepas ditamatkan kontrak kerjanya di Singapura.


Sementara itu, beberapa jiran lelaki berkenaan yang ditemui, termasuk pelakon terkenal, Elly Suriati Omar menyifatkan dia sebagai peramah dan baik hati serta selalu mengundang mereka jika ada majlis.


Elly yang tinggal selang tiga rumah dari rumah lelaki dikenali sebagai Peter di kalangan jiran, berkata dia bersimpati terhadap keluarga lelaki itu.


“Dia menginap di sini lebih 15 tahun dan memang baik hati serta peramah dengan jiran. Peter juga sering bertegur sapa dengan kami serta selalu membuat majlis makan di depan rumahnya dengan mengajak jiran.


“Kami sebagai jiran tidak pula tahu dia atau keluarga mengalami masalah dan tekanan,” katanya.

Terima Kasih Kepada:
Mymetro

Harimau Malaysia Terima Simpati Warga Jerman

BERLIN, 26 Feb --
Kisah menyayat hati seekor harimau betina dari Malaysia, bernama 'Girl', telah mendapat simpati ramai rakyat Jerman hingga mencetuskan kesedaran akan kemungkinan pupusnya harimau spesies ini di Malaysia.

'Girl' menerima perhatian di Jerman setelah ia menghidap artritis yang teruk di pinggul kanan hingga perlu menjalani pembedahan bagi menggantikan bahagian itu dengan pinggul prostetik.

Sekali gus, harimau Malaya berusia lapan tahun ini yang kini berada di Zoo Halle di negeri Saxony-Anhalt di timur Jerman menjadi harimau pertama di dunia menerima anggota palsu ini.

'Girl', yang mengalami artritis sejak musim bunga tahun lepas baru-baru ini dibedah oleh sekumpulan pakar perubatan veterinar dari University of Leipzig.

SATU PEMBEDAHAN UNIK

Seorang wakil Fakulti Perubatan Veterinar dari universiti itu memberitahu Bernama menerusi telefon bahawa 'Girl' menerima pinggul prostetik yang digunakan bagi anjing dengan sedikit pengubahsuaian.

Sebenarnya, pembedahan selama tiga jam itu menempuh pelbagai dugaan dan pada satu ketika denyutan jantung haiwan itu terhenti.

Bagaimanapun, tindakan pantas oleh pakar anestologi Michaele Alef, berjaya menyelamatkan haiwan berkenaan.

'Girl', yang kini telah kembali ke Zoo Halle, sedang beransur pulih dan ditempatkan di kandang berasingan, jauh dari tatapan umum, di bawah pengawasan rapi pakar-pakar perubatan dan penjaga di zoo itu, yang berkata, tempoh enam minggu lagi adalah penting bagi proses penyembuhan.

Walaupun Dr. Peter Boettcher, seorang daripada anggota pasukan pembedahan itu berpuas hati dengan keadaan 'pesakitnya', ini adalah tempoh genting kerana terdapat risiko tinggi kemungkinan berlaku dislokasi pinggul.

KEHEBATAN HAIWAN INI

Harimau betina Malaya boleh hidup sehingga 20-tahun. Oleh kerana harimau Malaya dianggap berada dalam senarai diancam kepupusan, proses pemulihan 'Girl' menjadi perhatian di Jerman.

Ini secara tidak langsung, menjana minat umum yang agak meluas akan hidupan liar yang kaya di Malaysia, minat yang sehinggakan Tourism Malaysia tidak dapat capai menerusi strategi pemasaran dan perhubungan raya mereka.

Haiwan-haiwan lazim diperkatakan sebagai duta negara terbaik bagi negara asal mereka.

Haiwan-haiwan ini memikat hati orang ramai yang datang untuk melihat mereka di lokasi asing - tidak kira ia di zoo, sarkas atau empat lain.

Panda China, sebagai contoh, menjadi lambang lembaran baru hubungan diplomatik yang direkayasa oleh negara itu apabila ia membuka tirai besinya kepada beberapa negara Barat hampir empat dekad yang lepas.

PROSEDUR MAHAL

Para pegawai mengesahkan bahawa prosedur menggantikan pinggul 'Girl' menelan belanja yang tinggi. Bagaimanapun, oleh kerana harimau Malaya adalah haiwan yang diancam kepupusan - dianggarkan hanya tinggal kira-kira 500 ekor harimau itu di habitat semulajadinya - pihak berkuasa tidak keberatan dalam menanggung kos yang tinggi untuk menyelamatkan haiwan itu.

Pinggul palsu yang diterima oleh 'Girl', pada asalnya direkabentuk oleh Pierre Montavon dengan kerjasama sebuah syarikat Switzerkand, Kyon. Montavon ialah profesor di University of Zurich, Switzerland.

Sementara itu, Zoo Leipzig, telah menghulurkan bantuan bagi projek memulihara badak Sumatera di Sabah.

Zoo itu telah menandatangani satu perjanjian dengan Institut Leibniz bagi Penyelidikan Zoologi dan Hidupan Liar dan Kerajaan Negeri Sabah, untuk menyediakan bantuan bagi melindungi biodiversiti Sabah.

Pencinta-pencinta alam di Jerman berkata hutan hujan Borneo, bersama flora dan fauna uniknya dan yang tertua di dunia menghadapi tekanan tamadun semasa.

BAHAYA KEPUPUSAN

Pertubuhan Pemuliharaan Alam Semulajadi Antarabangsa (IUCN) mendakwa haiwan mamalia di Sabah seperti badak Sumatera menghadapi ancaman kepupusan yang boleh dianggap di tahap genting.

Perjanjian tiga pihak akan menumpukan kepada usaha menggalakkan pembiakan badak Sumatera - dicerorhinus sumatrensis hamssoni - di habitat semulajadi.

Dengan hanya tinggal kira-kira 50 ekor badak kecil ini di habitat semulajadi, pencinta-pencinta alam Jerman menyeru tindakan segera untuk menyelamatkan spesies badak ini.

Leipzig Zoo akan menghantar penjaga haiwan yang berpengalaman ke Sabah untuk menimba pengalaman secara langsung akan penjagaan haiwan di bawah penyeliaan manusia. Zoo ini juga terbabit dalam projek perlindungan badak.

Institut ini akan menyediakan kepakaran saintifiknya untuk membantu dalam pembiakan haiwan. Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan Jerman menyumbangkan bantuan kewangan dalam projek ini.

Sementara itu, satu projek Pengalaman Dunia Tropika dijadual dibuka di Leipzig pada tahun ini. Projek ini bertujuan meningkatkan kesedaran umum akan mengapa penting hutan hujan kepada bumi dan bagaimana perbuatan manusia mengancamnya. Projek ini, dalam sebuah ruang tertutup seluas 16,500 meter persegi, juga akan menyediakan maklumat terperinci akan program badak Sumatera di Sabah.

Terima Kasih Kepada:
BERNAMA

Terkini:- Azizulhasni boleh berjalan tanpa bertongkat

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang semakin menunjukkan tanda pemulihan positif selepas menjalani pembedahan membuang serpihan kayu di bahagian betis kiri.

Perkembangan terbaru yang pastinya melegakan peminat ialah Azizulhasni kini sudah boleh berjalan tanpa perlu mengunakan tongkat.

Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad yang mengikuti perkembangan terkini pelumba itu berkata, jika Azizulhasni pulih dalam masa terdekat, tidak mustahil jaguh negara itu akan beraksi pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Apeldoorn, Belanda pada 23 Mac ini.

Katanya, ketika ini Azizulhasni hanya memerlukan masa untuk pulih daripada pembedahan yang dijalankan di Hospital Diraja Manchester.

''Saya ada menghubungi Azizulhasni semalam (kelmarin) dan dia beritahu saya bahawa dia sudah tidak perlukan tongkat lagi untuk berjalan.

''Ini merupakan tanda positif yang ditunjukkan oleh Azizulhasni, malah saya berharap dia dapat beraksi di Apeldoorn pada Mac ini.

''Walaupun pada peringkat awalnya kita bercadang untuk tidak memaksa beliau beraksi pada perlumbaan di Apeldoorn kerana mahu dia berehat, namun jika dia pulih sepenuhnya, sudah pasti kita akan benarkan dia beraksi,'' katanya di sini, semalam.

Tambah Naim, kecederaan yang dialami oleh Azizulhasni tidak akan menjejaskan keupayaan pelumbanya, kerana ujian imbasan yang dilakukan mendapati tiada sebarang salur darah terjejas akibat tusukan serpihan kayu trek.

'tidak mengalami kecederaan yang teruk dan kini dia hanya menunggu masa untuk jahitan pada kakinya itu pulih sepenuhnya.

''Saya juga amat yakin prestasi Azizulhasni akan berada seperti sebelum ini selain berupaya memberikan saingan sengit kepada pelumba-pelumba lain,'' kata Naim.

Terima Kasih Kepada:
Utusan Malaysia

KEPUTUSAN LIGA SUPER FAM 26.02.2011: - Perak ekori Rapat Kelantan & T-Team Catat Kemengan Pertama

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) --
Pasukan Perak terus merapatkan kedudukan apabila berkongsi 11 mata dengan pendahulu takhta Liga Super Kelantan setelah menumpaskan Pahang 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan Sabtu.

Beraksi di hadapan penyokong tuan rumah, skuad bimbingan Norizan Bakar itu nyata tidak mensia-siakan peluangnya bertandang ke tempat lawan apabila Muhammad Shafiq Jamal membuka tirai jaringan pada minit ke-22 dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli seterusnya menjaringkan gol kedua pada minit ke-44 untuk mengutip tiga mata penuh di tempat lawan.

Kelantan mendahului di tempat teratas dengan 10 gol berbanding Perak yang menjaringkan 6 gol kini.

Di Kuala Terengganu, T-Team mencatat kemenangan pertama setelah menang selesa 3-0 kalahkan Perlis di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.Tuan rumah tidak menunggu lama untuk menggegar gawang pelawat apabila Khairul Izwan Khalid menjaringkan gol seawal minit ke-3 dan selang tujuh minit kemudian, Md Badrul Hisani Abd Rahman pula menghukum kelemahan barisan benteng pertahanan Perlis untuk merembat masuk gol kedua.Penjaga gol Perlis Hairol Fazreen Abu Hassan tewas lagi apabila Khairul Izwan sekali lagi menjaringkan gol ketiga pada minit ke-59.

Di Shah Alam, impian Harimau Muda A untuk melonjak ke tangga ke-3 liga gagal apabila seri 1-1 menentang Felda United menerusi sepakan penalti, Liew Kit Kong pada minit ke-67 yang memusnahkan impian skuad anak didik Ong Kim Swee apabila pengadil melayangkan kad kuning kepada pertahanan Harimau Muda A, Mohd Amer Saidiin kerana mengasari Farderin Kadir dalam kotak penalti.Bagaimanapun Harimau Muda A terlebih dahulu memperoleh jaringan menerusi pemain gantian, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria yang menggelecek pertahanan lawan sebelum merembat kencang bola menewaskan penjaga gol Felda United, Hamsani Ahmad seawal pada dua minit babak kedua (min-47) berlangsung di Stadium Shah Alam.

Negeri Sembilan mencatat kemenangan tipis di tempat sendiri apabila menumpaskan naib juara Liga Perdana, Sabah 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi yang dijaringkan oleh Hairuddin Omar pada minit ke-76.

Di Johor Baharu, juara Liga Super musim lalu, Selangor gagal mengutip tiga mata penuh apabila sekadar seri 0-0 tanpa jaringan dalam perlawanan menentang Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang.

Terima Kasih Kepada:
-- BERNAMA

Saturday, February 26, 2011

Mak oi, mahalnya harga AIR MINERAL lebih mahal dari RON95


MUNGKIN ada yang hairan kerana minggu ini Bidai ingin memperkatakan mengenai air mineral yang sering kita minum di dalam botol.

Tapi bukanlah Bidai nak memperkatakan tentang keaslian air mineral itu kerana setakat ini Bidai belum lagi terima apa-apa laporan yang mengatakan air mineral itu tidak asli. Mungkin ada.

Kali ini Bidai nak memperkatakan tentang harga air mineral yang pelbagai dan dijual di mana-mana sahaja.

Ya, air mineral boleh kita peroleh di mana-mana tidak kiralah ketika kita nak menonton wayang, menyaksikan konsert, berjalan-jalan di kawasan tumpuan dan minum di restoran mamak mahupun di kafe-kafe terkemuka.

Air mineral pasti menjadi salah satu daripada menu minuman mereka.

Yang menjadi pelik kepada Bidai ialah air mineral yang dijual itu datang dengan pelbagai harga. yang paling mahal pernah Bidai minum air mineral ialah berharga RM5 untuk sebotol kecil air mineral 500 mililiter (ml).

Agak pelik Bidai dengan keadaan ini kerana air itu dijual di sebuah restoran yang agak ternama dan sering menjadi kunjungan orang ramai.

Jadi disebabkan ia adalah sebuah restoran ternama, Bidai menjangkakan mereka mampu membeli dengan banyak botol air mineral dan pastinya kos untuk membeli itu akan berkurangan berbanding warung-warung di tepi jalan yang hanya membeli paling banyak dua kotak air mineral berkenaan pada setiap masa.

Jadi sudah pasti warung akan menjual lebih mahal berbanding restoran terkena itu, namun ia sebaliknya.

Di warung Bidai masih boleh dapat paling kurang RM1.50 bagi sebotol air mineral 500ml.

Tidak masuk akal harganya dinaikkan sehingga RM5.

Kalau nak dikatakan ia air mineral import yang akan berhubung kait dengan duti dan eksais, Bidai rasakan tidak, kerana ketika itu botol air mineral itu sah-sah terpampang jenama air buatan Malaysia yang menjadi Super Brand di negara ini.

Malah ada juga kafe yang kurang ternama, namun mempunyai suasana selesa dan agak 'mahal' turut memaparkan harga RM3 bagi sebotol air mineral pada menu mereka.

Maka Bidai merasakan sudah sampai masanya pengguna diberi bantuan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menetapkan satu harga siling bagi penjualan air mineral bagi mengelakkan penjual mengambil kesempatan.

Bukan apa, bila kita sering menyebut air mineral, ia sudah seakan menjadi satu 'Trade Mark'.

Semua air yang jernih dan berwarna putih di dalam botol adalah air mineral walhal hakikatnya ia adalah air minuman.

Pada mereka yang tidak tahu, air minuman merupakan air yang diperoleh daripada air paip dan dirawat atau disuling dan ada juga dilakukan osmosis songsang bagi menambah kandungan oksigen di dalam air berkenaan.


Manakala air mineral diperoleh daripada sumber air bawah tanah yang sudah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagi yang tidak biasa, mereka akan telan air berkenaan. Namun bagi mereka yang tahu membezakan 'air paip' dan air mineral, kandungan klorin akan dapat dirasai.

Penjual turut mengambil kesempatan dengan menjual air minuman dengan kapasiti 500ml itu dengan harga RM5 walhal di pasar raya hiper, ia boleh diperoleh dengan harga 25 sen sebotol manakala 70 sen sebotol bagi air mineral bermutu tinggi.


Kalau air mineral jenama pasar raya berkenaan, ia akan dijual dengan harga 50 sen sahaja.

Bayangkan berapa banyak kita dah ditipu peniaga. Takat nak jual RM1 untuk air mineral Bidai tak kisah, tapi dah melampau kalau dinaikkan sehingga RM5 sebotol.

Yang peliknya, KPDNKK tidak mengawal harga air minuman dan mineral di kafe, kopitiam dan restoran. Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan di Parlimen tahun lepas mengenai ada pengguna yang dikenakan 60 sen untuk segelas air suam.

Dalam menjawab persoalan itu, Tan mengatakan pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan jika harga air berkenaan ada dipamerkan dan terpulang kepada pengguna untuk membeli atau tidak.

Tapi Bidai merasakan jawapan itu kurang kenalah. Bukan apa, ketika kerajaan sibuk nak promosikan pengurangan penggunaan gula dalam minuman dan makanan, sepatutnya beberapa tindakan proaktif turut diambil termasuk mengawal dengan lebih berkesan harga air mineral dan air minuman.

Bukan susah, kenakan harga siling kepada air mineral dan air minuman, itu saja. Peniaga pun takan nak jadi kaya cari untung menjual air mineral ni?

Bukan apa. Bidai mengatakan semua ini kerana tidak mahu pembaca tertipu dengan helah peniaga yang menjual dengan harga mahal, tetapi air itu dibeli dengan harga murah.

Lagi satu, mereka menipu dengan mengatakan air yang dijual itu ialah air mineral namun pada hakikatnya ia adalah air minuman daripada paip.

Bagi mereka yang masih pening dengan keadaan ini, Bidai nak beritahu cara mudah untuk mengenali mana satu air mineral dan mana satu air minuman.

Perkara ini Bidai peroleh dalam satu blog dan Bidai cuba membuat pemeriksaan.

Memang ya, jika kita nak tahu yang dijual itu adalah air mineral, pastikan penutup botolnya berwarna, tak kiralah biru ke, hijau ke, kuning ke. Penutup air minuman hanyalah berwarna putih.

Tak percaya? Cuba tengok di kedai-kedai yang menjual air-air itu.

Jadi para penjual, Bidai nasihatkan janganlah kita terlampau-lampau menaikkan harga air mineral. Ini kerana air mineral memang baik untuk kesihatan jika diamalkan.


Takan nak lagi mahal daripada harga petrol RON95 kot?


Fikirkanlah...

Terima Kasih Kepada:
Utusan Malaysia

Gempar:- RM23 juta tersilap masuk ke akaun seorang wanita

WELLINGTON 25 Feb. - Seorang wanita yang meninggalkan New Zealand bersama-sama teman lelakinya selepas sebuah bank tersilap memasukkan berjuta-juta dolar ke dalam akaun lelaki warga China itu ditangkap, hari ini.

Kara Hurring dan Hui (Leo) Gao berlepas ke China sejurus selepas bank Westpac memasukkan sebanyak NZ$10 juta (RM23 juta) ke dalam akaun Gao pada April 2009.

Gao telah memohon kemudahan overdraf berjumlah NZ$100,000 (RM230,000).

Kesilapan itu dikesan dalam masa beberapa hari tetapi ketika itu kira-kira NZ$6.78 juta (RM15.6 juta) sudah pun dipindahkan ke dalam akaun lain, manakala pasangan tersebut telah meninggalkan negara ini.

Polis menjejaki dan menangkap Hurring di lapangan terbang Auckland awal hari ini selepas dia pulang ke New Zealand secara sukarela.

"Penangkapan ini tentunya satu perkembangan positif dalam kes ini, tetapi siasatan belum berakhir," kata detektif yang mengetuai siasatan polis, Sarjan Kanan Mark Loper.

Polis berkata, kira-kira separuh daripada wang itu telah diperolehi semula tetapi sejumlah NZ$3.87 juta (RM8.9 juta) masih hilang dan Hurring akan menghadapi tuduhan mencuri dan pengubahan wang haram.

Tahun lepas Hurring dilaporkan bersembunyi di Hong Kong dan bersiap sedia untuk kembali ke tanah air selepas memutuskan hubungan dengan Gao tidak lama selepas mereka tiba di wilayah Guangdong, selatan China.

Terima Kasih Kepada:
AFP & Utusan Malaysia

Semua Pejabat Pos beroperasi esok untuk pengguna bayar saman

KUALA LUMPUR:
Semua pejabat pos di seluruh negara dibuka esok untuk memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman trafik mereka pada hujung minggu.

Pengarah Pengurusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar berkata, waktu operasi adalah seperti hari biasa.

Gambar Hiasan: Datuk Syed Faisal Albar

"Kami faham ada pelanggan yang sukar menjelaskan bayaran saman mereka pada hari bekerja, justeru kami berusaha membantu dengan membuka pejabat pos terpilih untuk sebarang urusan pada hari Ahad.

"Kami harap pelanggan akan menggunakan peluang ini untuk menjelaskan bayaran saman mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi talian Posline di 1-300-300-300 atau layari laman web www.pos.com.my.

Terima Kasih Kpd:-
Bernama & Mymetro

Kerana RM50 Kena Penjara & Denda RM10,000.00

JOHOR BAHRU:
Seorang lelaki dihukum penjara satu hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menyogok seorang anggota polis RM50, Isnin lalu.
Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz membuat keputusan itu terhadap Mohd Yasin Fauzi, 38, selepas mendengar pengakuan bersalah dan rayuan dikemukakan tertuduh.

Mahkamah juga memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.
Mohd Yasin didakwa memberi suapan RM50 kepada Mat Zainuddin Mad Noor yang bertugas sebagai Koperal Polis di Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing.

Dia didakwa berbuat demikian bagi mempengaruhi Mat Zainuddin supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana memandu kereta bernombor pendaftaran JCJ9538 dengan lampu brek kirinya tidak berfungsi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Kilometer 45, Jalan Kota Tinggi, kira-kira jam 3.40 petang, Isnin lalu.

Mohd Yasin didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Terima Kasih Kepada:
MyMetro

KEPUTUSAN LIGA SUPER FAM 25.02.2011: -Kelantan Seri & Terengganu Menang

KUALA LUMPUR 25 Feb.

Kedah dan Kelantan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1
pada perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam ini.



Terengganu menewaskan Kuala Lumpur dengan jaringan gol 2-1.



Sementara itu pada perlawanan Liga Perdana

Polis menewaskan Johor dengan 5-3,

Sarawak mengalahkan Pos Malaysia 5-1.

Sime Darby terikat tanpa jaringan dengan Harimau Muda 0-0

MP Muar pula menewaskan Pulau Pinang 3-2

SDM Navy seri tanpa jaringan dengan Angkatan Tentera 0-0

Sumber Dari:
Bernama & Astro 801

Friday, February 25, 2011

Keputusan perlawanan Liga Europa 2011 : Keputusan & Video

Manchester City 3-0 Aris Salonik




Liverpool 1-0 Sparta Prague




Bayern Leverkusen 2-0 FC Metalist


PSV 3-1 Lille
Zenit 3-1 Young Boys 
Sparta Moscow 1-1 FC Basel
Sporting Lisbon 2-1 Rangers
Ajax Amsterdam 2-0 Anderlecht

Braga 2-0 Lech Poznan
Dynamo Kiev 4-0 Besiktas
PSG 0-0 BATE Borisov
FC Twente 2-2 Rubin Kazan
Stuggart 0-2 Benfica
Villareal 2-1 Napoli

Sumber Dari:
Sinar Harian & You Tube

Menakjubkan:-- Budak menaikan hasil pancing lebih besar daripadanya

RILEY VALLANCE berdiri di sebelah ikan dipancingn
TASIK TINAROO, Australia - Seorang budak berusia sembilan tahun, Riley Vallance berjaya memancing seekor ikan yang lebih besar daripadanya dalam satu pertandingan di sini, lapor akhbar The Cairns Post semalam.

"Saya bergelut selama 20 minit untuk mendapatkan ikan tersebut," kata Vallance yang belajar di tahun empat.

Vallance yang mempunyai berat 25 kilogram (kg) dan tinggi 131 sentimeter itu memperoleh ikan tersebut yang seberat 27.6kg serta panjang 132 sentimeter.

Menurut bapanya yang merupakan seorang ahli biologi, Terry Vallance, ikan tersebut terpaksa ditanam di belakang rumah kerana peti sejuk di rumahnya tidak muat untuk menyimpan ikan itu. - Agensi

Video & Gambar Tunjuk Perasaan Di Libya :-Tentera bedil masjid

BENGHAZI (Libya): Satu unit tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi semalam membedil menara sebuah masjid dengan peluru antipesawat dan senjata automatik selepas penunjuk perasaan antikerajaan enggan meninggalkan kawasan di barat Tripoli itu.

Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang berkampung di luar dan dalam masjid itu terbunuh dalam serangan di Zawiya, 50 kilometer ke barat Tripoli. Dia bagaimanapun tidak dapat memberi jumlah tepat.
sebelum selepas

HANGUS...seorang lelaki di kawasan kenderaan yang musnah terbakar di Tobruk, Libya.

DOA...penunjuk perasaan antikerajaan berdoa dalam hujan.


PROTES...sekumpulan lelaki di atas kereta perisai tentera.

SELAMAT...seorang lelaki bersama dua anaknya berjalan di landasan kapal terbang.
Tentera pro-Gaddafi bertindak ganas ketika pengaruh pemimpin Libya itu semakin terhakis. Zawiya dan beberapa bandar besar Libya yang lain serta bandar berhampiran Tripoli sudah dikuasai pemberontak.



Di timur yang dikuasai sepenuhnya kumpulan penentang, pembangkang berikrar ‘membebaskan’ Tripoli, tempat pemimpin Libya itu berkubu dengan sekumpulan tenteranya meronda jalan raya dan kereta kebal melindungi kawasan pinggir.



Saksi berkenaan yang enggan namanya disiarkan kerana bimbang terhadap tindak balas berkata, serangan jam 9 pagi (waktu tempatan) dilakukan sehari selepas pembantu Gaddafi yang dikenali sebagai Abdullah Megrahi muncul di bandar berkenaan dan memberi amaran kepada penunjuk perasaan supaya ‘pulang atau mereka akan menyaksikan satu pembunuhan beramai-ramai.’


“Kami memberitahunya kami tidak akan pulang, sama ada kami mati atau kami mencapai kemenangan,” katanya.

Saksi itu terkejut dengan tindakan tentera yang menyerang orang awam.
Beberapa unit tentera dilapor berpaling tadah dengan menyokong penunjuk perasaan sejak pemberontakan bermula 15 Februari lalu.

Ada laporan menyatakan kira-kira 1,000 orang terbunuh sepanjang pemberontakan itu di seluruh negara sementara kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch menganggarkan lebih 300 terkorban.






“Apa yang berlaku amat teruk. Mereka yang menyerang kami bukan tentera upahan, tetapi anak negara ini sendiri. Mereka membedil menara masjid,” katanya.

Menurutnya, sebahagian besar penunjuk perasaan remaja yang bersenjatakan senapang memburu.

Dia juga memberitahu, penunjuk perasaan dari Zawiya tidak berhasrat untuk menyahut gesaan pembangkang supaya menyertai perarakan seluruh negara ke Tripoli hari ini.

“Kami tidak merancang untuk berarak ke Triopoli. Kami sudah berbincang dan bersetuju untuk kekal di sini,” katanya.

Penunjuk perasaan tidur di dalam masjid dan di kawasan lapang di luarnya sejak beberapa hari lalu dan enggan meninggalkan premis berkenaan.

“Kumpulan remaja itu tidak mempunyai apa-apa untuk melindungi diri mereka kecuali senapang memburu dan semangat, manakala tentera memiliki peluru berpandu antipesawat dan senjata automatik,” katanya.

Dia juga berkata, polis tidak kelihatan di bandar itu yang terletak berhampiran sebuah pelabuhan dan kilang penapisan minyak utama di Mediterranean.

“Penduduk terpaksa membentuk jawatankuasa bagi melindungi rumah masing-masing serta bangunan lain,” katanya.

Dia juga berkata, penyokong Gaddafi turut menyerang warga China dan Mesir yang bekerja dengan syarikat pembinaan di bandar raya itu.

Sumber Dari:
Agensi & Mymetro

Safee Sali:- Dua Gol Pada Aksi Pertama Bersama Pelita Jaya



PENYERANG kebangsaan Malaysia, Mohd. Safee Mohd. Sali mula mengukir nama di bumi Indonesia. Meskipun masih belum beraksi secara rasmi dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL), namun dia mula memperlihatkan kualiti sebagai pemusnah di jentera serangan.

Semalam, Safee menjaringkan dua gol pada aksi persahabatan pertamanya bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya.

Pada pertemuan dengan kelab tempatan, Ragunan FC di padang latihan kelab di Sawangan, Jawa Barat itu,

Pelita Jaya mencatat kemenangan besar 6-0 dengan kedua-dua gol Safee itu dijaringkan pada babak pertama. "Sudah tentu perasaan saya sangat gembira kerana pada perlawanan pertama ini, saya sudah berjaya menjaringkan gol.

“Jaringan ini bagi saya penting kerana ia dapat menunjukkan yang saya mampu menggalas tugas sebagai penyerang kelab ini,” kata Safee ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta petang semalam.

Namun aksi sulung Safee, 27, secara rasmi bersama Pelita Jaya ialah pada 5 Mac depan iaitu bertemu Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang untuk aksi pertama pusingan kedua saingan ISL 2011.

Gambar Hiasan: Ketika Safee Bersama Pasukan Selangor


Menurut Safee, menjelang aksi tersebut, Pelita Jaya akan mengadakan satu lagi aksi persahabatan Ahad ini dan ia akan digunakan sepenuhnya untuk penyerang dari Paraguay, Juan Ramirez.

“Pada perlawanan tadi (semalam), saya digandingkan dengan Ramirez pada babak pertama sebelum kami berdua direhatkan untuk jurulatih mencuba pemain lain pada babak kedua.

“Persefahaman kami belum 100 peratus mantap tetapi menampakkan petanda yang baik. Komunikasi dengan rakan sepasukan lain tiada masalah, kecuali Ramirez kerana dia tidak boleh berbahasa Inggeris,” jelasnya.

Safee bagaimanapun tidak keseorangan di Jakarta kerana dia turut ditemani isteri dan dua anaknya, ibu dan ayahnya serta pengurus peribadinya, Zakaria Ab. Rahim sejak tiba pada 14 Februari lalu.

Sumber Dari:
Kosmi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...