Sunday, September 24, 2017

Ya Allah... Berikanlah ku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan hidup ni.. Krn kuyakin..Kau takkan memberi ku ujian yang ku tak mampu hadapinya.. Ya Allah.. Kau teguhkanla imanku.. Berikan ku ketenangan.. Agar aku dpt melangkah setiap hari dengan lapang dan tenang..
Hanya pd Mu ku berserah sepenuhnya! Aaminnn..😊

Saturday, May 6, 2017

Laguna Agro...kami datang lagi!!

27-29 April 2017, kami datang lagi ke Laguna Agro, Gong Batu, Setiu, Terengganu. 40 orang pengawas PSS dan beberapa orang Guru PSS terlibat. Terima kasih tak terhingga bust suami sudi menemani sepanjang program. Terima kasih juga buat alumni Pengawas PSS, Syahrunazrin, nasrum, sabri, fendi, farah dan ain sudi menolong saya dan menjayakan kem ini..juga biat cikgu2 yang bermalam di sana dan mengikuti sepanjang aktiviti.. Syukur Alhamdulillah...semua berakhir dengan baik, selamat dan jayanya






Tuesday, December 1, 2015

Baru ku tahu ( Khasiat Halba )

khasiat halba yang menakjubkan. (Fenugreek)

Halba adalah rempah ratus yang sering digunakan untuk masakan. Bila saya terbaca sebuah hadis, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud ” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas”(books of sufi healing)

Ambil dalam bentuk kapsul yang paling mudah

Rasullullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud “Gunakanlah halba sebagai ubat” (qamus Al-Tibb)

Banyak khasiat yang didapati apabila kita mengambilnya dalam makanan atau dalam bentuk minuman cuma bila minum tahu sajalah rasanya tidaklah sedap, tapi yang pasti, InsyaAllah memang baik untuk tubuh badan. Saya ambil dalam bentuk kapsul, mahal sikit tapi senang, telan saja. :)

Buku untuk rujukan….

Dalam Bartram’s encyclopedia of herbal medicine:
1-2 sudu teh halba(tumbuk bagi pecah) dengan 1 cawan air dan rebus di atas api yang kecil selama 15 minit. minum air dengan halba.

Cubalah amalkan mengambilnya selama 3 bulan. InsyaAllah akan ada rasa kelainan pada tubuh badan.

Wanita arab suka mengambil halba ini untuk cantikkan buah dada. Bagi ibu yang menyusu, halba mampu menambahkan susu badan.
Halba juga baik untuk mereka yang menghidap kencing manis kerana ia boleh menurunkan paras gula dalam darah. Namun begitu perlu berhati-hati juga, jangan biarkan paras gula terlalu rendah kerana boleh memberi kemudaratan pada kesihatan, bahaya nanti(Bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis). Disamping itu, halba berkesan merendahkan kolesterol, membantu melegakan batuk yang kronik, bengkak gusi, pembuka selera, sakit dalam perut, hernia dan banyak lagi manfaatnya.

Halba senang didapati di kedai runcit dan di supermarket. Murah pulak tu. Selamat dimakan sebab itu halba sering dimasukkan ke dalam masakan. Selain berkhasiat halba juga mengharumkan masakan.

Kita tidak akan dapat merasakan kebaikan satu-satu herba itu pada tubuh badan melainkan mengambilnya untuk satu jangka masa, cubalah selama dua tiga bulan.

Sumber: Pak Cik Google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...