KAMPUNG RAJA, BESUT – Pengorbanan ikhlas guru-guru dan kesungguhan
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, dekat Kampung Darau,
Hulu Besut membuahkan hasil apabila sekolah tersebut muncul sekolah
terbaik daripada 53 buah sekolah di negeri ini dalam peperiksaan Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 yang diumumkan semalam.
Pemangku Pegawai Pelajaran Daerah, Ab Halim Hassan berkata, turut
membanggakan kerana lima buah sekolah di daerah ini termasuk SMK Putra,
tersenarai dalam kedudukan 10 buah sekolah terbaik STPM 2011 peringkat
negeri.
Menurut, ia didahului oleh SMK Putra (tempat pertama negeri), SMK
Tengku Mahmud (keempat), SMK Nasiruddin Shah (keenam), Sekolah Menengah
Agama (SMA) Maarif (ketujuh) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) Nurul Ittifaq tempat kesembilan negeri.
“Turut membanggakan kerana Siti Aisyah Syahirah Azman, pelajar SMA
Maarif muncul sebagai salah seorang daripada tiga calon STPM terbaik
negeri apabila memperoleh mata 4.00 (4A dan 1B).
“Pelajar terbaik kedua daerah pula ialah Faten Nazren Manaf (3A 1B)
dari SMK Bukit Payong, ketiga; Mohd Izwan Dollah (3A 1B) pelajar SMK
Nasiruddin Shah, manakala tempat keempat hingga keenam adalah pelajar
SMK Tengku Mahmud iaitu Mohd Mustaqim Zakaria, Nur Azura Roslan dan Nur
Adillah Ayub,” katanya.
Ab Halim berkata, pelajar terbaik tempat ketujuh ialah Nur Fathihah
Hussin dari SMKA Nurul Ittifaq dan kelapan, Rahil Maizura Mohd Yasin
dari SMK Bukit Payong.
Kata beliau, SMK Putra mendahului sekolah lain dengan keputusan Gred
Purata Sekolah (GPS) 2.91, SMK Tengku Mahmud (2.76), SMK Nasiruddin Shah
(2.73), SMA Maarif (2.64) dan SMKA Nurul Ittifaq (2.61).
Menurutnya, empat buah sekolah lagi yang mempunyai pelajar menduduki
STPM di daerah ini ialah SMK Bukit Payong, Hulu Besut, SMK Sering
Nering, Jertih, SMK Kuala Besut dan SMK Renek, Jabi.
Ab Halim berkata, keseluruhan pelajar yang menduduki STPM pada tahun
lalu seramai 662 orang dengan 646 orang lulus penuh (94.44 peratus),
lulus sebahagian 13 orang (1.90 peratus) dan gagal hanya tiga orang
(0.44 peratus).
Puasa, solat sunat rahsia pelajar cemerlang
AMALAN berpuasa setiap Isnin dan Khamis, membaca al-Quran, sering
melakukan solat Dhuha dan solat Hajat antara rahsia kejayaan salah
seorang pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011
peringkat negeri yang diumumkan semalam.
Bagi Siti Aisyah Syahirah Azman, 20, amalan yang dilakukannya sejak di sekolah rendah itu membuahkan hasil memberangsangkan.
Siti Aisyah Syahirah anak kepada pembekal barangan pergigian itu
memperoleh 4A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Sejarah, Usulludin,
Syariah dan 1B dalam Bahasa Arab dalam keputusan yang diumumkan semalam.
Anak sulung kepada pasangan Azman Jusoh, 46, dan Norehan Arshad, 48,
seorang guru agama di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri itu muncul sebagai
salah seorang pelajar terbaik negeri.
Pelajar Sekolah Menengah Agama Maarif di sini itu yang bercita-cita
menjadi pendidik menjadikan kegagalan memperoleh keputusan cemerlang
dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dahulu sebagai pembakar
semangat untuk berusaha lebih gigih.
Malah kegagalan mendapat tawaran daripada mana-mana institut pengajian
tinggi awam (IPTA) selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) pada 2008 lalu juga membuat beliau bertekad membuat yang lebih
baik kerana baginya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
“Saya hanya memperoleh keputusan 3A, 2B dalam UPSR dan 6A dalam SPM.
Ketika belajar di tahun enam dulu, memang saya sedih kerana hanya
mendapat keputusan itu sedangkan ramai kawan saya dapat 5A, tetapi ayah
dan ibu memberi semangat dengan mengatakan
masa depan saya masih panjang.
“Ketika dalam tingkatan tiga, saya belajar bersungguh-sungguh kerana
ingin membuktikan kegagalan sebelum itu bukan bererti gagal
selama-lamanya, kerana yang penting perlu ada usaha dan tekad.
Alhamdulillah akhirnya saya memperoleh 8A, 1B dalam Penilaian
Menengah Rendah (PMR),” katanya yang telah khatam al-Quran sebanyak 12 kali sejak berusia 12 tahun.
Siti Aisyah berkata, masa terluang sama ada di dalam kelas atau di asrama banyak dihabiskan dengan membaca al Quran.
Beliau yakin amalan itu membantunya mencapai kejayaan itu di samping
fokus ketika guru mengajar di dalam kelas, selain melakukan ulang kaji
dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.
“Guru dan ibu serta ayah juga pendorong kejayaan saya. Mereka banyak
bantu saya. Tanpa mereka, pasti saya tidak mampu mengecapi kejayaan
ini,” katanya yang kini bertugas sebagai guru agama sambilan di sebuah
kelas al-Quran dan Iqra’ di Kampung Padang Luas, Jertih.
Siti Aisyah menasihatkan mana-mana pelajar yang gagal atau tidak
memperoleh keputusan yang baik dalam mana-mana peperiksaan sebelum ini,
agar tidak berputus asa, sebaliknya perlu tingkatkan usaha kerana ia
pasti membawa kejayaan.
Siti Aisyah tinggal bersama keluarganya di Taman Seri Intan, Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut.
Showing posts with label Berita Dalam Negara. Show all posts
Showing posts with label Berita Dalam Negara. Show all posts
Thursday, March 8, 2012
PERTEMUAN PM DENGAN CUEPACS>SSM 'ganti' SBPA hanya interim
SHAH ALAM - Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja sektor awam, berkata
Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang hendak digunakan semula sebagai
pengganti kepada Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dimansuhkan
hari ini, hanya bersifat sementara hingga skim baru yang menyeluruh
dirangka kelak.
Timbalan Presidennya, Azih Muda berkata, pihaknya percaya kerajaan akan memperkenalkan satu sistem saraan yang baru memandangkan SSM digunakan semula dengan SBPA yang pembatalannya diumumkan hari ini.
SSM, yang digunakan hampir satu dekad, diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB). SSB dikuatkuasakan pada Januari 1992.
Kedua-dua SSB dan SSM menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan kerajaan.
"Saya yakin kerajaan akan datang dengan satu sistem yang baru sama sekali, sebab itu kerajaan bentuk satu suruhanjaya bagi menjalankan kajian," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Sehubungan itu kata beliau, Cuepacs akan mengemukakan cadangan tambahan selain berharap suruhanjaya yang dibentuk akan mengkaji segala pandangan yang telah diberikan sebelum ini kepada pasukan petugas khas yang dibentuk bagi menyemak SBPA.
Azih juga berkata, Cuepacs akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk mengumumkan secara rasmi pendirian berkenaan dengan keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan pagi tadi mengumumkan pembatalan skim SBPA dan mengembalikan SSM yang ditambah baik.
Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54, di samping pelarasan gaji sembilan peratus untuk gred Utama dan Khas C, B serta A.
Pelarasan gaji untuk Kumpulan Turus III serta Turus II pula sebanyak lapan peratus, dan Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara sebanyak tujuh peratus.
Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.
Perdana Menteri berkata sebarang cadangan yang disyorkan oleh suruhanjaya yang dianggotai semua pihak berkepentingan yang bekerja menerusi prinsip musyawarah, perundingan dan permuafakatan itu akan dipertimbang mengikut
kemampuan kerajaan.
Kata Najib, struktur gaji SSM akan diubah suai daripada jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-maksimum dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga 54 ditetapkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas pula kekal menggunakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM dengan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.
SUMBER DARI:
Sinar Harian Terkini

Monday, March 5, 2012
BAHANA KERANA SEEKOR BABI:- Seorang Wanita maut
BESUT: Seorang wanita maut selepas suaminya terlanggar seekor babi
hutan yang melintas sebelum kemudiannya terbabas bertembung sebuah
kereta dari arah bertentangan di Kampung Anak Ikan dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Noor Azira Md Nayan, 24, yang merupakan pembantu program Kewangan Mikro Bandar di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuala Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian badan.
Bagaimanapun suami mangsa yang membawa kereta jenis Perodua Myvi, Che Mohd Azmil Che Mohd, 24, bersama seorang lagi pemandu terlibat yang membawa kereta Perodua Kelisa, Marzita Mat Yahya, 32, dirawat sebagai pesakit luar.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata ketika kejadian pasangan itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu dan ingin menghantar isterinya bekerja.
"Namun semasa perjalanan suami mangsa terkejut apabila seekor babi hutan keluar dari semak di sebelah kiri jalan untuk melintas ke jalan sebelah kanan.
"Pemandu kereta Myvi itu gagal mengelakkan babi itu lalu melanggarnya dan terbabas ke laluan sebelah kanan sebelum sebuah kereta Kelisa yang dipandu dari arah Kuala Terengganu gagal mengelak lalu melanggar kereta berkenaan di bahagian di sebelah penumpang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dalam kejadian kemalangan lain petang semalam, Kamaruddin berkata seorang terbunuh dan lima cedera parah selepas dilanggar kereta yang tidak memberhentikan kenderaan di simpang jalan di kilometer 2, Jalan Kampung Raja-Tembila dekat persimpangan Kampung Paya Rawa.
Kejadian pukul 4.15 petang itu menyebabkan pemandu kereta jenis Proton Wira, Mohamad Zain Junus, 50, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di bahagian kepala dan badan.
Turut cedera parah ialah isteri mangsa, Bidah Junus, 45, dan tiga anaknya, serta pemandu sebuah lagi kereta Mohd Zaitu Mohd Zahid, 45, yang tinggal di Rumah Awam Kos Rendah, Kampung Anak Ikan, Besut.
Katanya mangsa dan keluarga dikatakan baru balik dari menghadiri majlis kenduri kahwin saudaranya di Cheneh, Kemaman.
"Kejadian berlaku apabila Mohd Zaitu yang memandu kereta jenis Proton Wira telah keluar dari persimpangan Jalan Sekolah Menengah Teknik Besut untuk ke kiri menuju Kuala Terengganu tanpa berhenti di simpang berkenaan.
"Namun pada masa yang sama datang kereta yang dipandu Mohamad Zain dari arah Kuala Terengganu menuju ke arah Kampung Raja yang tidak sempat mengelak lalu menyebabkan perlanggaran," katanya.
Kesemua yang cedera dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut. --
TQ
SUMBER DARI:
BERNAMA & HARIAN METRO

Friday, November 25, 2011
BANJIR DI HULU BESUT:- BOAT BAWA MB TERENGGANU HANYUT
Hulu Besut, Terengganu, November 24, 2011: Keadaan banjir di daerah ini semakin buruk semalam dengan jumlah
penduduk yang dipindahkan meningkat kepada lebih 690 orang berbanding
197 orang kelmarin.
Pegawai Daerah Besut, Ab Rahim Jusoh berkata, jumlah terbabit melibatkan lebih 150 keluarga membabitkan kawasan Hulu Besut, Jabi, Kota Putera dan Jertih.
Menurutnya, sebanyak 14 pusat pemindahan banjir dibuka sehingga jam 8 malam semalam dan jumlah mangsa teramai adalah di Hulu Besut membabitkan 583 orang di lapan pusat pemindahan.
“Mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan Masjid Kampung La mencatatkan jumlah teramai iaitu sebanyak 72 keluarga (283 Orang) berikutan kawasan rumah mereka dinaiki air sehingga dua meter akibat air Sungai Besut melepasi tebing berikutan hujan lebat,” katanya.
Beliau berkata ketika mengiringi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri
Ahmad Said yang melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di
kawasan Hulu Besut semalam.
Sementara itu jalan menghubungkan Pasir Akar ke Keruak terputus beberapa jalan ditenggelami air antaranya di Bekok, Gertak Jerebun dan Kampung La.
Sementara itu Ahmad melawat beberapa pusat perpindahan iaitu di Masjid Kampung La, Dewan Serbaguna Keruak dan Dewan Masjid Keruak.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad dan Adun Jabi, Ramlan Ali.
Rombongan dibawa dengan menaiki lori Pejabat Daerah Besut, Majlis Daerah Besut dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sehingga ke Kampung La sebelum menaiki bot ke pusat pemindahan di Kampung La selain turut menaiki jentolak (sawa).
Ahmad dan beberapa wakil rakyat yang menaiki bot turut cemas apabila bot yang dinaiki mereka dihanyutkan arus di Kampung La manakala ketika perjalanan balik jentolak yang hampir tenggelam mengalami kerosakan enjin menyebabkan Ahmad termasuk wakil media dipindahkan ke dalam bot JPAM.
OKU gembira terima kunjungan MB
Sementara itu, seramai lima orang kurang upaya (OKU) yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir Masjid Kampung La gembira kerana menerima kunjungan pemimpin negeri untuk melihat keadaan mangsa di pusat pemindahan di sini.
Pasangan cacat penglihatan, Mek Long Salim, 79, dan suaminya Hassan Awang, 69, yang berpindah ke pusat itu sejak kelmarin gembira apabila dikunjungi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Menurut Mek Long, lawatan pemimpin dapat mengurangkan sedikit kesedihan yang dialami setelah terpaksa berpindah apabila rumahnya dinaiki air.
“Penduduk kampung membantu memindahkan kami ke sini dan setiap tahun kami terpaksa berpindah. Saya hanya bawa keperluan penting sahaja ,” katanya.
Pasangan kembar seiras OKU, Zamzuri Mohamad dan Zamri, 30, tahun yang mengalami masalah cacat anggota sejak kecil dan batuk kering akur walaupun terpaksa tinggal bersama mangsa lain di pusat pemindahan itu.
Menurutnya, mereka dibantu ibu bapanya untuk dipindahkan ke pusat itu memandangkan mereka berdua tidak dapat berjalan.
“Kami di sini tidak menghadapi masalah kerana bekalan mencukupi cuma sebagai OKU memang saya susah sikitlah untuk bergerak tetapi ramai yang membantu,” katanya.
Sumber Dari:
Sinar Harian
Pegawai Daerah Besut, Ab Rahim Jusoh berkata, jumlah terbabit melibatkan lebih 150 keluarga membabitkan kawasan Hulu Besut, Jabi, Kota Putera dan Jertih.
Menurutnya, sebanyak 14 pusat pemindahan banjir dibuka sehingga jam 8 malam semalam dan jumlah mangsa teramai adalah di Hulu Besut membabitkan 583 orang di lapan pusat pemindahan.
“Mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan Masjid Kampung La mencatatkan jumlah teramai iaitu sebanyak 72 keluarga (283 Orang) berikutan kawasan rumah mereka dinaiki air sehingga dua meter akibat air Sungai Besut melepasi tebing berikutan hujan lebat,” katanya.
| MB Terengganu sedang Memasak Sardin Untuk Santapan Mangsa Banjir |
Sementara itu jalan menghubungkan Pasir Akar ke Keruak terputus beberapa jalan ditenggelami air antaranya di Bekok, Gertak Jerebun dan Kampung La.
Sementara itu Ahmad melawat beberapa pusat perpindahan iaitu di Masjid Kampung La, Dewan Serbaguna Keruak dan Dewan Masjid Keruak.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad dan Adun Jabi, Ramlan Ali.
Rombongan dibawa dengan menaiki lori Pejabat Daerah Besut, Majlis Daerah Besut dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sehingga ke Kampung La sebelum menaiki bot ke pusat pemindahan di Kampung La selain turut menaiki jentolak (sawa).
Ahmad dan beberapa wakil rakyat yang menaiki bot turut cemas apabila bot yang dinaiki mereka dihanyutkan arus di Kampung La manakala ketika perjalanan balik jentolak yang hampir tenggelam mengalami kerosakan enjin menyebabkan Ahmad termasuk wakil media dipindahkan ke dalam bot JPAM.
OKU gembira terima kunjungan MB
Sementara itu, seramai lima orang kurang upaya (OKU) yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir Masjid Kampung La gembira kerana menerima kunjungan pemimpin negeri untuk melihat keadaan mangsa di pusat pemindahan di sini.
Pasangan cacat penglihatan, Mek Long Salim, 79, dan suaminya Hassan Awang, 69, yang berpindah ke pusat itu sejak kelmarin gembira apabila dikunjungi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Menurut Mek Long, lawatan pemimpin dapat mengurangkan sedikit kesedihan yang dialami setelah terpaksa berpindah apabila rumahnya dinaiki air.
“Penduduk kampung membantu memindahkan kami ke sini dan setiap tahun kami terpaksa berpindah. Saya hanya bawa keperluan penting sahaja ,” katanya.
Pasangan kembar seiras OKU, Zamzuri Mohamad dan Zamri, 30, tahun yang mengalami masalah cacat anggota sejak kecil dan batuk kering akur walaupun terpaksa tinggal bersama mangsa lain di pusat pemindahan itu.
Menurutnya, mereka dibantu ibu bapanya untuk dipindahkan ke pusat itu memandangkan mereka berdua tidak dapat berjalan.
“Kami di sini tidak menghadapi masalah kerana bekalan mencukupi cuma sebagai OKU memang saya susah sikitlah untuk bergerak tetapi ramai yang membantu,” katanya.
Sumber Dari:
Sinar Harian
JAMBATAN KG.KUAU RUNTUH! DETIK-DETIK CEMAS POK NIK MAHMUD
BACHOK: “Mulanya saya terdengar bunyi seperti letupan sebelum jambatan bergegar dan runtuh. Saya tidak sempat berbuat apa-apa dan terjatuh dalam sungai,” kata warga emas, Nik Mahmud Nik Hassan, 68, yang nyaris maut selepas sebuah jambatan di Kampung Kuau, Perupok, dekat sini, runtuh, semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berada di atas jambatan melihat arus deras sungai sebelum jambatan itu tiba-tiba runtuh.
Menurutnya, sebelum kejadian, dia baru selesai bersarapan di sebuah warung dan singgah di jambatan itu selepas ‘teringin’ melihat arus deras sungai.
Katanya, ketika leka melihat arus sungai itu, dia terdengar bunyi seperti letupan sebelum terjatuh dalam sungai bersama runtuhan konkrit jambatan itu.
“Dalam sekelip mata, saya terjatuh dalam sungai, namun sempat berpaut pada sebuah bot yang berada di pinggir sungai. Orang ramai yang berada di warung berhampiran segera membantu menghulurkan buluh untuk saya berpaut ke darat.
“Saya amat bersyukur umur masih panjang kerana saya mungkin lemas atau ditimpa runtuhan konkrit jambatan itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Berikut adalah sebagian gambar Terkini Keadaan Sebenar Jambatan Kg. Kuau Selepas Runtuh yang dirakam oleh KeluagaKu.
Thursday, November 24, 2011
BERITA TERKINI! HARI KE-3 BANJIR DI HULU BESUT:- Mangsa banjir meningkat
![]() |
| Gambar 1: Peta Kawasan-kawasan di Daerah Besut |
Calon-calon yang menduduki Peperiksaan SPM di kawasan yang terlibat terpaksa melalui saat getir untuk ke sekolah masing-masing kerana terpaksa menaiki boat dan lori yang disediakan oleh pihak MDB & JKR. Di beberapa jalan yang dinaiki air kelihatan seumpama pesta kerana kelihatan ramai berkumpul & beratur untuk menunggu anak masing-masing menaiki boat untuk ke sekolah mengambil peperiksaan SPM.
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga pukul 9 pagi ini jumlah mangsa yang dipindahkan adalah 2849 orang di seluruh negeri Terengganu dan berikut adalah jumlah mangsa banjir yang terlibat di daerah Besut.
Jagual 1: Mangsa Banjir Yang Terlibat Di Besut
Bil
|
Keterangan
|
Bil Mangsa
|
Bil Keluarga
|
Tarikh Kemaskini
|
|---|---|---|---|---|
| SK SERI PAYUNG |
95
|
17
|
23-Nov-2011 23:12 PM
|
|
| DEWAN SERBAGUNA KG KERUAK |
102
|
23
|
24-Nov-2011 08:42 AM
|
|
| MASJID KG KERUAK |
42
|
8
|
24-Nov-2011 08:43 AM
|
|
| MASJID KG LA |
288
|
74
|
24-Nov-2011 08:43 AM
|
|
| SK KG LA |
53
|
11
|
24-Nov-2011 08:44 AM
|
|
| BALAIRAYA KG RENEK |
7
|
2
|
24-Nov-2011 08:47 AM
|
|
| SURAU KG SEBERANG LA |
30
|
6
|
24-Nov-2011 08:47 AM
|
|
| RUMAH BANJIR PADANG TAPONG |
15
|
2
|
24-Nov-2011 08:48 AM
|
|
| SURAU KG BERANGAN |
9
|
1
|
24-Nov-2011 08:48 AM
|
|
| MASJID KG PINANG |
40
|
14
|
24-Nov-2011 08:48 AM
|
|
| SURAU KG BUKIT MALI |
6
|
1
|
24-Nov-2011 08:49 AM
|
|
| SURAU KEPALA GAJAH |
7
|
1
|
24-Nov-2011 08:49 AM
|
|
| BALAIRAYA KG. BUKIT RAMBUTAN |
14
|
3
|
24-Nov-2011 08:49 AM
|
|
| DEWAN MASJID KG OH |
58
|
16
|
24-Nov-2011 08:51 AM
|
|
| MASJID KG BUKIT PAYUNG |
40
|
11
|
24-Nov-2011 08:51 AM
|
|
| GARAJ MASJID KG DARAU |
64
|
19
|
24-Nov-2011 08:52 AM
|
|
| SMA WATANIAH |
70
|
14
|
24-Nov-2011 08:56 AM
|
|
JUMLAH
|
940
|
223
|
Keadaan cuaca di sini pagi ini mendung dan sesekali berlaku hujan serta angin kencang. Menurut sumber dari JMM Amaran Hujan Lebat (MERAH) telah dikeluarkan sepertimana berikut:-
1-Amaran Hujan Lebat peringkat Jingga yang dikemaskini pada 10.56 pagi 23 November 2011 telah ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat Peringkat Merah.
2-Hujan sekejap-kejap kadangkala lebat di Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dijangka sehingga 25 November 2011. Keadaan ini boleh menyebabkab banjir di kawasan rendah.
Ini adalah sebahagian gambar yang telah sempat dirakam untuk tatapan pembaca blog KeluargaKu
| Jalan Cabang 3 Lata Tembakah: Kenderaan Tersekat Banjir |
| Jalan Cabang 3 Lata Tembakah: Kenderaan Tersekat Banjir |
| Jalan Cabang 3 Lata Tembakah: Penduduk Menghantar Anak-anak naik Boat untuk Ke sekolah ambik SPM 2011 |
![]() |
| Gambar Di Masjid Kg. Bekok: Boat menjadi pengangkutan utama semasa banjir |
![]() |
| Sebuah rumah di Kg. Bekok ditengelami air |
![]() |
| Lori menjadi satu lagi pengangkutan untuk mangsa banjir bergerak & pelajar SPM ke sekolah |
| Benteng yang dibina di Kg. La berjaya menahan daripada banjir menjadi semakin teruk |
| Kelihatan Jelas Kesan Pasir Air Banjir Selepas Surut pagi ini di Kg. La |
| Kelihatan Jelas Kesan Pasir Air Banjir Selepas Surut pagi ini di Kg. La |
| Kelihatan Jelas Kesan Pasir Air Banjir Selepas Surut pagi ini di Kg. La |
Wednesday, November 23, 2011
BERITA TERKINI HARI KE-2 BANJIR DI HULU BESUT :-GAMBAR & KEADAAN TERKINI
HULU BESUT, TERENGGANU,23/11/2011: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat melebihi tiga kali ganda berbanding petang semalam apabila 1,406 mangsa daripada 342 keluarga dipindahkan sehingga pukul 4.00 petang ini. Hujan masih berterusan dan paras air juga terus menunjukkan peningkatan.
Di Besut, jumlah mangsa banjir juga terus meningkat dari pagi tadi iaitu 362 orang melibat 89 keluarga. Jumlah penempatan sementara mangsa-mangsa juga telah ditambah. Berikut adalah butiran pusat-pusat penembatan sementara banjir & jalan-jalan yang telah ditutup untuk lalu lintas di daerah Besut.
Jadual 1: Senarai Mangsa Banjir di Pusat Penempatan Yang di Daerah Besut
Jadual 2: Senarai Jalan-jalan Yang Ditutup Untuk Rujukan Pemandu
Dan ini adalah sebahagian gambar-gambar yang telah dirakam oleh KeluargaKu di Hulu Besut, Terengganu.
Di Besut, jumlah mangsa banjir juga terus meningkat dari pagi tadi iaitu 362 orang melibat 89 keluarga. Jumlah penempatan sementara mangsa-mangsa juga telah ditambah. Berikut adalah butiran pusat-pusat penembatan sementara banjir & jalan-jalan yang telah ditutup untuk lalu lintas di daerah Besut.
Jadual 1: Senarai Mangsa Banjir di Pusat Penempatan Yang di Daerah Besut
Bil
|
Keterangan
|
Bil Mangsa
|
Bil Keluarga
|
Tarikh Kemaskini
|
|---|---|---|---|---|
| BALAIRAYA KG RENEK |
6
|
2
|
23-Nov-2011 08:30 AM
|
|
| SURAU KG BERANGAN |
9
|
1
|
23-Nov-2011 08:30 AM
|
|
| SK SERI PAYUNG |
47
|
8
|
23-Nov-2011 08:34 AM
|
|
| DEWAN SERBAGUNA KG KERUAK |
102
|
23
|
23-Nov-2011 15:09 PM
|
|
| MASJID KG KERUAK |
49
|
9
|
23-Nov-2011 15:11 PM
|
|
| MASJID KG LA |
41
|
18
|
23-Nov-2011 15:11 PM
|
|
| SURAU KG SEBERANG LA |
21
|
5
|
23-Nov-2011 15:13 PM
|
|
| SK KG LA |
53
|
11
|
23-Nov-2011 15:14 PM
|
|
| RUMAH BANJIR PADANG TAPONG |
15
|
2
|
23-Nov-2011 15:14 PM
|
|
| MASJID KG PINANG |
4
|
1
|
23-Nov-2011 15:16 PM
|
|
| SURAU KG BUKIT MALI |
6
|
6
|
23-Nov-2011 15:17 PM
|
|
| SURAU KEPALA GAJAH |
9
|
3
|
23-Nov-2011 15:17 PM
|
|
JUMLAH
|
362
|
89
|
Jadual 2: Senarai Jalan-jalan Yang Ditutup Untuk Rujukan Pemandu
Bil
|
Daerah
|
No. Laluan
|
No. Sec/KM (Lokasi)
|
Tarikh Ditutup
|
Aras Kedalaman
|
Catatan
|
Laluan Alternatif
|
Tarikh Dibuka
|
Tarikh Kemaskini
|
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
SETIU
|
T136
|
JLN SG TONG/PELONG (KG PENGKALAN MERBAU) SEC 1.7 |
21-Nov-2011
|
0.2 M
|
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN |
22-Nov-2011 10:44 AM
|
|||
BESUT
|
T005
|
JLN JEREBUN |
23-Nov-2011
|
0.4 M
|
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN |
23-Nov-2011 13:49 PM
|
|||
BESUT
|
T54
|
JLN LAMPU TOK SABOH KG LAMPU AIR |
23-Nov-2011
|
0.4 M
|
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN |
23-Nov-2011 13:59 PM
|
|||
HULU TERENGGANU
|
FT14
|
KG KOLAM HULU TERENGGANU SEC 150 |
22-Nov-2011
|
0.4 M
|
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN | - |
22-Nov-2011 21:16 PM
|
||
SETIU
|
T138
|
JLN PERMAISURI -HULU SELADANG (SEC 4-6) -KG CHE LONG |
23-Nov-2011
|
1.5 M
|
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN | TIADA JALAN ALTERNATIF |
23-Nov-2011 14:06 PM
|
||
DUNGUN
|
T125
|
JLN TEPU/KUALA JENGAI |
23-Nov-2011
|
0.25 M
|
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN |
23-Nov-2011 14:17 PM
|
|||
SETIU
|
T136
|
JLN SG TONG/PELONG (KG PENGKALAN MERBAU) SEC 5.6 |
21-Nov-2011
|
0.4 M
|
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN | - |
22-Nov-2011 17:25 PM
|
||
HULU TERENGGANU
|
T108
|
KG JAK SEC 5.1 |
21-Nov-2011
|
0.4 M
|
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN |
22-Nov-2011 17:11 PM
|
|||
BESUT
|
T005
|
SIMPANG KE LATA TEMBAKAH |
23-Nov-2011
|
0.4 M
|
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN |
23-Nov-2011 13:58 PM
|
|||
BESUT
|
T157
|
JLN ALOR LINTAH / KG PINANG SEC. 3 |
23-Nov-2011
|
0.3 M
|
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN |
23-Nov-2011 14:01 PM
|
|||
HULU TERENGGANU
|
T139
|
JLN KG MATANG/KG NIBONG/PALOH NYIOR/BUKIT TADOK (SEC 3-8) |
23-Nov-2011
|
1.5 M
|
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN |
23-Nov-2011 13:12 PM
|
|||
BESUT
|
T163
|
JALAN PADANG TAPONG |
23-Nov-2011
|
1.5 M
|
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN |
23-Nov-2011 13:55 PM
|
|||
BESUT
|
T005
|
JLN KG. BEKOK BUKIT PAYUNG |
23-Nov-2011
|
0.5 M
|
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN |
23-Nov-2011 13:44 PM
|
|||
SETIU
|
T136
|
JLN SG TONG/PELONG (KG PENGKALAN MERBAU) SEC 6.8 |
21-Nov-2011
|
0.4 M
|
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN | - |
21-Nov-2011
|
22-Nov-2011 10:44 AM
|
|
SETIU
|
T136
|
JALAN PENGKALAN MERBAU |
23-Nov-2011
|
0.4 M
|
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN |
23-Nov-2011 14:08 PM
|
|||
HULU TERENGGANU
|
T108
|
KG. BUKIT PERAH,KG. JAK/KUALA KETIR (SEC 3) |
23-Nov-2011
|
0.9 M
|
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN | TIADA JALAN ALTERNATIF |
23-Nov-2011 13:18 PM
|
||
HULU TERENGGANU
|
T1692
|
JALAN MASUK UTAMA FELDA MENGKAWANG (LUBUK PERIUK) |
23-Nov-2011
|
1.5 M
|
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN |
23-Nov-2011 13:29 PM
|
|||
BESUT
|
T5
|
JALAN JERTIH/PASIR AKAR - KERUAK |
22-Nov-2011
|
0.4 M
|
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN |
23-Nov-2011 13:53 PM
|
|||
SETIU
|
FT1692
|
JLN LUBUK PERIUK |
23-Nov-2011
|
1 M
|
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN |
23-Nov-2011 14:15 PM
|
|||
HULU TERENGGANU
|
T117
|
JALAN BUKIT DIMAN/KG. PENGKALAN AJAL (SEC 7 - 8) |
23-Nov-2011
|
1.7 M
|
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN | TIADA JALAN ALTERNATIF |
23-Nov-20
|
Dan ini adalah sebahagian gambar-gambar yang telah dirakam oleh KeluargaKu di Hulu Besut, Terengganu.
| Jalan Batu 13 Cabang 3 Lata Tembakah Paras Terus Meningkat melebihi 4 kaki |
| Jalan Batu 13 Cabang 3 Lata Tembakah Paras Terus Meningkat melebihi 4 kaki |
| Jalan Batu 13 Cabang 3 Lata Tembakah Paras Terus Meningkat melebihi 4 kaki |
| Jalan Kg. Bekok Paras Air Terus Meningkat melebihi 5 kaki |
| Keadaan Rumah Mangsa Banjir di Felda Tenang |
| Keadaan Rumah Mangsa Banjir di Felda Tenang |
| Keadaan Balai Polis di Felda Tenang dinaiki Air |
| Keadaan Dewan Serbaguna di Felda Tenang dinaiki Air |
| Keadaan Balai Polis di Felda Tenang dinaiki Air |
| Jalan Kg. Bekok Felda Tenang Terputus Dinaiki Air |
| Jalan Ke Sk Tenang, Felda Tenang Terputus Dinaiki Air |
| Keadaan Rumah Mangsa Banjir di Felda Tenang |
| Keadaan Rumah Mangsa Banjir di Felda Tenang
JADUAL 3: Paras Air Di Sungai-Sungai Daerah Besut
|
BERITA TERKINI HARI KE-2 BANJIR DI HULU BESUT
HULU BESUT,TERENGGANU, 23 NOV 2011- Hujan di Hulu Besut masih berterusan kadang-kandang lebat dan kadang-kadang renyai berserta ribut. Setakat ini jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan
banjir di tiga daerah di Terengganu kini meningkat kepada 373 orang
berbanding 313 mangsa yang dipindahkan petang tadi.
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, penduduk yang dipindahkan ialah 560 orang melibatkan 120 keluarga di Besut, Setiu 671 orang melibatkan 168 keluarga dan Hulu Terengganu (83) orang.
Beliau berkata sehingga pukul 6 petang ini sebanyak TUJUH pusat pemindahan telah dibuka di Hulu Besut dan berikut adalah maklumat terkini mangsa-mangsa banjir yang telah dipindahkan mengikut pusat pemindahan yang telah disediakn.
Berikut pula adalah paras air di sungai-sungai utama di Terengganu:-
Orang ramai yang tinggal di tebing sungai terbabit dinasihatkan supaya berjaga-jaga dan berpindah ke pusat pemindahan jika diminta berbuat demikian.
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, penduduk yang dipindahkan ialah 560 orang melibatkan 120 keluarga di Besut, Setiu 671 orang melibatkan 168 keluarga dan Hulu Terengganu (83) orang.
Beliau berkata sehingga pukul 6 petang ini sebanyak TUJUH pusat pemindahan telah dibuka di Hulu Besut dan berikut adalah maklumat terkini mangsa-mangsa banjir yang telah dipindahkan mengikut pusat pemindahan yang telah disediakn.
Bil
|
Keterangan
|
Bil Mangsa
|
Bil Keluarga
|
Tarikh Kemaskini
|
|---|---|---|---|---|
| MASJID KG LA |
283
|
72
|
23-Nov-2011 08:28 AM
|
|
| DEWAN SERBAGUNA KG KERUAK |
106
|
23
|
23-Nov-2011 08:28 AM
|
|
| MASJID KG KERUAK |
88
|
10
|
23-Nov-2011 08:29 AM
|
|
| BALAIRAYA KG RENEK |
6
|
2
|
23-Nov-2011 08:30 AM
|
|
| SURAU KG SEBERANG LA |
21
|
4
|
23-Nov-2011 08:30 AM
|
|
| SURAU KG BERANGAN |
9
|
1
|
23-Nov-2011 08:30 AM
|
|
| SK SERI PAYUNG |
47
|
8
|
23-Nov-2011 08:34 AM
|
|
JUMLAH
|
560
|
120
|
Berikut pula adalah paras air di sungai-sungai utama di Terengganu:-
StationID
(Photo) |
Station Name
(Graph) |
District | River Basin (Trend) |
Last Update Time
|
River Level
(Cross-section) |
Normal level
|
Alert Level
|
Danger Level
|
| 5424401 | Sg.Besut di Jam.Keruak | Besut | Sg Besut | 23/11/2011 - 10:00 | 34.21 | 28.50 | 35.00 | 37.00 |
| 5524401 | Sg.Besut di Kg.La | Besut | Sg.Besut | 23/11/2011 - 10:00 | 19.62 | 14.00 | 17.20 | 19.20 |
| 5724411 | Sg.Besut di Jam.Jerteh | Besut | Sg.Besut | 23/11/2011 - 10:00 | 8.70 | 2.30 | 7.30 | 8.90 |
| 5426401 | Sg.Setiu di Kg.Besut | Setiu | Sg.Setiu | 23/11/2011 - 10:00 | 16.07 | 13.30 | 16.40 | 18.40 |
| 5428401 | Sg.Chalok di Jam.Chalok | Setiu | Sg.Setiu | 23/11/2011 - 10:00 | 8.41 | 5.00 | 8.00 | 9.00 |
| 5527401 | Sg. Setiu di Jam. Permaisuri | Setiu | Sg.Setiu | 23/11/2011 - 10:00 | 9.12 | 5.50 | 7.60 | 8.80 |
| 5624411 | Sg.Dungun di Kg.Pasir Raja | Dungun | Sg.Dungun | 23/11/2011 - 10:00 | 35.40 | 34.00 | 36.00 | 37.50 |
| 4730401 | Sg.Dungun di Kuala Jengai | Dungun | Sg.Dungun | 23/11/2011 - 10:00 | 16.99 | 14.00 | 19.50 | 21.00 |
| 4832441 | Sg.Dungun di Jam.Jerangau | Dungun | Sg.Dungun | 23/11/2011 - 10:00 | 10.77 | 5.00 | 10.90 | 12.50 |
| 4332401 | Sg.Tebak di Jam.Tebak | Kemaman | Sg.Kemaman | 23/11/2011 - 09:00 | 17.68 | 15.00 | 19.00 | 21.00 |
| 4131453 | Sg.Cherul di Jam.Ban Ho | Kemaman | Sg.Kemaman. | 23/11/2011 - 10:00 | 13.86 | 10.00 | 17.00 | 19.00 |
| 4232401 | Sg.Kemaman di Jam.Air Putih | Kemaman | Sg.Kemaman. | 23/11/2011 - 10:00 | 10.68 | 9.00 | 13.00 | 15.00 |
| 4930401 | Sg.Berang di Kg.Menerong | Hulu Terengganu | Sg.Terengganu | 23/11/2011 - 10:30 | 23.09 | 20.00 | 23.50 | 25.00 |
| 5029433 | Sg.Terengganu di Kg.Dura | Hulu Terengganu | Sg.Terengganu | 23/11/2011 - 10:00 | 8.66 | 8.00 | 15.30 | 16.80 |
| 5031401 | Sg.Marang di Jam.Pengkalan Berangan | Marang | Sg.Marang | 23/11/2011 - 10:00 | 2.34 | 1.00 | 2.00 | 3.00 |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Baca Sisipan Lain Polok
- Berita Dalam Negara (168)
- Berita Luar Negara (59)
- Sukan Malaysia (47)
- Tazkirah Agama (25)
- Sukan Luar Negara (21)
- Apeke Jadah Semuani (18)
- KAFA The Red Warrior (17)
- Pelik Tapi Benar (17)
- Info Kesihatan (9)
- Aktiviti keluarga (8)
- Politik Semasa (7)
- CUTI UMUM (1)
- Puisi Puitis (1)