Showing posts with label Aktiviti keluarga. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti keluarga. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) BAGI TAHUN 2012 DAERAH BESUT


Buku Program
Bersama rakan2 yang sama2 menerima APC pada hari itu.


Saturday, June 15, 2013

KEM JEJAK MAKLUMAT KELAB PSS 2013

TARIKH : 13 DAN 14 JUN 2013
HARI      : KHAMIS DAN JUMAAT
TEMPAT : PANDAN LAUT BEACH RESORT, SETIU

Antara ahli kelab yang terlibat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat!

Thursday, May 2, 2013

CUTI2 1 MEI LEPAS

1 mei lepas....ambil kesempatan bercuti dan rehat di Tok Aman Bali Resort. Kebetulan hari keluarga sekolah diadakan di sebelah...di Taman Rehlah. Pertama kali menginap di sini...rasa berbaloi..dan nk datang lagi..Insya-Allah.

Antara gambar kenangan :


Pandangan dari kawasan parking kereta
Antara kemudahan untuk aktiviti air yang disediakan
Pandangan waktu senja
laluan tepi
Bilik
Sarapan
Pandangan dari bot




Sunday, November 25, 2012

TAPAK RUMAH

Syukur ke hadrat Ilahi...tahun 2012 kami berjaya memiliki tanah untuk dibuat tapak rumah. Lokasi dan keluasan tanah yang dibeli kali ini mampu memuaskan hati kami sekeluarga. Sejak dulu lagi kami memang sepakat untuk membuat rumah atas tanah yang luasnya lebih kurang setengah ekar.
Perkara pertama perlu buat...bersihkan tanah. Nasib baik tanah telah diratakan dahulu..tapi selepas 3 bulan semak samun pun cepat naik...huhu kenalah..bersihkan semula.
Syukur bapa mertua banyak membantu...

Abah yang sanggup menunggu sehingga kerja pembersihan selesai

Hanya 3 bulan penuh dengan semak samun

Hampir siap dibersihkan
Proses seterusnya bina pagar sementara.....Insya Allah sambung tahun 2013 pulak memandangkan sekarang hampir ke musim hujan.

Thursday, November 8, 2012

MINGGU AKHIR PERSEKOLAHAN 2012


Dalam sibuk-sibuk di minggu akhir persekolahan, sempat juga buat jamuan sikit..sekadar suka-suka sebelum masing-masing bercuti bersama keluarga. Terima kasih semua menjayakan jamuan ini...

Siap ada pengapit tu!

Rajinnya...potong sayur!

Tak sabar nak rasa nih!

He he...jangan pandang belakang!

huhu...aksi comel ni..anak sape ni??

Satu..dua..tiga...senyum!!!

He he..sedap tak?
Tengok apa tu cg Aiani?

Selamat Bercuti Semua!!!

Wednesday, September 5, 2012

BENGKEL

Hari ini...kena hadiri satu bengkel pembinaan blog PSS. Satu hari..walaupun dah ada blog sendiri dan blog pss sekolah dah buat...sejak jadi GPM terus buat blog untuk PSS tapi tak ada salahnya tambah ilmu. Mesti ada input baru yang kudapat.. Syukur masih diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk menghadiri bengkel ini...

Monday, August 27, 2012

Hari Raya 2012

Gambar-gambar ahli keluargaku sebelah ma ( ibu ). Paling lucu gambar keluarga mak2 sedara je..gambar keluarga sendiri terlupa nak ambik...nak2 abah tak sihat dan tak larat sangat tahun ini...tak nak lah kacau sangat....syukur kesihatan abah makin pulih...gambar keluarga akan di upload kemudian...Selamat Hari raya!

Sembang sambil menikmati juadah raya.
Keluarga Ayah Do
Keluarga Ayah Su

Keluarga Cik Ngah


SAMBUTAN HARI RAYA KELUARGA AYAH LEH TAHUN 2012

Pada Isnin, 20/8/2012 lepas..sempena hari raya kedua, diadakan majlis hari raya Keluarga Ayah Leh. sebenarnya ini hari keluarga sebelah suami. Berkumpul sanak saudara suami bermula peringkat keluarga Arwah Ayah leh...Moyang kepada suami. Nak cerita lebih banyak takut salah info. Majlis bermula dengan bacaan doa, ucapan pengerusi, ucapan wakil keluarga anak-anak kepada Arwah ayah Leh, penyampaian sumbangan dan cederahati, sesi bergambar dan jamuan makan.
Ini pengalamanku hadir majlis hari keluarga yang lebih besar...sebelum ini hanya Hari keluarga Ayah Kassim ( Arwah datuk kepada suami ), anak kepada Arwah Ayah Leh. Ramai sanak saudara hadir...ramai yang tidak pernah jumpa. Terasa pulak ramainya sedara dan ramai yang kami tak kenali. Tidak lepaskan peluang berjumpa dan beramah mesra...
Buat hubby, terima kasih kerana memberi ku peluang merasai hidup dalam keluarga besar dan pengalaman hidup bersaudara. Syukur ke hadrat Ilahi....walaupun ku dilahirkan sebagai anak tunggal ditemukan jodoh dengan suami yang daripada keluarga yang besar...masih banyak kelemahan diri ini tetapi insya Allah diperbaiki kemudian hari....
Terima kasih semua.....Selamat Hari Raya!

Sesi Bergambar
Kaunter pendaftaran
 

Sebahagian sanak saudara yang hadir
Khusyuk dengar cerita tentang Arwah Ayah Leh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...