BERNE: Belanda dan Sepanyol dipaksa mengerah keringat pada kelayakan Euro 2012 semalam selepas terselamat daripada kebangkitan aksi Hungary dan Lithuania untuk mengekalkan rekod 100 peratus mereka dalam kejohanan berkenaan.
Dirk Kuyt menyumbatkan dua gol dalam tiga minit terakhir perlawanan ketika Belanda diikat 3-3 pada minit ke-75 selepas Zoltan Gera menjaringkan gol kedua, sebelum mencatat kemenangan 5-3 ketika saingan di Amsterdam.
Dua gol pada 20 minit terakhir, satu gol sendiri daripada Tadas Kijanskas dan satu menerusi Juan Mata, membolehkan Sepanyol mencatat kemenangan 3-1 ketika saingan di padang becak di Lithuania selepas juara dunia itu mendahului dengan gol Xavi tetapi kemudiannya muncul Marius Stankevicius menyamakan kedudukan.
Sweden pula yang memburu tangga kedua dalam saingan Kumpulan E menundukkan Moldova 2-1 hasil jaringan Mikael Lustig dan Sebastian Larsson mencukupi selepas Zlatan Ibrahimovic mensia-siakan sepakan penalti sebaik sebelum tamat babak pertama.
Alexandru Suvorov merapatkan jurang untuk Sweden ketika mereka kini berkongsi sembilan mata dengan Hungary, sembilan mata di belakang Belanda.
Turki memulihkan harapan mereka untuk mendaki ke tempat kedua di belakang Jerman dalam saingan Kumpulan A hasil kemenangan 2-0 ke atas Austria.
Belgium menang besar 4-1 ke atas Azerbaijan, juga di tangga kedua dengan 10 mata manakala Turki ketiga dengan sembilan mata manakala Jerman mendahului dengan rekod sempurna.
Luxembourg tampak berupaya mencatat kejutan terbesar apabila Lars Gerson meletakkan mereka di depan ketika berentap dengan Romania tetapi dua gol menerusi Adrian Mutu membantu skuad Eropah Timur itu bangkit mencatat kemenangan 3-1 dalam Kumpulan D.
Serbia dan Slovenia mensia-siakan peluang untuk menggugat kedudukan Itali sebagai pendahului Kumpulanm C apabila kedua-duanya seri tanpa jaringan ketika beraksi di tempat lawan, kini masing-masing ketinggalan lima mata.
Slovenia pula seri tanpa jaringan ketika bertandang ke Ireland Utara.
Sumber Dari:
AP& Berita harian
Showing posts with label Sukan Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Sukan Luar Negara. Show all posts
Wednesday, March 30, 2011
Monday, March 28, 2011
Vettel juara F1 2011 GP Australia
| Sebastian Vettel |
Vettel yang menjadi juara termuda pada usia 23 tahun musim lalu, terlalu pantas untuk pencabar lain di Litar Albert Park dan mengatasi juara 2008 dari McLaren, Lewis Hamilton, dengan perbezaan masa lebih 22 saat.
Pelumba berbangsa Russia daripada pasukan Lotus Renault, Vitaly Petrov, di tempat ketiga .
Ia adalah kemenangan perlumbaan GP ke-63 untuk Vettel selepas yang terakhir di musim lalu di Abu Dhabi.
Sumber Dari:-
AFP & Berita harian Terkini
Wednesday, March 23, 2011
Lionel Messi dan Jose Mourinho, Pemain & Pengurus Gaji Paling Tinggu Di Dunia
PARIS - Lionel Messi dan Jose Mourinho menjadi pemain dan pengurus yang menerima gaji paling tinggi, menurut majalah Bola Sepak Perancis.
Messi yang bermain dengan Barcelona memperoleh pendapatan pada tahun ini yang dianggarkan mencecah 31 juta euro (RM134 juta) manakala pengurus Real Madrid, Mourinho dianggap sebagai pengurus pasukan terkaya dengan pendapatan 13.5 juta euro (RM58.3 juta).
Pendapatan Messi itu menjadikannya sebagai pemain bola sepak yang memperoleh gaji tertinggi di dunia walaupun masih belum dapat menandingi pemain golf, Tiger Wood yang mempunyai gaji 53 juta euro (RM229 juta) selain menjadi ahli sukan yang paling tinggi memperolehi gaji sedemikian.
Dalam pada itu, pemain bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo memperoleh pendapatan 27.5 juta euro (RM119 juta) untuk menjadi pemain bola sepak kedua dibayar gaji tinggi dan di tempat ketiga ialah penyerang Manchester United, Wayne Rooney dengan 20.7 juta euro (RM89.3 juta).
Sebanyak tujuh pemain Liga Perdana England tersenarai dalam 20 pemain yang menerima gaji tertinggi pada tahun ini.
Dua bekas pemain Liga Perdana, David Beckham dan Thierry Henry yang kini bermain di MLS Amerika Syarikat berada pada ranking ke kelima dan ke-11 dengan gaji masing-masing 19 juta euro (RM82 juta) dan 13.6 juta euro (RM59 juta).
Sementara itu, antara pengurus pasukan bola sepak yang disenarai menerima gaji termahal ialah, pengurus Barcelona, Pep Guardiola di tempat kedua dengan 10.5 juta euro (RM45.3 juta), ketiga bekas pengurus Inter Milan, Raphael Benitez 10.2 juta euro (RM44 juta).
Pengurus pasukan England, Fabio Capello menduduki tangga keempat dengan gaji 8.5 juta euro (RM37 juta) dalam tinjauan yang dilakukan majalah Bola Sepak Perancis.
Sumber Dari:
AFP & Utusan Malaysia
TQ
Messi yang bermain dengan Barcelona memperoleh pendapatan pada tahun ini yang dianggarkan mencecah 31 juta euro (RM134 juta) manakala pengurus Real Madrid, Mourinho dianggap sebagai pengurus pasukan terkaya dengan pendapatan 13.5 juta euro (RM58.3 juta).
Pendapatan Messi itu menjadikannya sebagai pemain bola sepak yang memperoleh gaji tertinggi di dunia walaupun masih belum dapat menandingi pemain golf, Tiger Wood yang mempunyai gaji 53 juta euro (RM229 juta) selain menjadi ahli sukan yang paling tinggi memperolehi gaji sedemikian.
Dalam pada itu, pemain bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo memperoleh pendapatan 27.5 juta euro (RM119 juta) untuk menjadi pemain bola sepak kedua dibayar gaji tinggi dan di tempat ketiga ialah penyerang Manchester United, Wayne Rooney dengan 20.7 juta euro (RM89.3 juta).
Sebanyak tujuh pemain Liga Perdana England tersenarai dalam 20 pemain yang menerima gaji tertinggi pada tahun ini.
Dua bekas pemain Liga Perdana, David Beckham dan Thierry Henry yang kini bermain di MLS Amerika Syarikat berada pada ranking ke kelima dan ke-11 dengan gaji masing-masing 19 juta euro (RM82 juta) dan 13.6 juta euro (RM59 juta).
| pengurus Barcelona, Pep Guardiola |
| Raphael Benitez |
Sumber Dari:
AFP & Utusan Malaysia
TQ
Monday, March 21, 2011
Keputusan Liga Perdana Inggeris 21.03.2011:- Liverpool Menang & Chelsea Hambat Pendahulu Liga
Sunderland 0 Liverpool 2
Chelsea 2 Man City 0
LONDON: Liverpool mengutip tiga mata selesa selepas menewaskan Sunderland pada saingan Liga Perdana Inggeris, di Stadium of Light, sebentar tadi.
Gol Liverpool dijaringkan oleh Dirt Kuyt menerusi sepakan penalti yang mencetuskan kontroversi pada minit ke-3
Baki 13 minit permainan tamat, pemain antarabangsa Uruguay. Luis Suarez merembat masuk untuk gol kedua Liverpool.
Penyandang juara, Chelsea menghidupkan peluang merebut tahta kejuaraan apabila menumpaskan Manchester City 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Gol Chelsea diperoleh menerusi tandukan David Luiz sebelum separuh masa pertama tamat dan Ramirez menambah gol kedua pada minit ke-92.
Kemenangan itu bermakna Chelsea merampas tempat City di kedudukan ketiga liga dan hanya sembilan mata memisahkannya dengan pendahulu, Manchester United.
Sumber Dari:
Berita Harian & Astro 817

Sunday, March 20, 2011
Keputusan Liga Perdana Inggeris 20.03.2011
Assalamualaikum W.B.T...Hujung minggu adalah hari yang penuh makna kepada setiap peminat bola. Tidak kira di negara mana pun pastinya ada aksi-aksi menarik disetiap liga diseluruh dunia. Berikut adalah keputusan Liga Perdana Inggeris 20.03.2011 untuk peminat bola sepak EPL
Man Utd 1 Vs Bolton 0
Wigan 2 Vs Birmingham 1
West Brom 2 Vs Arsenal 2
Stoke 4 Vs Newcastle 0
Aston Villa 0 Vs Wolves 1
Tottenham Hotspur 0 Vs West Ham 0
Blackburn Rovers 2 Vs Blackpool 2.
LONDON: Dimitar Berbatov menjadi penyelamat apabila jaringan tunggalnya membolehkan Manchester United menang 1-0 ke atas Bolton Wanderers pada saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, sebentar tadi.
Berbatov yang masuk menggantikan Javier Hernandez pada separuh masa kedua memperoleh jaringan itu pada minit ke-88.
| Dimitar Berbatov |
Berbatov yang masuk menggantikan Javier Hernandez pada separuh masa kedua memperoleh jaringan itu pada minit ke-88.
| Jonny Evans |
Arsenal pula bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk sekadar berkongsi satu mata apabila seri 2-2 dengan West Bromwich Albion di Stadium Hawthorns, sebentar tadi.
Albion mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Steven Reid' dan Peter Odemwingie, The Gunners bangkit di gelanggang lawan pada minit ke-70 menerusi Andrey Arshavin dan Robin van Persie (m-78).
| Andrey Arshavin |
| Robin van Persie |
Sumber dari:
Berita Harian Terkini
TQ
Friday, March 11, 2011
Liga Juara-juara 2011 :- Tottenham Hotspur Ke suku akhir
Spurs pertahan rekod cemerlang
LONDON - Tottenham Hotspur (Spurs) meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara apabila mara ke peringkat suku akhir.
Keputusan seri tanpa jaringan dengan AC Milan pada aksi kedua pusingan kedua di White Hart Lane awal pagi semalam sudah cukup buat skuad kendalian Harry Redknapp itu mara dengan agregat 1-0.
Pada 16 Februari lalu, anak-anak buah Redknapp mencipta kejutan apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Milan pada aksi pertama pusingan kedua di San Siro.
"Ia merupakan suatu pencapaian yang hebat buat kami kerana berjaya mara ke peringkat suku akhir.
"Pemain-pemain telah mempamerkan persembahan yang menakjubkan sejak saingan ini bermula dan mereka wajar diberi- kan pujian," jelas Redknapp.
Kini, Spurs ada satu lagi misi penting yang mahu mereka laksanakan dalam saingan musim ini.
Sekiranya berjaya melepasi halangan pada peringkat suku akhir, Spurs akan mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan mara ke peringkat separuh akhir.
Ia bakal menjadi pencapaian terbaik buat Spurs sepanjang beraksi dalam kempen berprestij di pentas Eropah itu selepas kali terakhir mereka melakukannya pada tahun 1961 dan 1962.
Sementara itu, Milan yang muncul juara pada 2007 sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan kelab England selepas mengalami nasib yang sama sejak tiga musim lalu.
"Tahun ini ada beberapa peru- bahan yang ketara dapat dilihat kerana kami telah beraksi dengan baik terutama pada aksi peringkat kumpulan.
"Memang saya kecewa di atas kegagalan mara ke peringkat suku akhir dan saya menyesal dengan diri sendiri.
"Bukan saya seorang tetapi kelab dan pemain-pemain juga merasai perkara yang sama," kata jurulatih Milan, Massimiliano Allegri.
Sumber Dari:
Agensi & Kosmo
| KAPTEN Spurs, Michael Dawson (kanan) bersama rakan sepasukannya, William Gallas meraikan kejayaan mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara di White Hart Lane awal pagi semalam. |
LONDON - Tottenham Hotspur (Spurs) meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara apabila mara ke peringkat suku akhir.
Keputusan seri tanpa jaringan dengan AC Milan pada aksi kedua pusingan kedua di White Hart Lane awal pagi semalam sudah cukup buat skuad kendalian Harry Redknapp itu mara dengan agregat 1-0.
Pada 16 Februari lalu, anak-anak buah Redknapp mencipta kejutan apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Milan pada aksi pertama pusingan kedua di San Siro.
"Ia merupakan suatu pencapaian yang hebat buat kami kerana berjaya mara ke peringkat suku akhir.
"Pemain-pemain telah mempamerkan persembahan yang menakjubkan sejak saingan ini bermula dan mereka wajar diberi- kan pujian," jelas Redknapp.
Kini, Spurs ada satu lagi misi penting yang mahu mereka laksanakan dalam saingan musim ini.
Sekiranya berjaya melepasi halangan pada peringkat suku akhir, Spurs akan mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan mara ke peringkat separuh akhir.
Ia bakal menjadi pencapaian terbaik buat Spurs sepanjang beraksi dalam kempen berprestij di pentas Eropah itu selepas kali terakhir mereka melakukannya pada tahun 1961 dan 1962.
Sementara itu, Milan yang muncul juara pada 2007 sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan kelab England selepas mengalami nasib yang sama sejak tiga musim lalu.
"Tahun ini ada beberapa peru- bahan yang ketara dapat dilihat kerana kami telah beraksi dengan baik terutama pada aksi peringkat kumpulan.
"Memang saya kecewa di atas kegagalan mara ke peringkat suku akhir dan saya menyesal dengan diri sendiri.
"Bukan saya seorang tetapi kelab dan pemain-pemain juga merasai perkara yang sama," kata jurulatih Milan, Massimiliano Allegri.
Sumber Dari:
Agensi & Kosmo
Sunday, March 6, 2011
Live Keputusan Perlawanan Tumpuan EPL 6.03.2011 : Liverpool Vs M.United, 3-1
Keputusan Separuh Masa Pertama
Liverpool 2 - M.United 0
Kuyt penjaring kedua-dua gol Liverpool
Separuh Masa Kedua
Minit Ke-65 Kuyt Menjaringkan Gol Ke3, Hatrik Pertamanya Bersama Liverpool.
Minit ke-73 Andy Carrol masuk membuat penampilan pertama bersama Liverpool.
Minit ke-89 Joe Cole masuk menggantikan Suarez,Suarez menunjukkan permainan yang menakjubkan membuka ruang kepada Kuyt menjaringkan Gol.
Minit ke-91 Hernandes menjaringkan gol saguhati untuk M.United.
Separuh Masa Kedua
Minit Ke-65 Kuyt Menjaringkan Gol Ke3, Hatrik Pertamanya Bersama Liverpool.
| Pemain baru Liverpool Lius Suarez & Andy Carrol |
Minit ke-73 Andy Carrol masuk membuat penampilan pertama bersama Liverpool.
Minit ke-89 Joe Cole masuk menggantikan Suarez,Suarez menunjukkan permainan yang menakjubkan membuka ruang kepada Kuyt menjaringkan Gol.
Minit ke-91 Hernandes menjaringkan gol saguhati untuk M.United.
Perlawan Tumpuan EPL 6.03.2011 : Liverpool Vs M.United, siapa Lebih Hebat?
MANCHESTER, United Kingdom -
Alex Ferguson memberitahu pemain Manchester United supaya mempamer perwatakan seperti juara untuk bekalan menentang Liverpool hari ini.
United masih mampu bertahan sebagai pendahulu Liga Perdana ketika ini meskipun tewas 1-2 kepada Chelsea pada perlawanan Selasa lalu sebelum Ferguson dikenakan tindakan oleh Persatuan Bola Sepak kerana berkelakuan kurang sopan.
Pertemuan hari ini akan menjadi satu perlawanan yang sengit bagi United pada musim ini yang mahu mempertahankan kedudukan teratas liga serta Liverpool yang akan berusaha memperbaiki kedudukan ketika ini.‘‘Kelab ini perlu memperbaiki kelemahan yang ada untuk perlawanan menentang Liverpool dan ini adalah perlawanan yang bakal menentukan masa depan kami.
‘‘Keputusan yang diperolehi pada perlawanan Ahad ini mampu memulihkan kami untuk terus kekal sebagai pendahulu liga seandainya kami memperoleh kemenangan,’’ kata Ferguson.
Ketiadaan Nemanja Vidic akibat pengantungan dan dua pemain yang cedera iaitu Rio Ferdinand dan Jonny Evans membuatkan Ferguson semakin resah untuk merancang buat pertahanan United.
Bagaimanapun, pengurus United itu mengesahkan Wes Brown dan Chris Smalling akan berganding di pertahanan tengah.
Sementara itu, Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish berazam akan melakukan yang terbaik pada perlawanan hari ini yang akan menjadi perlawanan pertama skuad The Reds menentang United di bawah bimbingan pengurus baru itu.
‘‘Setiap perlawanan amat penting kepada kami sebagai sebuah kelab bola sepak.
‘‘Seandainya anda mampu memperoleh kemenangan pada perlawanan itu ia pasti akan mengundang pelbagai reaksi positif termasuk terpapar di dada akhbar bahawa anda berupaya memperoleh keputusan cemerlang.
‘‘Semua yang pemain bola sepak akan bermain sehingga ke tahap yang tinggi dan perlawanan antara Liverpool menentang Manchester United akan menjadi satu perlawanan getir dengan semua pemain bakal mempamer aksi-aksi mereka tersendiri,’’ kata Dalglish.
Sumber Dari:
AFP & Kosmo
Subscribe to:
Posts (Atom)
Baca Sisipan Lain Polok
- Berita Dalam Negara (168)
- Berita Luar Negara (59)
- Sukan Malaysia (47)
- Tazkirah Agama (25)
- Sukan Luar Negara (21)
- Apeke Jadah Semuani (18)
- KAFA The Red Warrior (17)
- Pelik Tapi Benar (17)
- Info Kesihatan (9)
- Aktiviti keluarga (8)
- Politik Semasa (7)
- CUTI UMUM (1)
- Puisi Puitis (1)