Saturday, February 26, 2011

Gempar:- RM23 juta tersilap masuk ke akaun seorang wanita

WELLINGTON 25 Feb. - Seorang wanita yang meninggalkan New Zealand bersama-sama teman lelakinya selepas sebuah bank tersilap memasukkan berjuta-juta dolar ke dalam akaun lelaki warga China itu ditangkap, hari ini.

Kara Hurring dan Hui (Leo) Gao berlepas ke China sejurus selepas bank Westpac memasukkan sebanyak NZ$10 juta (RM23 juta) ke dalam akaun Gao pada April 2009.

Gao telah memohon kemudahan overdraf berjumlah NZ$100,000 (RM230,000).

Kesilapan itu dikesan dalam masa beberapa hari tetapi ketika itu kira-kira NZ$6.78 juta (RM15.6 juta) sudah pun dipindahkan ke dalam akaun lain, manakala pasangan tersebut telah meninggalkan negara ini.

Polis menjejaki dan menangkap Hurring di lapangan terbang Auckland awal hari ini selepas dia pulang ke New Zealand secara sukarela.

"Penangkapan ini tentunya satu perkembangan positif dalam kes ini, tetapi siasatan belum berakhir," kata detektif yang mengetuai siasatan polis, Sarjan Kanan Mark Loper.

Polis berkata, kira-kira separuh daripada wang itu telah diperolehi semula tetapi sejumlah NZ$3.87 juta (RM8.9 juta) masih hilang dan Hurring akan menghadapi tuduhan mencuri dan pengubahan wang haram.

Tahun lepas Hurring dilaporkan bersembunyi di Hong Kong dan bersiap sedia untuk kembali ke tanah air selepas memutuskan hubungan dengan Gao tidak lama selepas mereka tiba di wilayah Guangdong, selatan China.

Terima Kasih Kepada:
AFP & Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...