HULU BESUT,TERENGGANU,2011/11/22:
Banjir Mula melanda di kawasan hulu Besut berikutan hujan lebat dan kadang-kadang renyai-renyai diikuti guruh & angin kencang. Keadaan cuaca di Terengganu pagi ini masih hujan renyai-renyai disusuli dengan angin kencang.
Kalau keadaan hujan masih berterusan, keadaan banjir dikhuatiri akan bertambah teruk. Beberapa jalan utama ke bandar Jerteh telah terputus.
Pusat penempatan banjir di Kg. Keruak & Kg Belao telah dibuka mulai pukul 11.00am tadi.
Penduduk mulai menyimpan bekalan makanan saperti beras, telur & ikan sebagai persedian menghadapi banjir berdasarkan ramalan Jabatan kajicuaca yang meramalkan hujan akan berterusan hingga ke hari Khamis.
Penduduk diingatkan supaya berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga serta sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
Berikut adalah antara gambar-gambar terkini keadaan banjir yang dialami ketika ini.
|
Sebelum Simpang Ke Lata Tembakah |
|
Jalan Lebuh Raya Baru Kg. Durian Telur |
|
Sebelum Simpang Ke Lata Tembakah |
|
Jalan Kg. Bekok |
|
Sebelum Simpang Ke Lata Tembakah |
|
Jalan Kg. Bekok & Keadaan Masjid Kg. Bekok ditenggelami air |
|
Jalan Lebuh Raya Baru Kg. Durian Telur |
|
Jalan Lebuh Raya Baru Kg. Durian Telur |
|
Kolam Tadahan Jalan Lebuh Raya Baru Kg. Durian Telor |
|
Keadaan Paras Air Di sungai Utama Hulu Besut Jerteh |
|
Keadaan Paras Air Di sungai Utama Hulu Besut Jerteh |
tq karana saya dapat maklumat terkini mengenai banjir semasa
ReplyDeleteSama-sama..sekadar untuk makluman & dinasihat semua kita mengambil langkah berjaga-jaga kerana negara jiran kita pun sedang menghadapi banjir
ReplyDelete