Tuesday, March 22, 2011
Keputusan peperiksaan SPM 2010 diumumkan Rabu ini
Assamualiakum Wbt, Bismilla'hirrohmanirrahim pemula kalam..
Kepada semua calon peperiksaan SPM 2010 tentunya berdebar menunggu keputusan peperiksaan SPM 2010 keluarkan.Tentunya kalian semua tertanya-tanya dan berdebar-debar menunggu saat itu, kerana keputusan inilah yang menentukan hala tuju kalian semua selepas tamatnya zaman persekolahan.
Menurut sumber hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing pada 23 March 2011 selepas 10 pagi hari yang sama. Untuk Calon-calon pelajar SPM 2010 SMK Bukit Payong, Jerteh Besut juga boleh mula mendapatkan keputusan mereka pada hari yang sama di sekolah SMKBP pada selapas pukul 10.00 pagi.
Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.
Kenyataan itu menyebut, kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini. Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama.
Tunggu keputusan & analisa SPM 2010 yang diterbitkan Keluargaku dan semoga SMK Bukit Payong Jerteh akan terus menggapai kecemerlangan seperti STPM 2010 yang lepas..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Baca Sisipan Lain Polok
- Berita Dalam Negara (168)
- Berita Luar Negara (59)
- Sukan Malaysia (47)
- Tazkirah Agama (25)
- Sukan Luar Negara (21)
- Apeke Jadah Semuani (18)
- KAFA The Red Warrior (17)
- Pelik Tapi Benar (17)
- Info Kesihatan (9)
- Aktiviti keluarga (8)
- Politik Semasa (7)
- CUTI UMUM (1)
- Puisi Puitis (1)
No comments:
Post a Comment