SELAMAT TAHUN BARU 2012
SEMOGA ANDA TERUS MAJU DAN BERJAYA DUNIA & AKHIRAT
SEMOGA ANDA TERUS MAJU DAN BERJAYA DUNIA & AKHIRAT
AS'SALAMUALAIKUM W.B.T...
SELAMAT TAHUN BARU DARI KELUARGAKU...KAMI MEMOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI UNTUK SEPANJANG TAHUN 2011. BAK KATA SEORANG PENYANYI "KU MENULIS BUKAN KERANA NAMA"....HANYA MENGISI MASA TERLUANG & BERKONGSI KISAH & BERITA-BERITA MENARIK YANG PADA FIKIRAN KAMI IA BERGUNA....UNTUK MENGHARUNGI SETAHUN YANG AKAN MENDATANG INI SAMA-SAMA LA KITA MENJADI AMANAT TERAKHIR JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD S.A.W....
JOM KITA MENCINTAI NABI MUHAMMAD S.A.W
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.
Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai
manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun
ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota
ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim
sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada
pemiliknya yang berhak.
Janganlah
sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah
bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti
membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan
riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai
sekarang.
Berwaspada
lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus
asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga
jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai
manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka
juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak
mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan
pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan
baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka
adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka
ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu
sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai
manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH,
dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan
tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya
kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih
mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah,
bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di
pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh
itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan
kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan
Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh
itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang
telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya,
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang
teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang
mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah
orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir
lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.WASIAT RASULULLAH S.A.W.“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.
Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;
“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
Juga pun”.
Ikhlas Dari KeluargaKU
No comments:
Post a Comment