Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU

 
Esok 16 Mei datang lagi...hari guru. Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia..terutama guru yang telah mengajarku dari tadika, sekolah rendah ( SKPA tahun 1989, SKSP tahun 1990-1995), sekolah menengah ( 1996-2000 ), Kolej Matrikulasi P. Pinang ( tahun 2001-2002 ), dan UPM Serdang ( tahun 2002 -2006 ). Tanpa anda semua tidak ku dapat mencapai impian ku ini.
Selamat hari guru juga buat rakan-rakan guru seperjuangan.. SMK Durian Daun, Melaka ( tahun 2006), SIGS JB ( tahun 2007-2009), SMKJ (hingga Jun 2009) dan SMKBP ( Jun 2009 -sekarang ). Kenangan dan pengalaman berkerjasama dengan kalian semua banyak membantu ku dalam menjalankan tugas sebagai guru. Biarlah seribu dugaan dan badai melanda..kita tetap berjuang menyebarkan ilmu yang ada untuk anak bangsa kita. Terima kasih semua.

Di sini, ada satu puisi untuk dikongsi bersama...setiap kata-kata memberi seribu makna

PUISI GURU
Bila murid duduk
cikgu berdiri
bila murid diseligi
cikgu pulak kena gari
murid datang naik BMW 7 siri
cikgu datang motor buruk cukai jalan pon mati
murid belajar sampai PhD
cikgu baru berkira nak sambung degree
namun begitu
di dunia cikgu berbakti
moga di akhirat syurga menanti
Waktu pelajar sakit,
guru menjadi doktor
waktu pelajar buat kes,
guru menjadi polis
waktu pelajar bayar yuran,
guru menjadi akauntan
waktu pelajar berkhemah,
guru menjadi rambo
waktu pelajar keliru,
guru menjadi penunjuk arah
Teruskan perjuangan yang mulia
ikhlaskanlah hati
selamat hari guru
untuk semua warga pendidik

" SELAMAT HARI GURU "

LAGUNA AGRO RESORT, SETIU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah 2 bulan tidak update blog ini. Komitmen kerja dan keluarga membataskan waktu..Syukur hari ini sempat juga buka blog dan menulis berkongsi cerita.
Terkini sibuk menganjurkan Kem Jati Diri Kelab PSS. Yang diadakan 5-6 Mei lepas di Laguna Agro Resort. Disertai oleh 8 orang guru dan 40 orang pelajar. Aktiviti 2 hari 1 mlm itu banyak memberi pengalaman baru dan merapatkan lagi hubungan guru dengan pelajar. Suasana yang menenangkan dan lagun yang cantik memberi seribu ketenangan kepada peserta.Aktiviti air seperti Rafting, Wetland Trekking, Tarik Pukat dan hasil air memberi pengalaman baru kepada semua.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Ini antara gambar-gambar yang diambil;

Bertolak dari jeti untuk ke tapak kem
Di Jeti
Permandangan lagun yang antara terpanjang di Asia Tenggara, panjangnya 53km
Tapak Kem
Memasang Khemah
Taklimat awal
Membina rakit (Ape Yang Penting, Kerja Sama)
Penerangan tentang teknik memasang bubu dan jaring untuk menangkap ikan atau ketam

Aktiviti air : Rakit
Pertandingan mencari kerang, kepah dan ketam (Ape Yang Penting, Kerja Sama)
Masa Untuk Menyantap Hasil tangkapan
Aktiviti Kotak Beracun dan Burung Hantu

Wetland Trekking, Tarik pukat dan aktiviti air

Berangkat Pulang

Tata Titu...Laguna Agro Resort dalam Ingatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...