![]() |
Gambar 1: Peta Kawasan-kawasan di Daerah Besut |
Calon-calon yang menduduki Peperiksaan SPM di kawasan yang terlibat terpaksa melalui saat getir untuk ke sekolah masing-masing kerana terpaksa menaiki boat dan lori yang disediakan oleh pihak MDB & JKR. Di beberapa jalan yang dinaiki air kelihatan seumpama pesta kerana kelihatan ramai berkumpul & beratur untuk menunggu anak masing-masing menaiki boat untuk ke sekolah mengambil peperiksaan SPM.
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga pukul 9 pagi ini jumlah mangsa yang dipindahkan adalah 2849 orang di seluruh negeri Terengganu dan berikut adalah jumlah mangsa banjir yang terlibat di daerah Besut.
Jagual 1: Mangsa Banjir Yang Terlibat Di Besut
Bil
|
Keterangan
|
Bil Mangsa
|
Bil Keluarga
|
Tarikh Kemaskini
|
---|---|---|---|---|
SK SERI PAYUNG |
95
|
17
|
23-Nov-2011 23:12 PM
|
|
DEWAN SERBAGUNA KG KERUAK |
102
|
23
|
24-Nov-2011 08:42 AM
|
|
MASJID KG KERUAK |
42
|
8
|
24-Nov-2011 08:43 AM
|
|
MASJID KG LA |
288
|
74
|
24-Nov-2011 08:43 AM
|
|
SK KG LA |
53
|
11
|
24-Nov-2011 08:44 AM
|
|
BALAIRAYA KG RENEK |
7
|
2
|
24-Nov-2011 08:47 AM
|
|
SURAU KG SEBERANG LA |
30
|
6
|
24-Nov-2011 08:47 AM
|
|
RUMAH BANJIR PADANG TAPONG |
15
|
2
|
24-Nov-2011 08:48 AM
|
|
SURAU KG BERANGAN |
9
|
1
|
24-Nov-2011 08:48 AM
|
|
MASJID KG PINANG |
40
|
14
|
24-Nov-2011 08:48 AM
|
|
SURAU KG BUKIT MALI |
6
|
1
|
24-Nov-2011 08:49 AM
|
|
SURAU KEPALA GAJAH |
7
|
1
|
24-Nov-2011 08:49 AM
|
|
BALAIRAYA KG. BUKIT RAMBUTAN |
14
|
3
|
24-Nov-2011 08:49 AM
|
|
DEWAN MASJID KG OH |
58
|
16
|
24-Nov-2011 08:51 AM
|
|
MASJID KG BUKIT PAYUNG |
40
|
11
|
24-Nov-2011 08:51 AM
|
|
GARAJ MASJID KG DARAU |
64
|
19
|
24-Nov-2011 08:52 AM
|
|
SMA WATANIAH |
70
|
14
|
24-Nov-2011 08:56 AM
|
|
JUMLAH
|
940
|
223
|
Keadaan cuaca di sini pagi ini mendung dan sesekali berlaku hujan serta angin kencang. Menurut sumber dari JMM Amaran Hujan Lebat (MERAH) telah dikeluarkan sepertimana berikut:-
1-Amaran Hujan Lebat peringkat Jingga yang dikemaskini pada 10.56 pagi 23 November 2011 telah ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat Peringkat Merah.
2-Hujan sekejap-kejap kadangkala lebat di Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dijangka sehingga 25 November 2011. Keadaan ini boleh menyebabkab banjir di kawasan rendah.
Ini adalah sebahagian gambar yang telah sempat dirakam untuk tatapan pembaca blog KeluargaKu
Jalan Cabang 3 Lata Tembakah: Kenderaan Tersekat Banjir |
Jalan Cabang 3 Lata Tembakah: Kenderaan Tersekat Banjir |
Jalan Cabang 3 Lata Tembakah: Penduduk Menghantar Anak-anak naik Boat untuk Ke sekolah ambik SPM 2011 |
![]() |
Gambar Di Masjid Kg. Bekok: Boat menjadi pengangkutan utama semasa banjir |
![]() |
Sebuah rumah di Kg. Bekok ditengelami air |
![]() |
Lori menjadi satu lagi pengangkutan untuk mangsa banjir bergerak & pelajar SPM ke sekolah |
Benteng yang dibina di Kg. La berjaya menahan daripada banjir menjadi semakin teruk |
Kelihatan Jelas Kesan Pasir Air Banjir Selepas Surut pagi ini di Kg. La |
Kelihatan Jelas Kesan Pasir Air Banjir Selepas Surut pagi ini di Kg. La |
Kelihatan Jelas Kesan Pasir Air Banjir Selepas Surut pagi ini di Kg. La |
Turut berasa simpati malah empati dengan apa yang berlaku di sana. Kami di Kubang Pasu, Kedah juga berada dalam keadaan berjaga-jaga sekarang ni...
ReplyDelete