Wednesday, November 3, 2010

Mangsa Banjir pertama yang meragut di Bachok

Seorang kanak-kanak Siti Nor Ikma Mohd Rosli, 12, dari Kampung Kubur Tok Din, Repet di Bachok ditemui mati lemas dalam tali air berhampiran rumahnya dalam kejadian petang semalam di kampung itu.

Pemangku Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Malek Che Omar berkata Siti Nor dipercayai bermain seorang diri dan terjatuh ke dalam tali air berkenaan ketika kejadian yang berlaku jam 4 petang.

"Kehilangan beliau disedari oleh anggota keluarganya selepas didapati beliau tiada di rumah dan mengesyaki terjatuh ke dalam tali air berkenaan selepas menjumpai selipar yang dipakainya di atas tebing tali air itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Malek berkata beliau bersama enam anggota melancarkan gerakan mencari sebaik sahaja menerima aduan pukul 6.14 petang dan menjumpainya di dasar tali air itu jam 6.45 petang kira-kira 40 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Beliau berkata mayat Siti Nor yang juga seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum diserahkan kepada anggota keluarga.

Sumber Dari Maskini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...