Thursday, March 10, 2011

Proton Inspira & Produa MyVi Diiktiraf Kereta Jimat Minyak...Malaysia Boleh!

Dua model kereta keluaran nasional antara yang diiktiraf sebagai kenderaan efisien penggunaan bahan api sempena anugerah Asian Auto Fuel Efficiency 2010 yang dianjurkan majalah automatif negara, Asia Auto.

Editor Kumpulannya, Daniel Fernandez berkata, anugerah itu adalah yang pertama di Malaysia kerana diaudit mengikut kepakaran dan keselamatan kenderaan Australia.


Dua model kenderaan itu adalah Perodua MyVi yang menduduki tempat ketiga bagi kategori kereta kompak dengan penjimatan penggunaan sebanyak 6.2 liter bagi 100 kilometer (km).



Produa MyVi ditewaskan Hyundai i10 yang menggunakan 5 liter untuk 100 km dan Suzuki Alto, 5.05 liter.


Proton Inspira 1.8 manual pula menduduki tempat kedua bagi kategori Family Cars yang memerlukan 6.3 liter untuk 100km. Honda City pula muncul di tempat pertama dengan penggunaan 6.1 liter dan tempat ketiga Nisan Latio Sedan 1.6 dengan penggunaan bahan api sehingga 7.1 liter untuk 100km.



Beliau berkata, anugerah itu diagihkan kepada 19 kategori yang dinilai untuk menjadi juara kepada 57 anugerah. Penganjuran itu percuma dan mendapat tajaan penuhnya daripada Kumpulan Ambank, Ralph Lauren Fragrances dan majalah Asian Auto selaku tuan rumah.

“Kami berhasrat untuk menjadikan anugerah ini sebagai platform untuk menimbulkan kesedaran kepada pembeli bagi menyelidik latar belakang dan elemen bahan api sesebuah kenderaan sebelum membeli tanpa mendapat maklumat yang tepat,” katanya selepas hadir sempena penyampaian hadiah Asian Auto Fuel Efficiency 2010 di Subang.

Katanya, tahun ini adalah tahun ketiga penganjuran dan pengiktirafan anugerah lebih memihak kepada kereta Mercedes dan Audi selain Hyundai dan Mazda.

Antara model kenderaan yang turut serta adalah Hyundai, Naza, Chevrolet, Toyota, Suzuki, Skoda, Mercedes, BMW, Ferrari, Porsche, Volvo, Lotus, Nissan, dan banyak lagi.

Sumber Dari:
Sinar Harian
TQ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...