Monday, January 31, 2011

Bumbung stadium runtuh: Jurutera perunding didakwa

Seorang jurutera perunding hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kes runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di Kuala Terengganu pada Jun 2009.

Wan Manan Wan Ali, 51, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen bertarikh 15 Januari 2009 iaitu dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 15 Januari dan 29 Mac 2009 di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu.

Dia didakwa memberi dan menandatangani dokumen berkenaan kepada Pengarah JKR negeri, Rosli Zainal, dan turut bertindak memperdaya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong, untuk mempercayai dia adalah pemeriksa yang diiktiraf.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Hakim M Bakri Abdul Majid menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Wan Manan diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh diwakili Wan Zainuddin Wan Musa manakala pendakwaan dilakukan oleh Syafinas Shabudin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

--Bernama

Panduan Mengira Zakat Pendapatan

Panduan Mengira Zakat Pendapatan

Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan dalam perbincangan ini.

Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama. Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contoh:

• Gaji tahunan

• Tunggakan gaji

• Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)

• Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.

Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Contoh:

• Khidmat guaman

• Khidmat nasihat

• Juru perunding

• Rawatan perubatan

• Kejuruteraan

• Seniman

• Lain-lain

::Dalil Wajib Zakat:: Firman Allah s.w.t: “Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” Surah al-Baqarah (ayat 267)

Allah menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)”. Mereka bertanya, “Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?”. Baginda menjawab, “Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah.” Mereka bertanya, ” Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Baginda bersabda, “Tolonglah mereka yang meminta pertolongan”. Mereka bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak berkuasa?”. Baginda menjawab, “Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah”.

SYARAT WAJIB ZAKAT

1. Islam.

2. Merdeka.

3. Sempurna Milik.

4. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat. Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan pengajian yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisen, pemberian, ganjaran profesional, hasil sewaan, perkhidmatan dan sebagainya. Pendapat para fuqaha’ menyebutkan semua hal berkenaan pendapatan dan penggajian disebut sebagai ‘mal mustafad’ iaitu perolehan baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang dikenakan zakat.

5. Cukup nisab. Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepada emas.

6. Cukup haul. Jangka masa setahun adalah jarak untuk mempersatukan semua hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting ialah seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya harta wang simpanan ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT

Terdapat 3 garis panduan mengira zakat pendapatan

KAEDAH 1

2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab) CONTOH: Jika jumlah kasar dari sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka zakatnya sebanyak RM33,800.00 x 2.5 % = RM845.00 KAEDAH 2 Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenakan (berlandaskan kaedah penolakan yang dibenarkan KAEDAH 3 Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar.

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT MENGIKUT KAEDAH 2 DAN 3

A. Pendapatan Dari Semua Sumber (setahun) RM Gaji 24,000 Elaun 5,800 Bonus 4,000 Lain-lain 5,000 JUMLAH PENDAPATAN 38,800

B. Perbelanjaan Yang Dibenarkan (setahun) RM Diri 8,000 Isteri 3,000 Anak-anak (1,000 x 4 orang) 4,000 Pemberian IbuBapa 2,400 Caruman KWSP 2,400 Caruman Tabung Haji 600 Caruman kepada institusi / koperasi yang telah memberi zakat bagi pihak ahli. 1,200 JUMLAH TOLAKAN 21,600

C. Pendapatan Bersih Yang Layak Dizakat (A-B) RM RM38,800 – RM 21,600 Nilai melebihi paras nisab, (contoh: nisab Kelantan bagi tahun 2009 = RM 8,422.14)= RM8777.86

D. Zakat Yang Wajib Dibayar (C x 2.5%) RM RM8777.86 x 2.5% = RM219.45

NOTA:

1. Perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak dalam jadual di atas adalah berdasarkan kaedah penolakkan yang dibenarkan (berdasarkan kaedah kedua).

2. Bagaimanapun perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak boleh diambil kira tanggungan sebenar (berdasarkan kaedah ketiga) iaitu mengambil kira perbelanjaan asasi bagi makanan, pakaian, perubatan, pengangkutan, pendidikan dan tempat tinggal.

3. Pemberian kepada ibu bapa, caruman KWSP, caruman Tabung Haji, caruman kepada institusi/koperasi, takaful yang telah membayar zakat bagi pihak ahli hendaklah berdasarkan kepada jumlah sebenar.

Sumber : Pusat Zakat Selangor dll.

Contoh tu Haba buat sendiri.

Jika nak selesa hati dan bersihkan harta, bayar la Zakat. Jangan makan hak orang lain wang haram tu kerana “daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka nerakalah tempatnya” Afdal dibayar dalam bulan Ramadhan ni sebab pahalanya digandakan. Wallahu ‘alam.

Petikan Diambil Dari epanduan

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.

2. Imam dan pemimpin yang adil.

3. Orang kaya yang merendah diri.

4. Pedagang yang jujur dan amanah.

5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.

6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.

7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.

8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.

9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.

10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.

11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.

12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.

13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.

14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.

15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.

2. Orang kaya yang sombong.

3. Pedagang yang khianat.

4. Orang pemabuk/peminum arak.

5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.

6. Pemilik harta riba'.

7. Pemakan harta anak yatim.

8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.

9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.

10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.

TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

· Asap
· Dajjal
· Binatang melata di bumi
· Terbitnya matahari sebelah barat
· Turunnya Nabi Isa A.S
· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
· Gerhana di timur
· Gerhana di barat
· Gerhana di jazirah Arab
· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata."

Gurau dan Senda Rasulullah SAW

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,
"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.
Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

Siling lobi Hospital Serdang runtuh

Siling berukuran di kawasan lobi utama Hospital Serdang dilaporkan runtuh tengah malam tadi, dipercayai insiden pertama seumpamanya yang berlaku di hospital itu sejak ia mula beroperasi pada Disember 2005.

Insiden yang berlaku kira-kira 12.30 malam itu telah mengakibatkan bahagian-bahagian dan serpihan siling bertaburan di kawasan lantai lobi.

Jurucakap hospital tersebut ketika dihubungi berkata tiada kecederaan yang berlaku kerana ketika kejadian tiada orang awam atau pelawat berada di sekitar lokasi.

"Kami juga telah kerahkan pengawal untuk menutup kawasan itu sebaik sahaja kejadian sampai kepada pengetahuan kami. Satu lencongan juga telah dibuat bagi tujuan keselamatan," katanya.

Jurucakap itu berkata satu siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan kejadian telah dilakukan, katanya.

--Bernama

Amaran hujan lebat peringkat merah Di negeri JOHOR

Jabatan Metereologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah di beberapa daerah di Johor dan keadaan itu dijangka berterusan hingga esok.

Hujan berterusan kadangkala lebat di Muar, Ledang, Segamat, Kluang dan Batu Pahat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai, kata jabatan itu dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dijangka berterusan hingga esok.

Antara kawasan terlibat ialah Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Jasin di Melaka; dan Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Kulaijaya, Johor Baharu dan Pontian di Johor.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat itu jika berterusan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.

Sementara itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sabah dijangka berterusan sehingga esok dan keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.

--Bernama

Keputusan PRK Dun Tenang :- BN menang, tambah majoriti di Tenang

Keputusan rasmi menunjukkan BN mendapat 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi.

calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi - meningkat 1berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Calon BN juga menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.

BN - 6,699 undi
PAS -2,992 undi
Majoriti - 3,707 undi

Majoriti BN adalah 1,215 undi lebih tinggi daripada yang diperolehinya dalam pilihan raya umum 2008.

Sunday, January 30, 2011

Doa perlindungan keluarga (anak2 terutama bayi) Ustaz Rasul Dahri

Doa Pendinding Diri

SUNNAH NABI UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Karena, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah berikut:-

Pertama, Tahajjud ( Solat 1/3 Malam)

karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua, membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari

Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga,

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat,

jaga shalat Dhuha karena kunci rezeki terletak pada shalat dhuha.

Kelima

jaga sedekah setiap hari.

Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam

jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu shalat walau ia sedang tidak shalat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat.

Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Dzikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berdzikir pula, oleh karena itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.

“Dzikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi,” katanya, dan dengan dzikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat hewani yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Coretan KeluargaKu
Petikan Dari Sumber Hadith

PRK DUN TENANG

Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

azlanSebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.

Permulaan 2011 Yang Baik Dari Red Warrior

GOMO KELATE GOMO

Assalamuakum w.b.t....Tahniah Kepada Seluruh warga KAFA dan Peminat The Red Warrior..

PEMAIN dan pegawai pasukan Kelantan meraikan ke jayaan mereka muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

KELANTAN terus mencipta sejarah, kali ini berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.

Tuah jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi.

Perlawanan yang dimeriahkan dengan kehadiran 35,000 penonton itu, menyaksikan Kelantan mendahului seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti Norshahrul setelah bek kanan Selangor, Razman Roslan menjatuhkan Nurul Azwan Roya.

Tertekan dengan jaringan awal itu, Selangor cuba bangkit dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi tandukan Safee Sali tetapi sekadar menggegar palang gol Kelantan.

Sebaik babak kedua bermula, Selangor memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Safiq Rahim manakala Kelantan pula memasukkan Khairul Izuan Rosli menggantikan Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-58.

Permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang.

Begitupun ia tidak menghalang Kelantan untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma Badhri dari sebelah kiri yang gagal diagak dengan baik penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi.

Jaringan tersebut terus mematikan langkah Selangor meskipun terus menggandakan asakan untuk mencari gol.

Trofi kejuaraan disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

“Turun selaku juara Piala Malaysia, tekanan hebat terpaksa dipikul Kelantan. Tapi para pemain telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi.

“Ini merupakan kali pertama Kelantan muncul juara dan saya hadiahkan piala ini buat seluruh penyokong setia Kelantan," kata Karathu.

Devan pula berkata: “Gol awal Kelantan menerusi sepakan penalti telah mematikan rentak permainan kami. ”

Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Astro.

Tahniah Dan Syukur Kepada ALLAH Di atas kejayaan ini.

Terima Kasih

Coretan KeluargaKU

Sumber Dari Sukan Kosmo

Saturday, January 29, 2011

Wasiat Nabi :- Jangan jadi seorang PEMARAH..

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. “Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”

Riwayat al-Bukhari

Huraian:

* Umat Islam dituntut supaya meminta nasihat daripada orang yang alim untuk membentuk peribadinya.
* Islam menghendaki seseorang itu berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa agar iman dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T semakin meningkat.
* Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya.
* Sesuatu persoalan atau wasiat yang memerlukan jawapan daripada seseorang, janganlah diminta secara mendesak atau menunjukkan kemarahan, tetapi hendaklah menggunakan tutur kata yang baik, bersopan dan sabar.

Coretan KeluargaKU
Sumber Dari Sumber Hadith

Ucapan bailk mesti dibalas dengan Ucapan yang Lebih Baik

Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.”

(Muslim)

Huraian:

Seseorang itu hendaklah redha dan menerima hakikat bahawa setiap yang hidup itu akan mati. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. menganjurkan kita agar mengamalkan doa apabila ditimpa ujian berbentuk kematian dan sebagainya di mana doa itu hendaklah dibaca dengan penuh yakin supaya hati kembali menjadi tenang dan lapang. Kemungkinan dengan kesabaran itu, Allah SWT akan memberikan sesuatu ganjaran atau balasan yang lebih baik kerana segalanya adalah bergantung pada ketentuan dan kehendak Allah SWT.

Coretan KeluargaKu

Sumber Dari Sumber Hadith

Untuk Renungan Rakyat Malaysia: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta masyarakat supaya tidak terlalu ghairah untuk tidak menyentuh sensitiviti kaum-kaum negara ini sehingga hilang segala pelajaran yang boleh diperoleh daripada sejarah benar negara.

NONEBeliau berkata sekiranya pengalaman dahulu yang dialami dilupakan atau diketepikan, tidak dapat tidak, pembaikan iklim dalam masyarakat manusia tidak akan menjadi lebih baik.

"Sekarang kita dengar pendapat bahawa dalam menulis sejarah negara kita sensitiviti semua kaum mesti diambil kira.

"Soalnya, setakat manakah sensitiviti boleh menidak kebenaran sejarah? Jika ia keterlaluan, maka sejarah yang akan dipelajari oleh penuntut kita akan menjadi cerita dongeng dan bukan sejarah," katanya dalam entri terbaru dalam blognya chedet.co.cc hari ini.

Bercanggah dengan kebenaran

Beliau memberi contoh umpamanya dakwaan berkenaan dengan penduduk asal Semenanjung yang bercanggah dengan kebenaran, dan apakah kerana sensitifnya perkara itu, maka kita tidak akan sebut berkenaan penduduk asal negeri-negeri Semenanjung, berkenaan orang asing yang menduduki Semenanjung, yang menjadikan bahasa tempatan sebagai bahasa mereka, menerap sebahagian daripada budaya dan pakaian tempatan sebagai budaya dan pakaian mereka.

amin iskandar article 291008 merdeka"Sekarang tidak ada lagi orang seperti ini kerana di zaman ini perlakuan seperti ini tidak dapat diterima oleh kaum tertentu," katanya.

Dr Mahathir berkata banyak lagi kebenaran sejarah yang boleh dianggap sensitif iaitu sensitif kepada Melayu, Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan lain-lain suku kaum.

“Jika semua yang sensitif kepada kaum-kaum di Malaysia ditapis, maka tidak ada pelajaran yang akan diperoleh penuntut," katanya.

Menurutnya beliau sudah membaca buku teks sejarah dan mendapati banyak peristiwa penting yang berlaku di zaman penjajahan British, Jepun, Siam dan sekali lagi British yang tidak terdapat dalam buku-buku ini.

Berpegang kepada kebenaran

sabah independence 16 september 1963"Saya tahu apa yang tertinggal atau apa yang tidak diberi ulasan yang tepat kerana saya melalui zaman-zaman ini. Saya harap penulis yang akan menulis buku teks yang baru, sambil mengambilkira sensitiviti tetapi akan berpegang kepada kebenaran," katanya.

Dr Mahathir berkata satu daripada hasil daripada matapelajaran sejarah ialah masyarakat lebih prihatin dengan tidak melakukan kesalahan-kesalahan dahulu dalam tindak-tanduk rakyat dan pemerintah.

"Jika dahulu sistem raja berkuasa mutlak kerap membinasakan negara, maka sistem itu diganti dengan sistem pemerintahan oleh rakyat. Tanpa pengalaman dalam sejarah maka pembetulan cara pemerintahan negara tidak akan dapat dibuat," katanya.

sarawak independence 16 september 1963Beliau berkata semua golongan masyarakat, belajar daripada pengalaman dan jika zaman ini lebih baik iklimnya dari dahulu sebabnya ialah kerana kesilapan-kesilapan dahulu tidak lagi diamalkan.

"Kita telah belajar daripada pengalaman kita dan pengalaman ini adalah sebahagian daripada sejarah," katanya.

Memetik kata-kata George Santayana, seorang ahli pemikir Amerika Syarikat, Dr Mahathir berkata "Mereka yang lupa akan sejarah akan didera dengan mengulangi kesilapan mereka berkali-kali".

Wednesday, January 26, 2011

Surat Untuk Mak.....Untuk renungan Kita Bersama

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari......
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital..... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak......
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj......
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga......

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau....
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital....
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann.. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik....baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi......
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak.....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar....
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik....
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap.....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan....
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ....?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje...doa lah untuk mak..."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu.....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula.....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil



surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. .

Coretan Keluarga KU

Petikan Daripada:
Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com.

Tuesday, January 25, 2011

Untuk Peringatan Semua.."SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??




SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

Coretan KeluargaKu

Petikan Dari Shinjuru Aza

Saturday, January 22, 2011

Sepohon Kayu

Thursday, January 20, 2011

menanti di barzakh

Di Pondok Kecil

Di Pondok Kecil (Ae Man Feat Bazli UNIC) - reedit

Doa utk Ibuayah

Nasyid oleh Hijjaz - Pelita Hidup

Selamat Hari Lahir Kepada Sahabat Kami

http://www.youtube.com/watch?v=H0Uuw7VDgG8

Tuesday, January 18, 2011

BILA AL-QURAN MULA BERSUARA....


~Al-Quran pengubat segala duka~

Waktu engkau masih kanak-kanak...

kau laksana kawan sejatiku

Dengan wudhuk, Aku kau sentuh dalam keadaan suci..

Aku kau pegang, kau junjung dan kau pelajari...

Aku engkau baca dengan suara lirih atau pu keras setiap hari...

Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa.....

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...

Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah..?

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu...

Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji....

Sekarang, aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa dimana aku tersimpan...

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.

Kadang kala aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa

Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian....

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan...

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman...

di waktu petang, aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu

waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia

sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla...

Engkau abaikan dan engkau lupakan....

waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah-surahku...(Bismillah...)

di dalam perjalanan engkau lebih menikmati musik duniawi

tidak ada kaset yang berisis ayat Allah yang terdapat didalam keretamu....

sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu...

mengasyikkan....

di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja...

di komputermu pun kau putar musik favoritmu

jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.....

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan

engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu....

benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku....

bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV...

menonton siaran kegemaranmu...

di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk

hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah...

waktupun cepat berlalu...

aku semakin kusam dalam laci-lacimu.....

mebumpul debu atau mungkin dimakan hama.....

seingatku, hanya awal Ramadha engkau membacaku kembali...

itupun hanya beberapa lembar dariku...

dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu...

engkaupum kini terangkak-rangkak ketika membacaku.....

atau waktu kematian saudara atau taulanmu.....

bila engkau dikubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba..

engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat emnolongmu??

yang pasti ayat-ayat Allah yang akan menolongmu..

itu janji Tuhanmu..Allah SWT....

sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu....

setiap saat berlalu...

dan akhirnya...

kubur yang setia menunggumu....

engkau pasti kembali kepada Tuhanmu....

jika aku engkau baca selalu dan engkau hayati....

di kburmu nanti....

aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan...

yang akan membantu engkau membela diri...

dalam perjalanan ke alam akhirat...

dan akulah "AL-QURAN", kitab sucimu...

yang sentiasa setia menemani dan melindungimu....

peganglah aku kembali...bacalah aku kembali setiap hari...

kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci...

yang berasal dari Allah Azzawajalla

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah....

yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu....

keluarkanlah aku segera dari almari, lacimu....

letakkanlah aku selalu didepan meja kerjamu....

agar engkau senitaisa mengingati Tuhanmu....

Sentuhilah aku kembali.......

baca dan pelajari lagi aku...

setiap datangnya pagi, petang dan malan hari walau secebis ayat...

seperti dulu...waktu engkau masih kecil....

di surau kecil kampungmu yang damai...jangan engkau biarkan aku sendiri...

dalam bisu dan sepi.....

~dipetik dari sebuah blog tazkirah~

Berdosa pamer jenama haram

SEBAGAI peminat sukan bola sepak, sudah menjadi lumrah bagi seseorang itu untuk meminati sesebuah pasukan, khususnya dari Eropah.

Sebagaimana maklum, kerana minat itu juga, ramai sanggup memiliki serta mendapatkan setidak-tidaknya jersi yang digunakan pasukan mereka sama ada yang tiruan mahupun asli.

Namun, dalam menzahirkan perasaan minat terhadap pasukan yang disokong, ramai ‘mengaburkan’ mata hingga sanggup memakai dan menggunakan jersi pasukan yang sebenarnya turut memaparkan pelbagai logo bertemakan salib atau gambar seperti syaitan.

Jadi, sebagai orang yang beragama Islam, saya ingin mengetahui, apakah hukum pemakaian jersi berkenaan dan jika benar ia dilarang, adakah dalil mengenainya.

Ini kerana, berdasarkan perbualan bersama rakan, mereka mengatakan pemakaian jersi yang memaparkan lambang atau logo syaitan atau berbentuk salib adalah dibolehkan, cuma tidak boleh mengagungkan lambang berkenaan.

Menjawab persoalan ini, perlu diketahui bahawa pemakaian atau penggunaan lambang berbentuk syaitan atau yang memaparkan imej salib memang tidak dibolehkan bagi seorang Muslim.

Ini kerana, seseorang yang beragama Islam tidak dibenar mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam.

Dalil larangan ini juga mudah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “...dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat seksaan-Nya.” (Al-Maidah, 2)

Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan memberi apa juga bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal-ehwal yang bertentangan dengan akidah dan hukum Islam.

Ini dinyatakan olehnya dalam hadis riwayat Muslim dan Ibn Majah yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit.”

Dalam isu pemakaian pakaian atau jersi pasukan bola sepak yang diminati, seseorang itu perlu mengetahui dan meneliti lambang serta logo yang tertera adakah ia memang dizahirkan oleh pihak pasukan itu sebagai lambang salib atau bukan.

Jika ia bukan lambang salib tetapi dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri yang membayangkannya, tiada masalah untuk mengguna serta memakainya.

Dalam hal ini, contoh terdekat adalah seperti logo kenderaan jenama Chevrolet yang mungkin boleh membuatkan seseorang itu berimaginasi ia adalah lambang salib tetapi pada masa sama individu lain pula berasakan sebaliknya.

Apapun, jika seseorang itu secara tidak dapat dikawal sentiasa terbayang merasakan ia lambang salib, tatkala itu, elok ia dijauhi juga. Namun, dalam konteks biasa, logo kereta itu bukan salib.

Menyentuh mengenai minat terhadap bola sepak, sudah diketahui memang ramai antara kita meminati pasukan Manchester United hinggakan bukan saja sanggup memakai pakaian pasukan mereka, sebaliknya kerana minat juga, mereka mengagungkan logo pasukan itu dengan menampalnya di cermin kereta dan sebagainya.

Realitinya, Manchester United memang menggunakan lambang yang sinonim dengan bentuk syaitan sebagaimana lambang itu dikenali sebagai ‘Red Devil’ atau syaitan merah yang merujuk kepada pasukan berkenaan.

Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk syaitan sebenarnya, namun apabila manusia membuat imaginasi tersendiri mengenai bentuk syaitan, menamakannya sebagai ‘devil’ dan diterima umum sebagai satu lambang yang menjadi kemegahan, tatkala itu lambang ‘Red Devil’ yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam kategori tidak dibolehkan.

Logo ini memang tidak boleh digunakan, diiklankan atau disiarkan oleh seseorang Muslim sama ada untuk ditampal di dinding mahupun digunakan pada pakaian.

Justeru, apa-apa logo jika diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan dan dihiasi amalan dan perbuatan yang menyanjung kejahatan atau syaitan, ia haram digunakan.

Bagaimanapun, jika imej syaitan lebih membawa kepada hal bola sepak dan bukan lambang kepada perlakuan jahat dan maksiat, tatkala itu ia masih boleh digunakan.

Begitu juga jika ada individu tertentu berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya daripada mengakui ia sebuah lambang syaitan dan kekal berasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syaitan atau sepertinya, tatkala itu boleh dan diharuskan baginya untuk memakainya.

Namun, perlu diberi perhatian, jika lambang itu boleh menimbulkan fitnah di kalangan individu lain yang melihatnya hinggakan pemakainya dianggap menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum ‘harus’ itu akan berubah kepada ‘makruh’.

Dalam hal penggunaan lambang atau logo ‘Red Devil’, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat.

Cara terbaik, sudah tentulah menjauhinya kerana ia mampu mewujudkan rasa ‘syubhah’.

Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah SWT tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya.

Jika berminat sekalipun, cukup setakat menyokong pasukan itu dalam perlawanan mereka tanpa perlu membabitkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi serta barang berserta logo sedemikian.

Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg, adalah muktamad hukumnya haram menurut hukum Islam berdasarkan dalil dan hujah sebelum ini dan juga yang diberikan di bawah.

Pengharaman juga adalah muktamad bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank konvensional yang menawarkan produk riba.

Umat Islam dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan mana-mana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah SWT serta Rasul-Nya serta ia juga sama seperti seseorang itu berzina sebanyak 36 kali.

Hal ini juga disentuh oleh ulama terkenal, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang menjelaskan: “dan apa-apa yang diharamkan penggunaannya, diharamkan juga mengambilnya sebagai barangan yang disayangi atau sebagai perhiasan.”

Jadi, kenyataan ini menjelaskan apabila seseorang itu menjadikan ia perhiasan sama ada di rumah atau pakaian untuk dipertontonkan, ia sebenarnya satu cara serta bentuk pengagungan terhadap lambang itu.

Maka, hukum memakai baju yang memaparkan lambang salib secara jelas dan berlogo apa-apa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan.

Manakala hukum memakai pakaian yang berlogo Red Devil adalah di antara harus dan makruh sebagaimana dinyatakan tadi.

Namun, jika ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram dan serta-merta tidak boleh dipakai Umat Islam.

KeluargaKu

Petikan dari MyMetro

Monday, January 17, 2011

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Coretan untuk semua...

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut
"SALAAMUN QAULAMMIR RABBIRRAHIM"diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:


1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....


AMINnnnn.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai 7 orang atau lebih,
tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan
dakwah ini kerana Allah.
Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar..

Sunday, January 16, 2011

ISU AZAN :- ULASAN BEKAS MUFTI

Penulis adalah bekas mufti Perlis dan pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia.

Berikut adalah ulasan beliau :-

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan -selain azan - yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan.

NONESesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

• Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

• Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain.

Keliru antara azan dan bacaan lain

NONE• Ramai orang bukan Islam keliru antara azan dan bacaan-bacaan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

• Sebenarnya, Nabi sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Baginda, kata Abu Sa'id al-Khudri:

“Ketika Nabi Muhammad SAW beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain.

australia media visit 290107 mosqueJika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

Dosa menyakiti sesiapa di sekeliling

“Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

“Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).


meccaBayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua beragama Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita?

Tipu daya iblis

• Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

pas demo 250205 mosqueIni adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

• Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

Saturday, January 8, 2011

Mangsa Banjir Di Kelantan Akan Menerima Bantuan Rm1500

8/1/2011

RM1,500 bagi setiap keluarga mangsa banjir di Kelantan


GUA MUSANG: Kerajaan negeri Kelantan akan mengagihkan
bantuan kepada mangsa banjir sebanyak RM1,500 bagi setiap keluarga dari Tabung
Serambi Makkah. Bagaimanapun, Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakub, berkata mangsa banjir akan diberi RM700 buat permulaan manakala bakinya sebanyak RM800
akan diberikan kemudian.
Beliau hari ini menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di mana seramai
50 keluarga yang mendiami kawasan setinggan di Jalan Sungai Chinda di sini
kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran awal pagi kelmarin.
Mereka kini ditempatkan di Dewan Pusat Sivik Gua Musang.
"Tabung Serambi Makkah mendapat sambutan penderma sepanjang masa," katanya. --

Coretan KeluargaKu

Sumber Dari
BERNAMA

Korban pertama banjir Kelantan

08/01/2011 7:24pm

KOTA BAHARU 8 Jan. - Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pertama banjir yang sedang berlaku di Kelantan apabila dia lemas ketika bermain air di kawasan rumahnya di Kampung Belukar Limbat dekat sini pagi tadi.

Ibu mangsa, Gayah Hassan, 35, hanya mampu melihat Siti Aisyah Kamarulzaman, 10, anak ketiga daripada lima beradik itu terkapai-kapai sebelum tenggelam dan dibawa arus.

"Setiap tahun kawasan rumah saya akan ditenggelami air. Anak-anak memang dah biasa main air termasuklah Siti Aisyah. Saya benarkan mereka bermain tetapi betul-betul di hadapan rumah, kira-kira tiga meter dari rumah.

"Ketika kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, saya memang ada memerhatikan Siti Aisyah dan adik beradik dia yang lain main air, tetapi tak sangka ada kawasan yang airnya dalam menyebabkan Siti Aisyah lemas,” katanya kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Raja Perempuan Zainab Dua (HRPZII) di sini. -

Coretan KeluargaKu

Sumber Dari

Bernama

KAFA Dan Cardiff City jalin kerjasama

Kelantan :-

ANNUAR (tiga dari kanan) ketika melancarkan kad keahlian The Red Warriors di Kota Bharu semalam.

DALAM usaha membentuk sebuah pasukan yang mantap, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan bekerjasama dengan kelab bola sepak England, Cardiff City dalam semua aspek termasuk pengurusan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, buat permulaan, pihaknya akan meminta bantuan daripada pemilik kelab England itu, Datuk Chan Tien Ghee untuk membantu mereka bentuk stadium baru KAFA.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, hubungan di antara The Red Warriors dengan pasukan yang berada di tangga kedua Divisyen 1 England itu adalah atas dasar persahabatan dan belum ada hubungan secara rasmi lagi.

“Banyak benda yang dapat dipelajari daripada pasukan profesional ini. Saya berharap suatu masa nanti KAFA boleh menghantar pegawai dan pemain untuk menimba ilmu di sana.

“Sekarang kita meminta pertolongan daripada Cardiff untuk mereka bentuk stadium kerana mereka mempunyai stadium bola sepak yang cantik biarpun kecil,” katanya.

Semalam, lebih 1,000 penyokong setia The Red Warriors membanjiri salah satu pusat beli-belah di Kota Bharu untuk melihat dengan lebih dekat pemain-pemain kesayangan mereka.

Selain dapat bertemu pemain, peminat juga dapat melihat Piala Malaysia dan Piala Suzuki AFF yang turut dipamerkan pada majlis itu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Kelab Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee yang turut melancarkan kad keahlian kelab The Red Warriors.

Paling istimewa anak Tian Ghee, Nicholas Chan yang berusia 18 tahun akan turut memperkuatkan skuad Kelantan musim depan dan dikatakan akan menjadi bintang baru bagi menggantikan bekas kapten pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang berhijrah ke T-Team.

Dalam pada itu, Datuk Tien Ghee turut membuat pengumuman mengejut apabila memberikan penajaan sebanyak RM100,000 kepada Kelantan dan berjanji akan membawa pegawai, pemain dan penyokong bertuah ke Cardiff untuk bertemu dengan penyerang sensasinya, Craig Bellamy.

Mengulas mengenai masalah lampu limpah, Annuar yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, masalah tersebut akan diselesaikan secepat mungkin sebelum bermulanya perlawanan pertama Liga Super pada 28 Januari ini.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan oleh FAM, kita diarahkan bermain pada sebelah petang sahaja kerana tidak memenuhi syarat-syarat lampu limpah yang ditetapkan.

“Saya difahamkan, pihak kera- jaan negeri telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan ia sedang diusahakan sekarang,” katanya.

Musim 2011 menyaksikan skuad The Red Wrriors membaris- kan sembilan muka baru iaitu K. Soley, Nurul Azuwan Roya, Wan Rohaimi Ismail, Daniel Fadly Abdullah, Khairan Ezuan Rozali, Nicolas Chan, Norhadi Ubaidillah, Muhammad Abdul Aziz Ismail dan Mohd. Khalid Jamlus.

Coretan KeluargaKu

Petikan Dari
kosmo.com.my

Thursday, January 6, 2011

Terkini Keadaan Banjir Di Terengganu

TERENGGANU:-
Tiga daerah di negeri ini mula dilanda banjir musim tengkujuh yang menyaksikan ratusan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata sehingga jam 9 pagi ini, lima pusat pemindahan dibuka iaitu empat di Hulu Terengganu dan satu di Setiu.

"Mangsa-mangsa berpindah ke pusat pemindahan sejak semalam hingga pagi ini disebabkan kawasan rumah mereka dinaiki air," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pagi ini.

Di daerah Hulu Terengganu, seramai 500 orang daripada 122 keluarga dari mukim Tersat dan Hulu Telemong berpindah sehingga malam tadi.


Empat pusat pemindahan di Hulu Terengganu ialah di Balai Raya Kampung Pengkalan Ajal, Balai Raya/Masjid Kampung Sekayu, Balai Raya Kampung Menjing dan Surau Kampung Baru, Pasir Dua.


Di Setiu pula seramai 78 orang daripada 21 keluarga dari Kampung Merbau Menyusup berpindah ke pusat pemindahan di masjid kampung itu.

Jurucakap itu berkata dua batang jalan kampung di Hulu Terengganu ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.

Jalan-jalan terlibat ialah jalan Kuala Brang-Sungai Tong Km11 hingga Km12 di Kampung Kuala Ping dan Jalan Kuala Brang-Sungai Tong dekat Kampung Palong Kuala Jenerih.

Beliau berkata paras air sungai Kuala Brang dan Sungai Setiu beransur naik pagi ini dengan sesetengahnya berada ditahap amaran.

Bagaimanapun, katanya, paras air sungai Dungun di Jambatan Jerangau kini berada ditahap bahaya iaitu 21.5 meter berbanding bahaya 19.8 meter.

Selain Hulu Terengganu dan Setiu, daerah Besut turut dilanda banjir, dengan hampir 1,000 pelajar dua buah sekolah rendah di daerah ini diarahkan pulang apabila kawasan sekolah dinaiki air antara 0.2 hingga 0.6 meter pagi ini.

Dua sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri dan Sekolah Kebangsaan Tok Raja di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh.

Beberapa sekolah lain yang turut dinaiki air di daerah itu pula menempatkan pelajar di bangunan yang lebih selamat dan tidak mengarahkan mereka pulang.

Sekolah yang mengambil langkah itu ialah Sekolah Kebangsaan Alor Peroi dekat
Kuala Besut dan Sekolah Kebangsaan Gong Bayor di kawasan Kota Putera.

Selain itu, seramai 37 orang daripada sembilan keluarga di Kampung La, Hulu
Besut dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas kediaman mereka dinaiki air
malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir di Ibupejabat Polis Daerah Besut berkata
penduduk terlibat mula dipindahkan ke Masjid Kampung La mulai pukul 8 malam
tadi.

Menurutnya, mangsa yang terlibat terdiri daripada 20 orang dewasa dan 17
kanak-kanak.

Bagaimanapun, katanya, mereka dijangka akan pulang ke rumahnya sekiranya air
terus surut dalam masa yang terdekat.

Sementara itu bacaan air di dua tempat sukatan banjir di daerah ini melepasi paras berjaga-jaga dengan paras air di Sungai La sehingga jam 9 pagi tadi ialah 17.55 meter (melepasi paras berjaga-jaga 17.20 meter) dan di Jambatan Jerteh ialah 7.75 meter (melepasi paras berjaga-jaga 7.30 meter).

Bagaimanapun tinjauan Bernama mendapati jalan di sekitar daerah Besut masih
boleh dilalui walaupun di sesetengah tempat antara Seberang Jerteh dan Kuala
Besut air melimpah ke jalan.

Coretan KeluargaKu

Petikan Dari
- Bernama

Stadium tidak mencapai tahap pencahayaan minimum 800 lux

Tujuh pasukan main pada waktu petang


LAMPU limpah di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu antara yang tidak memenuhi piawaian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). - Gambar hiasan


SAINGAN Liga Super 2011 yang akan bermula 29 Januari depan bakal menyaksikan tujuh daripada 14 pasukan bertanding terpaksa bermain pada sebelah petang untuk aksi di gelanggang sendiri.

Kelantan, Terengganu, T-Team, Johor FC, Perak, Harimau Muda A dan Sabah adalah tujuh pasukan yang terlibat kerana lampu di stadium yang mereka gunakan untuk aksi di tempat sendiri tidak mencapai tahap pencahayaan minimum 800 lux seperti yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ia melibatkan enam stadium iaitu Stadium Sultan Muhammed IV (Kota Bharu), Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Kuala Terengganu), Stadium JCorp (Pasir Gudang), Stadium Perak (Ipoh), Stadium MBPJ (Kelana Jaya) dan Stadium Likas (Kota Kinabalu).

Penolong Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud yang juga Ketua Jabatan Pertandingan FAM berkata, perlawanan pada sebelah petang akan kekal dilaksanakan di enam venue tersebut andai pemeriksaan kedua esok tetap dengan keputusan negatif.

“Pada pemeriksaan pertama yang telah kita lakukan pada 20 Disember lalu, pencahayaan lampu limpah di keenam-enam stadium ini didapati gagal mencapai tahap minimum 800 lux.

“Jadi kita minta mereka atasi kekurangan tersebut jika mereka tetap mahu bermain pada sebelah malam dan pemeriksaan kedua akan dibuat pada 7 Januari (esok).

“Hasil pemeriksaan kedua akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) pada 10 Januari ini dan keputusan akhir akan dibuat selepas itu,” kata Ahmad Fuad ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jika venue-venue terbabit masih gagal melepasi tahap minimum itu, maka aksi tempat sendiri bagi Kelantan, Terengganu, T-Team, Johor FC, Perak dan Harimau Muda A musim ini akan berlangsung pukul 4.45 petang manakala Sabah pada pukul 4.15 petang.

Namun andai melepasi tahap minimum 800 lux itu, mereka akan dibenarkan kembali beraksi pada sebelah malam.

Baki tujuh pasukan lain yang tidak menghadapi masalah untuk beraksi pada waktu biasa iaitu pukul 8.45 malam ialah Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan Felda United.

Aksi Liga Super 2011 bakal berlangsung setiap Selasa dan Sabtu dengan perlawanan sulungnya pada 29 Januari depan manakala perlawanan ke-26 (terakhir) dijadual pada 30 Julai depan.

Hanya satu perlawanan berlangsung sepanjang Januari, empat perlawanan Februari, dua perlawanan Mac, sembilan perlawanan April, lima perlawanan Mei, tiga perlawanan Jun dan dua perlawanan pada Julai.

Coretan KeluargaKU

Petikan Dari

kosmo.com.my

Kelantan Mula Dinaiki Air...

Beberapa daerah di Kelantan mulai dinaiki air berikutan hujan yang berterusan sejak kelmarin.

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Roslee Mamat, berkata paras air di beberapa sungai utama mula menunjukkan peningkatan terutama Sungai Golok di Rantau Panjang yang kini berada pada paras 9.3 meter melebihi paras bahaya 9 meter.

"Keadaan cuaca di seluruh negeri terutama di daerah pedalaman dilaporkan hujan berterusan menyebabkan beberapa kawasan rendah mulai dinaiki air, paras sungai juga dijangka akan terus meningkat.

"Antara daerah terlibat sehingga kini adalah Rantau Panjang dan Pasir Puteh. Kita meminta penduduk terlibat sama ada di tebing sungai atau di kawasan rendah yang terdedah kepada banjir kilat agar mengambil langkah awal dengan bersiap sedia untuk berpindah ke pusat pemindahan," katanya.

Beliau berkata sehingga kini keadaan dilaporkan terkawal dengan beberapa penduduk di tebing Sungai Golok mulai berpindah ke rumah saudara mara ekoran kawasan rumah yang mulai ditenggelami air.

"Sehingga kini belum ada mana-mana pusat pemindahan dibuka bagaimanapun difahamkan ada beberapa keluarga telah mulai berpindah ke rumah saudara mara terdekat," katanya.

Roslee turut meminta Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) agar memantau keadaan di kampung masing-masing dan penduduk sekitar yang memerlukan bantuan terutama membabitkan pemindahan segera.

Kelantan dilanda banjir gelombang pertama awal November tahun lalu yang menyebabkan 289 penduduk di Rantau Panjang dan Pasir Mas dipindahkan.

Gelombang kedua menyusul pada 1 Jan tahun ini yang menyebabkan 494 mangsa dipindahkan melibatkan daerah Tumpat dan Pasir Mas.

Sehingga kini tiada korban mangsa banjir dilaporkan.

Coretan KeluargaKu

Petikan Dari
- Bernama

Krisis Minyak Masak :- Harga kekal tetapi dijangka naik 15 peratus tahun ini

Negara tidak menghadapi kekurangan bekalan minyak masak tetapi 'belian panik' menyebabkan satu lagi pusingan kekurangan 'palsu', kata seorang peserta industri.

sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 cooking oilMinyak masak berasaskan sawit segera disambar di kedai-kedai, dan yang tinggal hanyalah minyak makan diimport yang mahal, yang diperbuat daripada minyak jagung, minyak kanola dan lain-lain.

Minyak masak merupakan barangan kawalan harga di Malaysia.

Peserta industri berkata belian panik dicetuskan oleh khabar-khabar angin tentang kemungkinan harga dinaikkan, seperti yang dinyatakan dalam cadangan skim pengurangan subsidi oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), yang diterajui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Sumber yang enggan disebut namanya berkata bahawa kebanyakan usahawan kecil dan sederhana dalam perniagaan makanan membeli barangan kawalan mereka dalam jumlah yang besar kerana bimbang harga akan naik dalam tahun ini.

sundry shop kedai runcit 250907 02"Belian panik biasanya berlaku apabila tercetus khabar-khabar angin tentang kenaikan harga. Kekurangan bekalan minyak masak akan berlaku kerana orang ramai akan mula menyorok minyak makan. Inilah juga yang terjadi bila harga gula naik," kata peniaga itu.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe, semalam memberikan jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah buat waktu ini.

Di bawah pengurangan subsidi, harga minyak masak akan meningkat sebanyak 15 peratus sekilogram pada 2010 dan 15 peratus sekilogram pada 2011 dan selepas itu, lima peratus setiap tahun hingga Januari 2014.

sundry shop kedai runcit 250907 01Sementara itu, ada kemungkinan penyeludupan minyak masak ke Indonesia, Thailand dan Singapura menyebabkan kekurangan itu.

Peniaga-peniaga berhasrat menjual minyak makan yang diseludupkan itu pada harga yang lebih tinggi dalam pasaran-pasaran ini, kata seorang peniaga.

Seorang peniaga lain mengaitkan kekurangan ini kepada harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi kerana kebanyakan pengilang tidak dapat membeli dan menjualnya pada harga semasa.

Harga semasa MSM berlegar sekitar RM3,800 setan metrik.

oil palm under threat 010306 dyingHarga MSM di kilang adalah RM70-RM80 setan metrik lebih tinggi dan kebanyakan pengilang bukan sahaja tidak mampu membayar harga yang tinggi itu malah juga menjualnya pada harga terkawal sekarang.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata kekurangan minyak masak tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia merupakan pengeksport utama produk minyak sawit.

"Kerajaan harus memantau kegiatan membeli dan menjual untuk menyelesaikan masalah ini dan menjadikan harga lebih rendah," kata Presidennya, SM Mohamed Idris.

Pengguna-pengguna dinasihati supaya tidak mendengar khabar-khabar angin tentang harga yang "bakal" naik dan melaporkan kegiatan menyorok.

Coretan KeluargaKu

Petikan Dari

- Bernama

Banjir Di Besut

Kira-kira 1,000 murid dari dua sekolah rendah di daerah ini diarah pulang pagi ini apabila kawasan sekolah mereka dinaiki air antara 0.2 hingga 0.6 meter.

Sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri dan Sekolah Kebangsaan Tok Raja di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh.

Beberapa sekolah lain pula yang turut dinaiki air di daerah ini telah menempatkan pelajar mereka di bangunan yang lebih selamat.

Sekolah yang mengambil langkah sedemikian ialah Sekolah Kebangsaan Alor Peroi dekat Kuala Besut dan Sekolah Kebangsaan Gong Bayor di kawasan Kota Putera.

Sementara itu, seramai 37 orang daripada sembilan keluarga di Kampung La, Hulu Besut dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setelah kediaman mereka dinaiki air malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir di Ibupejabat Polis Daerah Besut berkata penduduk terlibat mula dipindahkan ke Masjid Kampung La mulai pukul 8 malam.

Menurutnya mangsa terdiri daripada 20 orang dewasa dan 17 kanak-kanak.

Bagaimanapun mereka dijangka pulang ke rumah sekiranya air surut dalam masa yang terdekat berikutan hujan yang berterusan sejak kelmarin mulai berhenti.

Sementara itu bacaan air di dua tempat sukatan banjir di daerah ini telah melepasi paras berjaga-jaga dengan paras air di Sungai La sehingga pukul 9 pagi tadi ialah 17.55 meter (melepasi paras berjaga-jaga pada 17.20 meter) dan di Jambatan Jerteh 7.75 meter (melepasi paras berjaga-jaga 7.30 meter).

Jalan di sekitar daerah Besut masih boleh dilalui walaupun di sesetengah tempat antara Seberang Jerteh dan Kuala Besut air telah melimpah ke atas jalan.

Coretan KeluargaKu

Petikan
- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...