Sunday, November 25, 2012

BENGKEL PEMBINAAN BLOG UNTUK GPM

Pada Hari ini, 5hb Sept 2012 telah diadakan satu bengkel pembinaan blog untuk GPM






TAPAK RUMAH

Syukur ke hadrat Ilahi...tahun 2012 kami berjaya memiliki tanah untuk dibuat tapak rumah. Lokasi dan keluasan tanah yang dibeli kali ini mampu memuaskan hati kami sekeluarga. Sejak dulu lagi kami memang sepakat untuk membuat rumah atas tanah yang luasnya lebih kurang setengah ekar.
Perkara pertama perlu buat...bersihkan tanah. Nasib baik tanah telah diratakan dahulu..tapi selepas 3 bulan semak samun pun cepat naik...huhu kenalah..bersihkan semula.
Syukur bapa mertua banyak membantu...

Abah yang sanggup menunggu sehingga kerja pembersihan selesai

Hanya 3 bulan penuh dengan semak samun

Hampir siap dibersihkan
Proses seterusnya bina pagar sementara.....Insya Allah sambung tahun 2013 pulak memandangkan sekarang hampir ke musim hujan.

Thursday, November 8, 2012

MINGGU AKHIR PERSEKOLAHAN 2012


Dalam sibuk-sibuk di minggu akhir persekolahan, sempat juga buat jamuan sikit..sekadar suka-suka sebelum masing-masing bercuti bersama keluarga. Terima kasih semua menjayakan jamuan ini...

Siap ada pengapit tu!

Rajinnya...potong sayur!

Tak sabar nak rasa nih!

He he...jangan pandang belakang!

huhu...aksi comel ni..anak sape ni??

Satu..dua..tiga...senyum!!!

He he..sedap tak?
Tengok apa tu cg Aiani?

Selamat Bercuti Semua!!!

Wednesday, September 5, 2012

BENGKEL

Hari ini...kena hadiri satu bengkel pembinaan blog PSS. Satu hari..walaupun dah ada blog sendiri dan blog pss sekolah dah buat...sejak jadi GPM terus buat blog untuk PSS tapi tak ada salahnya tambah ilmu. Mesti ada input baru yang kudapat.. Syukur masih diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk menghadiri bengkel ini...

Monday, August 27, 2012

Hari Raya 2012

Gambar-gambar ahli keluargaku sebelah ma ( ibu ). Paling lucu gambar keluarga mak2 sedara je..gambar keluarga sendiri terlupa nak ambik...nak2 abah tak sihat dan tak larat sangat tahun ini...tak nak lah kacau sangat....syukur kesihatan abah makin pulih...gambar keluarga akan di upload kemudian...Selamat Hari raya!

Sembang sambil menikmati juadah raya.
Keluarga Ayah Do
Keluarga Ayah Su

Keluarga Cik Ngah


SAMBUTAN HARI RAYA KELUARGA AYAH LEH TAHUN 2012

Pada Isnin, 20/8/2012 lepas..sempena hari raya kedua, diadakan majlis hari raya Keluarga Ayah Leh. sebenarnya ini hari keluarga sebelah suami. Berkumpul sanak saudara suami bermula peringkat keluarga Arwah Ayah leh...Moyang kepada suami. Nak cerita lebih banyak takut salah info. Majlis bermula dengan bacaan doa, ucapan pengerusi, ucapan wakil keluarga anak-anak kepada Arwah ayah Leh, penyampaian sumbangan dan cederahati, sesi bergambar dan jamuan makan.
Ini pengalamanku hadir majlis hari keluarga yang lebih besar...sebelum ini hanya Hari keluarga Ayah Kassim ( Arwah datuk kepada suami ), anak kepada Arwah Ayah Leh. Ramai sanak saudara hadir...ramai yang tidak pernah jumpa. Terasa pulak ramainya sedara dan ramai yang kami tak kenali. Tidak lepaskan peluang berjumpa dan beramah mesra...
Buat hubby, terima kasih kerana memberi ku peluang merasai hidup dalam keluarga besar dan pengalaman hidup bersaudara. Syukur ke hadrat Ilahi....walaupun ku dilahirkan sebagai anak tunggal ditemukan jodoh dengan suami yang daripada keluarga yang besar...masih banyak kelemahan diri ini tetapi insya Allah diperbaiki kemudian hari....
Terima kasih semua.....Selamat Hari Raya!

Sesi Bergambar
Kaunter pendaftaran
 

Sebahagian sanak saudara yang hadir
Khusyuk dengar cerita tentang Arwah Ayah Leh

Sunday, June 17, 2012

RESEPI BUAT KELUARGA : AYAM PERCIK PUTIH

Sebenarnya masakan ini dibuat semalam..menunaikan permintaan ahli keluarga yang teringin masakan ini. Sejak belajar dengan ibu mertua tentang cara masak ayam percik ini...baru 2 kali ku cuba buat. Syukur menjadi dan menepati selera kami. Ayam percik ini sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi kerabu. Kalu nak ratah macam tu pun boleh...ada yang bakar ayam dahulu kemudian masak kuah asing. Saya lebih suka campur kesemua bahan dan kemudian ayam dibakar. Lebihan kuah yang tinggal dicampur dengan bancuhan tepung gandum untuk memekatkannya. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Di bawah resepi masakan untuk dikongsi..

Bahan bahan :
 
1 ekor Ayam ( dibelah 4 atau ketul 12 )
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 asam keping
Garam dan gula
1 cawan santan pekat
1 batang serai
1 sudu kecil serbuk lada sulah 
1 sudu bancuhan tepung gandum @ tepung jagung.

Cara-cara :
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serbuk lada sulah. 
  2. Ayam diperap dengan bahan yang dikisar. Dibiarkan untuk seketika.
  3. Kemudian, rebus sahaja atas api perlahan ( atau boleh juga dikukus atau dibakar terus. Susun dalam pemanggang dan bakar atas dapur arang).
  4. Tambahkan santan. Masak hingga pekat. Masukkan garam, gula dan asam keping.
  5. Apabila ayam tadi dilihat separuh masak, bakar atas pemanggang atau dengan dapur arang.
  6. Sambil2 tu boleh tambah lagi kuah untuk dipercikkan supaya ia meresap ke dalam ayam.
  7. Baki lebihan kuah dipekatkan dengan bancuhan tepung gandum atau tepung jagung.
  8. Ayam yang sudah siap dibakar, dihidangkan dengan kuah dan dimakan dengan nasi. 
Selamat mencuba....

Saturday, June 16, 2012

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

                 
Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu:
  1. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
  2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
 Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam. Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. 

Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :
"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

 Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

Sahabat yang dimuliakan,
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
  1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  2. Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
  6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
  7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
  13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
 Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)

Sahabat yang dikasihi,
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)
Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.

SUMBER : Artikel iluvislam.com

CUTI UMUM DI MALAYSIA TAHUN 2012

Di sini, saya kongsikan senarai cuti umum di Malaysia bagi tahun 2012. Semoga senarai ini dapat membantu kita untuk merancang percutian..

BIL.HARI KELEPASAN AMTARIKHHARINEGERI
1.
Tahun Baru 2012
01.01.2012AhadSemua negeri kecuali Johor, Kedah Kelantan, Perlis, Terengganu
2.
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
14.01.2012SabtuNegeri Sembilan
3.
Hari Keputeraan Sultan Kedah
15.01.2012 AhadKedah
4.
- Tahun Baru Cina (Hari Pertama)
- Tahun Baru Cina (Hari Kedua)
23.01.2012
24.01.2012
Isnin
Selasa
-> Semua negeri
-> kecuali Kelantan, Terengganu   
5.
Hari Wilayah Persekutuan
01.02.2012 RabuWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
6.
Maulidur Rasul
05.02.2012AhadSemua negeri
7.
Hari Thaipusam
07.02.2012 SelasaWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya,
Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor
8.
Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu
04.03.2012AhadTerengganu
9.
Good Friday
06.04.2012 JumaatSabah, Sarawak
10.
Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah
15.04.2012AhadMelaka
11.
Hari Keputeraan Sultan Perak
19.04.2012 KhamisPerak
12.Hari Pekerja01.05.2012SelasaSemua negeri
13.
Hari Wesak
05.05.2012 SabtuSemua negeri
14.
Hari Hol
07.05.2012IsninPahang
15.
Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis
17.05.2012 KhamisPerlis
16.
Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)
30.05.2012
31.05.2012
Rabu
Khamis
Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah
17.
Perayaan Hari Gawai Dayak
01.06.2012
02.06.2012
Jumaat
Sabtu
Sarawak
18.
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
02.06.2012SabtuSemua negeri
19.
Israk dan Mikraj
17.06.2012 AhadKedah, Melaka, Perlis
20.
Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia
07.07.2012SabtuPulau Pinang
21.
Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
14.07.2012 SabtuPulau Pinang
22.
Hari Keputeraan Sultan Terengganu
20.07.2012JumaatTerengganu
23.
Awal Ramadhan *
21.07.2012SabtuJohor, Kedah, Melaka
24.
Hari Nuzul Al-Quran
06.08.2012IsninKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu
25.
- Hari Raya Puasa (Hari Pertama) *
- Hari Raya Puasa (Hari Kedua) *
19.08.2012
20.08.2012
Ahad
Isnin
Semua negeri
26.
Hari Kebangsaan
31.08.2012JumaatSemua negeri
27.
Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak
08.09.2012SabtuSarawak
28.
Hari Malaysia
16.09.2012AhadSemua negeri
29.
Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah
06.10.2012SabtuSabah
30.
Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka
13.10.2012SabtuMelaka
31.
Hari Keputeraan Sultan Pahang
24.10.2012RabuPahang
32.
Hari Raya Qurban *
26.10.2012JumaatSemua negeri
33.
Hari Raya Qurban (Hari Kedua) *
27.10.2012SabtuKelantan, Terengganu
34.
Hari Keputeraan Sultan Kelantan
11.11.2012
12.11.2012
Ahad
Isnin
Kelantan
35.
Hari Deepavali *
13.11.2012SelasaSemua negeri kecuali Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak
36.
Awal Muharram (Maal Hijrah)
15.11.2012KhamisSemua negeri
37.
Hari Keputeraan Sultan Johor
22.11.2012KhamisJohor
38.
Hari Keputeraan Sultan Selangor
11.12.2012SelasaSelangor
39.
Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
20.12.2012KhamisJohor
40.
Hari Krismas
25.12.2012SelasaSemua negeri

Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU

 
Esok 16 Mei datang lagi...hari guru. Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia..terutama guru yang telah mengajarku dari tadika, sekolah rendah ( SKPA tahun 1989, SKSP tahun 1990-1995), sekolah menengah ( 1996-2000 ), Kolej Matrikulasi P. Pinang ( tahun 2001-2002 ), dan UPM Serdang ( tahun 2002 -2006 ). Tanpa anda semua tidak ku dapat mencapai impian ku ini.
Selamat hari guru juga buat rakan-rakan guru seperjuangan.. SMK Durian Daun, Melaka ( tahun 2006), SIGS JB ( tahun 2007-2009), SMKJ (hingga Jun 2009) dan SMKBP ( Jun 2009 -sekarang ). Kenangan dan pengalaman berkerjasama dengan kalian semua banyak membantu ku dalam menjalankan tugas sebagai guru. Biarlah seribu dugaan dan badai melanda..kita tetap berjuang menyebarkan ilmu yang ada untuk anak bangsa kita. Terima kasih semua.

Di sini, ada satu puisi untuk dikongsi bersama...setiap kata-kata memberi seribu makna

PUISI GURU
Bila murid duduk
cikgu berdiri
bila murid diseligi
cikgu pulak kena gari
murid datang naik BMW 7 siri
cikgu datang motor buruk cukai jalan pon mati
murid belajar sampai PhD
cikgu baru berkira nak sambung degree
namun begitu
di dunia cikgu berbakti
moga di akhirat syurga menanti
Waktu pelajar sakit,
guru menjadi doktor
waktu pelajar buat kes,
guru menjadi polis
waktu pelajar bayar yuran,
guru menjadi akauntan
waktu pelajar berkhemah,
guru menjadi rambo
waktu pelajar keliru,
guru menjadi penunjuk arah
Teruskan perjuangan yang mulia
ikhlaskanlah hati
selamat hari guru
untuk semua warga pendidik

" SELAMAT HARI GURU "

LAGUNA AGRO RESORT, SETIU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah 2 bulan tidak update blog ini. Komitmen kerja dan keluarga membataskan waktu..Syukur hari ini sempat juga buka blog dan menulis berkongsi cerita.
Terkini sibuk menganjurkan Kem Jati Diri Kelab PSS. Yang diadakan 5-6 Mei lepas di Laguna Agro Resort. Disertai oleh 8 orang guru dan 40 orang pelajar. Aktiviti 2 hari 1 mlm itu banyak memberi pengalaman baru dan merapatkan lagi hubungan guru dengan pelajar. Suasana yang menenangkan dan lagun yang cantik memberi seribu ketenangan kepada peserta.Aktiviti air seperti Rafting, Wetland Trekking, Tarik Pukat dan hasil air memberi pengalaman baru kepada semua.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Ini antara gambar-gambar yang diambil;

Bertolak dari jeti untuk ke tapak kem
Di Jeti
Permandangan lagun yang antara terpanjang di Asia Tenggara, panjangnya 53km
Tapak Kem
Memasang Khemah
Taklimat awal
Membina rakit (Ape Yang Penting, Kerja Sama)
Penerangan tentang teknik memasang bubu dan jaring untuk menangkap ikan atau ketam

Aktiviti air : Rakit
Pertandingan mencari kerang, kepah dan ketam (Ape Yang Penting, Kerja Sama)
Masa Untuk Menyantap Hasil tangkapan
Aktiviti Kotak Beracun dan Burung Hantu

Wetland Trekking, Tarik pukat dan aktiviti air

Berangkat Pulang

Tata Titu...Laguna Agro Resort dalam Ingatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...