Thursday, March 31, 2011

Datuk Malek Noor diserang sakit jantung ketika bermain bola

IPOH 2011/03/31:
Bekas jagoan bina badan negara, Datuk Malek Noor dikejarkan ke sebuah hospital swasta selepas diserang sakit jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak di antara pasukan Menteri Besar Perak dan pasukan Pilihan Veteran Kebangsaan di Stadium Perak, malam tadi.

Malek yang menjadi penjaga gol bagi pasukan Pilihan Veteran Kebangsaan dikatakan memegang tiang gol ketika kejadian berlaku dan diberi bantuan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Pihak hospital yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan keadaan Malek stabil dan sedang berehat.

Sumber Dari:
Berita Harian Terkini

 Selangor dapat pelaburan industri tertinggi bagi thn 2008-2010

Sumber Dari Malaysia Industrial Development Authority (Mida).

Jumlah modal pelaburan perindustrian yang diluluskan mengikut negeri bagi tempoh 2008 -2010

Negeri
2008
2009
2010
Jumlah
Selangor
11,870,910,013
6,759,590,951
10,641,835,401
29,272,336,365
Sarawak
15,168,880,681
8,450,751,719
3,945,046,973
27,564,679,373
Pulau Pinang
10,156,301,413
2,165,240,934
12,237,958,878
24,559,501,225
Johor
11,711,672,847
4,063,441,520
7,464,914,643
23,240,029,010
Sabah
964,375,892
5,664,295,498
1,325,610,877
7,954,282,267
Perak
3,130,017,250
893,872,874
3,039,706,315
7,063,596,439
Melaka
3,634,515,677
892,711,918
1,631,129,805
6,158,357,400
Kedah
2,567,345,854
1,496,062,950
1,960,636,097
6,024,044,901
Terengganu
992,259,227
505,834,968
2,327,931,930
3,826,026,125
Negeri Sembilan
1,115,791,287
857,598,018
1,292,607,042
3,265,996,347
Pahang
1,080,749,835
604,841,416
1,038,737,181
2,724,328,432
Kelantan
83,600,000
126,929,520
169,555,000
380,084,520
W. P. Kuala Lumpur
117,786,590
155,664,320
55,046,132
328,497,042
Perlis
170,250,000
0
31,440,000
201,690,000
W. P. Labuan
20,540,508
0
14,866,935
35,407,443
Jumlah
62,784,997,074
32,636,836,606
47,177,023,209
142,598,856,889

Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014:- Malaysia VS Taiwan


KUALA LUMPUR,30 Mac, 2011 19:37 PM

Malaysia dilihat mampu ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 apabila diundi bertemu Taiwan pada pusingan pertama.


Malaysia akan menerima kunjungan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun sebelum bertandang ke negara itu untuk perlawanan timbal balik pada 3 Julai.



Sekiranya berjaya melepasi halangan Taiwan, skuad bimbingan K. Rajagobal itu akan menentang Singapura pada pusingan kedua dengan perlawanan pertama di republik tersebut pada 23 Julai.

Perlawanan timbal balik pula dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis undian yang berlangsung di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil, Rajagobal yakin skuad bimbingan dapat melepasi Taiwan.



"Kita ada keyakinan yang lebih kuat apabila diundi bertemu dengan pasukan Taiwan yang dikira sebagai pasukan yang boleh kita atasi," katanya.

Malaysia kini menduduki ranking ke-138 dunia manakala Taiwan berada di tangga ke-147.


Bagaimanapun, Rajagobal berkata fokus utama skuad negara buat masa ini adalah pada perlawanan pertama menentang Taiwan di gelanggang sendiri.

"Kita perlu beri tumpuan satu perlawanan kepada satu perlawanan dan tidak terlampau ghairah dalam menghadapi saingan.

"Jika mampu mara ke pusingan kedua, ia akan menjadi satu rekod bagi Malaysia," kata jurulatih yang membimbing skuad negara menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan Kelayakan pada 1974 di Jerman.

Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil.

Sumber Dari:-
BERNAMA
Tq

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian POCO-POCO sebagai haram

IPOH 2011/03/30:
Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.

Dr Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.
Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Dr Zambry berkata proses kelulusan tanah dijalankan mengikut prosedur biasa dan setiap permohonan akan dilayan mengikut peraturan.

"Permohonan akan diproses mengikut peraturan dan undang-undang...jika pemohon layak, kelulusan akan diberikan. Pemohon tidak akan ditanya sama ada menganggotai mana-mana parti," katanya ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa sebidang tanah di Gopeng diberikan kepada UMNO baru-baru ini.

Dr Zambry berkata, dakwaan itu tidak seharusnya dilayan kerana sebelum ini, pembangkang mendakwa kerajaan negeri memberi tanah kepada MCA dan MIC.

Sumber Dari:
Berita Harian Terkini

Pusingan Ke-2 Kelayakan Sukan Olimpik 2012:- Malaysia Vs Lubnan

KUALA LUMPUR, 30 Mac, 2011 20:36 PM
Malaysia akan bertemu Lubnan pada pusingan kedua kelayakan bola sepak Sukan Olimpik 2012 London.
Skuad bimbingan jurulatih Ong Kim Swee akan bertandang ke Lubnan pada 19 Jun dan akan menanti kedatangan lawan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Jun.

Negara timur tengah itu memperoleh kelayakan terus ke pusingan kedua berdasarkan pencapaiannya pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2008 di Beijing bersama 11 lagi negara iaitu Korea Selatan, Korea Utara, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan dan Vietnam.

Di atas kertas dalam ranking Fifa, Malaysia berkemungkinan tiada masalah bertandang ke bumi Lubnan kerana Malaysia kini berada di tangga ke-138 dunia dan ke-21 Asia sementara Lubnan kini berada dalam ranking 169 dunia dan 32 di Asia.

Ong yang ditemui pemberita selepas majlis undian di ibu pejabat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Bukit Jalil, Rabu bagaimanapun mengakui perlawanan menentang Lubnan pastinya getir kerana kedua-dua pasukan tidak pernah bertemu sebelum ini.

"Kita tidak tahu corak permainan mereka dan akan menganalisa dahulu serta membuat perancangan latihan pusat. Selain itu kita juga akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Syria ataupun Bahrain bagi memantapkan Skuad Olimpik Negara.

"Bagaimanapun ia masih dalam perancangan. Masih belum muktamad. Kita memilih Syria atau Bahrain kerana mahu membiasakan anak buah dengan cuaca di sana, yang sama seperti cuaca di Lubnan," katanya.

Beliau berkata terdahulu pihaknya mempunyai cadangan untuk membuat latihan pusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) atau Qatar tetapi terpaksa melupakan hasrat itu kerana cuaca yang terlalu panas di sana tidak sesuai untuk anak buahnya.

Ong berkata jika salah satu negara sama ada Syria atau Bahrain bersetuju dengan permohonan Malaysia untuk membuat latihan di sana, skuad Olimpik negara akan berlepas pada 8 Jun untuk membuat latihan pusat sehingga hari perlawanan itu.

Ditanya mengenai persediaan skuad anak buahnya, beliau berkata kesemua pemain kini berlatih di padang Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Saya akan menumpangkan enam atau tujuh pemain saya bermain bersama skuad K Rajagobal (Harimau Malaya) pada perlawanan persahabatan menentang Hong Kong pada awal Jun.

Namun beliau tidak menyatakan nama-nama pemain yang akan bersama skuad Harimau Malaya nanti yang akan bertanding pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan pada Julai.

Skuad kebangsaan, di bawah bimbingan Ong Kim Swee, melangkah ke pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0.

Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sebelum itu, pemain Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.


Sumber Dari:
BERNAMA
TQ

Wednesday, March 30, 2011

Keputusan Kelayakan Euro 2012:- Belanda, Sepanyol catat kemenangan

BERNE: Belanda dan Sepanyol dipaksa mengerah keringat pada kelayakan Euro 2012 semalam selepas terselamat daripada kebangkitan aksi Hungary dan Lithuania untuk mengekalkan rekod 100 peratus mereka dalam kejohanan berkenaan.

Dirk Kuyt menyumbatkan dua gol dalam tiga minit terakhir perlawanan ketika Belanda diikat 3-3 pada minit ke-75 selepas Zoltan Gera menjaringkan gol kedua, sebelum mencatat kemenangan 5-3 ketika saingan di Amsterdam.

Dua gol pada 20 minit terakhir, satu gol sendiri daripada Tadas Kijanskas dan satu menerusi Juan Mata, membolehkan Sepanyol mencatat kemenangan 3-1 ketika saingan di padang becak di Lithuania selepas juara dunia itu mendahului dengan gol Xavi tetapi kemudiannya muncul Marius Stankevicius menyamakan kedudukan.
Sweden pula yang memburu tangga kedua dalam saingan Kumpulan E menundukkan Moldova 2-1 hasil jaringan Mikael Lustig dan Sebastian Larsson mencukupi selepas Zlatan Ibrahimovic mensia-siakan sepakan penalti sebaik sebelum tamat babak pertama.

Alexandru Suvorov merapatkan jurang untuk Sweden ketika mereka kini berkongsi sembilan mata dengan Hungary, sembilan mata di belakang Belanda.

Turki memulihkan harapan mereka untuk mendaki ke tempat kedua di belakang Jerman dalam saingan Kumpulan A hasil kemenangan 2-0 ke atas Austria.

Belgium menang besar 4-1 ke atas Azerbaijan, juga di tangga kedua dengan 10 mata manakala Turki ketiga dengan sembilan mata manakala Jerman mendahului dengan rekod sempurna.
Luxembourg tampak berupaya mencatat kejutan terbesar apabila Lars Gerson meletakkan mereka di depan ketika berentap dengan Romania tetapi dua gol menerusi Adrian Mutu membantu skuad Eropah Timur itu bangkit mencatat kemenangan 3-1 dalam Kumpulan D.

Serbia dan Slovenia mensia-siakan peluang untuk menggugat kedudukan Itali sebagai pendahului Kumpulanm C apabila kedua-duanya seri tanpa jaringan ketika beraksi di tempat lawan, kini masing-masing ketinggalan lima mata.

Slovenia pula seri tanpa jaringan ketika bertandang ke Ireland Utara.

Sumber Dari:
AP& Berita harian

Seorang lagi pelatih PULAPOL meninggal dunia akibat jangkitan Adenovirus

KUALA LUMPUR 2011/March/30:
Seorang lagi pelatih PULAPOL di sini meninggal dunia pada jam 11.30 malam tadi selepas dimasukkan ke Wad ICU, Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan Adenovirus.

Ini kematian ketiga selepas wabak itu dikesan merebak di pusat latihan berkenaan pada 4 Mac lalu.

Mangsa dikenali sebagai Mohamad Siman, 23, berasal dari Teluk Intan, Perak.

Sumber Dari:
Berita Harian Terkini

SPRM:- Rumah Penuh Wang

PUTRAJAYA: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui ratusan ribu ringgit wang tunai berselerakan ketika menyerbu rumah seorang pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bergelar Datuk, di Pahang kelmarin kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram dan mengelakkan cukai bernilai berbilion ringgit.

Pegawai kastam berkenaan dan isterinya, juga seorang pegawai kastam disyaki terbabit dalam kegiatan yang turut membabitkan sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara.
Sindiket terancang itu dipercayai terbabit dalam pengisytiharan barangan import di bawah nilai sebenar cukai kastam, mengelak cukai pendapatan, pengubahan wang haram dan penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara menggunakan penggurup wang serta perlakuan jenayah rasuah.

Jenayah itu dilumpuhkan oleh pasukan bertindak khas dianggotai KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua agensi lain, diketuai oleh SPRM dalam operasi serentak secara besar-besaran pada jam 10 pagi kelmarin di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata berikutan itu, pihak berkuasa sudah membekukan lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan mengikut peruntukan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

"Kami menemui ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah yang diduduki pasangan pegawai kanan Kastam berkenaan dan mereka kemudian ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pembersihan wang haram membabitkan lebih 100 premis yang diserbu kelmarin,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Beliau berkata, selain rumah pasangan itu, pasukan bertindak turut membuat serbuan terhadap 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis kastam di seluruh negara.

Katanya, siasatan membabitkan kesalahan Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 selain Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

Mustafar berkata, operasi itu khusus bagi mencegah kegiatan haram yang menyebabkan kerugian hasil cukai kerajaan berbilion ringgit kerana kegagalan mengutip cukai dan duti kastam, pendapatan tidak dilapor yang dihantar keluar negara tanpa kelulusan, pengisytiharan tidak betul barangan import dan penyeludupan wang keluar sempadan negara.

"Apabila sesuatu barangan diimport dan harganya diisytihar lebih rendah daripada nilai sebenar, cukai yang ditaksir juga rendah. Justeru, wujud perbezaan dari segi nilai import dan harga sebenar yang menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit kutipan cukai.

"Operasi ini adalah hasil siasatan kita selama sebulan bagi mengenal pasti rangkaian keseluruhan kegiatan haram yang kita umpamakan sebagai sindiket yang mempunyai hubung kait. Kita akan meneruskan siasatan dengan mengambil keterangan daripada pasangan pegawai kastam itu,” katanya.

Mustafar mengesahkan serbuan itu ada kaitan dengan serbuan SPRM terhadap pejabat seorang ahli perniagaan yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Selangor, Ang Leng Kiat, kelmarin tetapi menegaskan premis berkenaan hanya secara kebetulan dimiliki sebuah parti politik.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Kuantan semalam mengeluarkan arahan menahan reman pasangan berusia 50-an itu selama empat hari bermula semalam ketika dibawa ke mahkamah selepas ditahan di pejabat SPRM di sini.

Pegawai Pendakwa SPRM, Raja Mohd Shasrizam Raja Nik Mahmud, berkata mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara tidak lebih 20 tahun.

Beliau berkata, pasangan berkenaan datang bersama peguam, Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

“Pasangan berkenaan ditemui pegawai SPRM di rumahnya di Temerloh kelmarin bagi direkodkan keterangan dan ditahan secara sah di pejabat SPRM, jam 5 pagi semalam sebelum dibawa ke mahkamah untuk perintah reman," katanya.

Sumber Dari:
Berita Harian Terkini

Cuaca Bertambah Baik, Seramai 817 Mangsa Banjir Masih lagi Berada Di Pusat Pemindahan

KUALA TERENGGANU, 30 Mac, 2011 11:34 AM
Jumlah mangsa banjir kilat yang masih berada di pusat pemindahan banjir di Terengganu telah berkurangan kepada 817 orang sehingga 9 pagi Rabu.

Mangsa yang masih berada di 12 pusat pemindahan itu melibatkan 552 orang daripada 122 keluarga di daerah Dungun, Kemaman seramai 58 mangsa melibatkan 20 keluarga dan daerah Marang 207 mangsa dengan 51 keluarga.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara negeri Terengganu berkata bagi daerah Dungun seramai 103 mangsa dipindahkan ke Dewan Majlis Sukan Negara, Balai Raya Kampung Pulai Serai (lapan mangsa), Dewan Sivik Batu 48 (413 mangsa) dan Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior (28 mangsa).

Bagi daerah Marang seramai 90 mangsa dipindahkan ke Dewan Sivik Pekan Bukit Payong, Sekolah Menengah Seberang Marang (60 mangsa), Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang (30 mangsa), Balai Raya Kampung Binjai Rendah (14 mangsa), Balai Raya Kampung Tok Mat (lapan mangsa) dan Balai Raya Tanah Lot Kubu (lima mangsa).

Manakala bagi daerah Kemaman pula seramai 41 mangsa ditempatkan di sekolah Kebangsaan Kemasik dan Pusat Belia Kampung Baru Kerteh (17 mangsa).

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Terengganu Razali Daud ketika dihubungi Bernama berkata sebanyak 10 buah sekolah ditutup semalam disebabkan jalan ke sekolah tidak boleh dilalui kerana ditenggelami air dan juga sekolah dijadikan pusat pemindahan.

Katanya sekolah-sekolah yang ditutup iaitu tiga buah di daerah Kuala Terengganu dan masing-masing dua buah di Hulu Terengganu dan Setiu dan masing-masing sebuah di Dungun dan Kemaman.

"Saya jangka semua sekolah-sekolah berkenaan akan dibuka hari ini dan dapat belajar seperti biasa kerana keadaan cuaca sudah bertambah baik," katanya.

Sumber Dari:
BERNAMA

Tuesday, March 29, 2011

Banjir Luar Musim Di Terengganu: 748 Dipindah Di Empat Daerah

KUALA TERENGGANU, 29 Mac (Bernama) -- Seramai 748 orang dipindahkan ke 10 pusat pemindahan mangsa banjir setakat 2 petang ini setelah empat daerah di Terengganu dilanda banjir berikutan hujan lebat luar biasa sejak Isnin.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri Terengganu berkata empat pusat pemindahan dibuka di Kemaman yang menempatkan 175 mangsa daripada 33 keluarga manakala di Marang sebanyak tiga pusat pemindahan dibuka menempatkan 31 mangsa banjir dari 13 keluarga.

Di Kuala Terengganu, dua pusat pemindahan kini menempatkan 211 penduduk dari 46 keluarga yang mula berpindah sejak tengah malam tadi manakala di Dungun, sebuah pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan 22 mangsa daripada enam keluarga, katanya kepada Bernama Selasa.

Jurucakap itu berkata operasi di semua pusat pemindahan mangsa banjir itu diselenggara oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sehingga kini bekalan keperluan adalah mencukupi.

Katanya kebanyakan tempat yang dilanda banjir merupakan kawasan rendah terutama di pesisir pantai.

Hujan lebat yang bermula sejak semalam dijangka berterusan sehingga esok.

Tiga laluan juga terpaksa ditutup iaitu di KM4 Jalan Batu Putih-Kertih di Kemaman yang ditutup kepada semua kenderaan setelah dinaiki air setinggi 0.67 meter sepanjang dua kilometer.

Dua lagi jalan yang ditenggelami air ialah KM109 dan KM116 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan yang masing-masing ditutup sebelah laluannya.

"Bilik Gerakan Bencana negeri akan dibuka 24 jam untuk memantau keadaan," kata jurucakap itu.

Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai banjir di negeri itu boleh melayari laman web http://etindakan.terengganu.gov.my atau menelefon bilik gerakan berkenaan di nombor 09-6316021.



Sumber Dari:-
BERNAMA &
Pengalaman Meredah Banjir

Monday, March 28, 2011

Anak Mati Ditikam Ayah Selepas Tegur Kerana Mabuk

SERDANG, 28 Mac 28 Mac, 2011 20:14 PM
Seorang operator kilang maut akibat ditikam di bahagian dada oleh bapanya sendiri selepas dia menegur tingkah laku bapanya yang mabuk di Bandar Sungai Mas, Banting, malam Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam apabila lelaki berumur 20 tahun itu dikatakan menegur bapanya yang berbogel dalam keadaan mabuk di depan rumah mereka sebelum itu.

"Berang dengan teguran itu, bapanya yang berumur 40-an terus mencapai pisau di dapur sebelum bertindak menikamnya di dada, dia mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari Isnin.

Beliau berkata selepas menikam anaknya, suspek yang tidak bekerja melarikan diri sebelum berjaya dikesan di sebuah stesen minyak Petronas Teluk Panglima Garang dekat sini pada kira-kira pukul 11 pagi ini.

Katanya polis menahan suspek untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan kerana membunuh, dan mayat anaknya dihantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat.


Sumber Dari:
Bernama Terkini

Buruh Maut terjatuh dari bumbung bangunan SMS Sultan Mahmud Terengganu

KUALA TERENGGANU 3/27/2011 6:42:11 PM-
Seorang buruh rakyat Indonesia maut apabila terjatuh dari bumbung bangunan asrama tambahan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini hari ini.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Kismantio, 28, dari Jamber, Jawa mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata, lelaki itu dikatakan tergelincir ketika berada di atas bumbung bangunan tiga tingkat yang sedang dalam pembinaan pada pukul 9.30 pagi.

Sementara itu, usaha mencari dan menyelamat Mohd Hazrin Hakim Daud, 11, yang dihanyut arus setelah tergelincir ke dalam sungai Telemong di Kampung Nibong, Hulu Terengganu Jumaat lepas, masih diteruskan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Tengku Hamzah Tengku Abdullah berkata, oeprasi dijalankan oleh polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dengan bantuan penduduk setempat.

Sumber Dari:
Bernama & Sinar Harian

Bot nelayan pecah tersadai di Pantai Tok Jembal

KUALA TERENGGANU 2011/03/28:


Sebuah bot nelayan yang pecah dipukul ombak besar ditemui terdampar di Pantai Tok Jembal berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata empat nelayan asing yang berada dalam bot milik warga tempatan yang didaftar di Johor itu sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai pada kejadian kira-kira jam 5 petang semalam.

"Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan empat orang nelayan asing berenang ke darat dan terus menghilangkan diri," katanya di sini, hari ini.

Katanya, polis menahan seorang daripada nelayan itu yang berasal dari
Kemboja di sebuah kedai kopi di Kampung Tok Jembal sejurus selepas kejadian itu.

"Tiga lagi rakannya yang berasal dari Kemboja dan Thailand ditahan
berdekatan sebuah sekolah di kampung berkenaan kira-kira jam 12 malam tadi.
"Hasil siasatan mendapati keempat-empat nelayan yang berusia 23 hingga 27
tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Kes disiasat mengikut Sekyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Sumber Dari:
BERNAMA & Berita Harian
TQ

Amaran angin kencang, laut bergelora berbahaya kepada semua aktiviti

KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori kedua diramal berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan sehingga Selasa depan.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari ini, keadaan angin berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

JMM turut memberi amaran angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori pertama berkelajuan 40 hingga 50 km/s dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Sarawak (Miri), Sabah (Pantai Barat, Kudat dan Sandakan), Wilayah Persektuan Labuan, perairan laut Samui dan Sulu, yang dijangka berterusan sehingga Selasa ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sumber Dari:-
BERNAMA & Berita Harian Terkini

Vettel juara F1 2011 GP Australia

Sebastian Vettel
MELBOURNE: Juara dunia, Sebastian Vettel, mendahului selesa sepanjang perlumbaan dalam jentera Red Bull untuk memenangi saingan pembuka tirai Grand Prix Australia di sini hari ini.

Vettel yang menjadi juara termuda pada usia 23 tahun musim lalu, terlalu pantas untuk pencabar lain di Litar Albert Park dan mengatasi juara 2008 dari McLaren, Lewis Hamilton, dengan perbezaan masa lebih 22 saat.

Pelumba berbangsa Russia daripada pasukan Lotus Renault, Vitaly Petrov, di tempat ketiga .

Ia adalah kemenangan perlumbaan GP ke-63 untuk Vettel selepas yang terakhir di musim lalu di Abu Dhabi.

Sumber Dari:-
AFP & Berita harian Terkini

Friday, March 25, 2011

25 maut gempa bumi 6.8 skala Richter di Myanmar

YANGON 25/03/2011 2:28am
Gempa sekuat 6.8 skala Richter yang melanda Myanmar berhampiran sempadan Thailand lewat malam tadi meragut sekurang-kurangnya 25 maut dan berpuluh lagi dilaporkan cedera akibat runtuhan bangunan.


Mangsa yang disahkan mati setakat ini ialah 10 lelaki, seorang budak lelaki dan 13 wanita. Selain itu, 20 orang dilaporkan cedera di Tarlay, di Daerah Tachileik dan pegawai berkata jalan utama ke bandar itu ditutup kerana rosak teruk akibat gempa

Gegaran tersebut dirasai sehingga ke Bangkok iaitu sejauh 800 kilometer di bahagian selatan pusat gempa Naypyidaw, di ibukota Hanoi.

Gempa tersebut pada awalnya diletakkan sekuat 7.0 skala Richter oleh Pertubuhan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), sebelum disemak semula menjadi 6.8 skala Richter.

Sumber Dari:
AFP & Utusan Malaysia Terkini

Jabatan Pelajaran Terengganu Serbu Sarang pelajar ponteng

KUALA TERENGGANU 24/03/2011 3:46pm
Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Terengganu dan beberapa agensi lain hari ini menggempur beberapa kawasan di Kuala Nerus dan Marang yang menjadi tumpuan pelajar ponteng dan menahan 31 pelajar menengah, tiga daripada pelajar perempuan.

Kebanyakan pelajar itu yang menjadikan rumah-rumah kosong dan surau berhampiran sebagai tempat ponteng, bertempiaran lari apabila menyedari kehadiran pegawai-pegawai itu, malah ada yang sanggup bersembunyi dalam paya daripada ditahan.

Mereka yang lengkap berpakaian sekolah dan berpakaian sukan memberikan pelbagai alasan apabila ditanya kenapa mereka ponteng sekolah dan ada yang bersikap kurang ajar dengan memaki guru dan anggota Rela yang menahan mereka dalam operasi itu.

Kesemua pelajar berkenaan kemudian dikumpulkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Seberang Takir, sebelum ibubapa mereka dipanggil ke sekolah untuk menjemput mereka pulang setelah diberikan motivasi.

Pengarah Pelajaran Terengganu Razali Daud berkata, operasi berkenaan bertujuan memberi peringatan kepada pelajar terlibat tentang keburukan ponteng sekolah.

Sumber Dari:
Bernama
TQ

Thursday, March 24, 2011

MENU MALAM JUMAAT :- IKAN SIAKAP MASAK STIM

Ikan Siakap Masak Stim

Bahan-bahan (3-4 orang makan)
• ikan siakap 600 gram
• 3 inci halia dihiris-hiris halus (hehehehe Keluargaku suka makan halia)
• 3 ulas bawang putih
• 3 btg serai
• 4-5 ulas bawang merah
• serbuk lada hitam secukup rasa
• serbuk lada sulah secukup rasa
• 1 biji limau nipis di perah air
• 1 biji lada besar dihiris
• 3-4 biji lada burung dihiris
• 1 biji buah tomato potong dadu
• 1 biji bawang putih jerok dibelah empat
• daun sup
• garam secukup rasa

• 1 sudu sos ikan
• 3 Biji asam boi jika suka


Cara-cara
  1. Ikan siakap tersebut hendak siang dan dibersihkan selepas itu disapukan sedikit garam dan perahan limau nipis @ boleh gunakan air limau nipis.
  2. Kemudian bahan-bahan yang hiris halus disumbat dalam ikan dan ditabur pada ikan bersama garam secubit, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah & sos. Senang kata letak semualah barang yang diatastu....
  3. Kemudian perap selama15minit.
  4. Tabur atas ikan lada merah, tomato n daun sup.. tomato sy guna kan kos nk suh masam skit..jd akan balance dengan sos ikan..
  5. Selepas 15 minit, ikan siakap yang diperap tadi dikukus @ stim selama kira-kira 20 minit.. 
  6. Kira-kira 5 minit sebelum angkat, rasa masakan siakap stim mengikut cita rasa anda agar tidak orang kata masakan tumpah garam ke kurang masin...
  7. Akhir angkat dan apabila siap dihidang tibalah masa untuk santapan bersama keluarga..
mmmmmmmmmm, pasti tak sabar nk mkn bila baunyer..huhu..sedappp dan ikan siakap terpampang di depan mata kan...
Selamat mencuba dan pastinya taknak makan kat kedai lagi...

Mengapa bayar lebih andanya kita mampu untuk berjimat
Ikhlas dari  MaxOil Kad Diskaun MD2:- Mengapa bayar lebih, Belilah pada harga Diskaun

The Pocket Man;Sedia hadapi cabaran sengit

IMBAS KEMBALI...Azizulhasni (kanan) ketika berentap dengan Hoy di Olimpik Beijing.

JAGUH berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang diingatkan agar bersedia berdepan cabaran sengit di luar jangkaannya ketika beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London.
Ingatan itu disuarakan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi kepada Olahragawan Negara 2010 itu selepas menjadi sandaran memenangi salah satu pingat emas di temasya sukan terbesar dunia itu selain Datuk Lee Chong Wei (badminton), Pandelela Rinong (terjun) dan pasangan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (badminton).

“Satu perkara yang perlu kita berwaspada, tuan rumah sudah pasti mahu mendapatkan pungutan pingat emas sebanyak mungkin. Itu adalah keutamaan yang menjadi kebiasaan kepada negara yang menganjurkan sesuatu temasya sukan,” katanya.
Tambahnya, selain turun sebagai tuan rumah, England salah satu kuasa berbasikal trek dunia dengan barisan pelumba kuat termasuk seteru utama Mohd Azizulhasni, Chris Hoy yang kerap mencipta kemenangan di peringkat antarabangsa termasuk tiga pingat emas di Olimpik 2008 di Beijing.

“Pada pandangannya saya, peluangnya mungkin tidak secerah Chong Wei dalam badminton. Namun, apa juga yang berlaku sama ada meraih pingat emas atau sebaliknya, usia Mohd Azizulhasni masih muda (23 tahun) dan mungkin peluang terbaiknya adalah pada edisi 2016 di Brazil,” katanya.

Pandangan Kok Chi itu ada benarnya kerana berbasikal trek adalah salah satu acara yang menjadi sandaran utama tuan rumah selepas meraih tujuh pingat emas pada temasya di Beijing, China itu.

Beliau sebelum ini menyatakan, di kalangan atlet yang diletakkan harapan untuk memenangi pingat emas, Chong Wei mempunyai peluang paling cerah berikutan bermain di gelanggang berkecuali selain hanya Lin Dan yang dilihat mampu menghalang pemain nombor satu dunia itu menjadi juara.

Sumber Dari:
MyMetro
TQ

Pesawat Penjeyah Perang AS Terhempas Di Libya

Penduduk Libya berkumpul untuk melihat bangkai pesawat F-15 milik Amerika Syarikat (AS) yang terhempas selepas mengalami kegagalan mekanikal di Ghot Sultan, tenggara Benghazi, semalam. Ketika kejadian pesawat itu dalam misi menyerang pertahanan udara pemimpin Libya, Muammar Gaddafi

LONDON – Sebuah jet pejuang Amerika Syarikat terhempas di sebuah kawasan lapang di Libya selepas ia mengalami kegagalan mekanikal lewat kelmarin.Namun dua juruterbang tersebut telah diselamatkan oleh anggota-anggota pemberontak di kawasan dekat kubu kuat penentang pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Menurut saksi, di tempat kejadian, jet pejuang yang terhempas itu adalah jenis F-15E Eagle.
“Kami baru sahaja menemui jet pejuang Amerika itu di sebuah kawasan lapang dan ia dipercayai mengalami kegagalan mekanikal yang menyebabkan ia terhempas.“Krew-krew jet itu dipercayai selamat,” kata pemberita akhbar Daily Telegraph, Rob Crilly melalui laman Twitternya.

Jurucakap ibu pejabat perintah di Stuttgart, Karin Burzynski berkata, salah seorang krew telah berjaya diselamatkan dan pembedahan untuk menyelamatkan seorang lagi masih dilakukan.Mereka hanya mengalami luka kecil selepas keluar dari jet dengan menggunakan kerusi anjal.

Sementara itu, jurucakap tentera Amerika, Vince Crawley mengesahkan nahas itu tetapi menolak untuk memberitahu lokasi sebenar tempat kemalangan.Dia juga tidak mahu mendedahkan bagaimana dan ke mana krew pesawat telah dibawa.Crawley menegaskan nahas itu berlaku adalah disebabkan oleh kegagalan mekanikal dan bukan kerana tembakan musuh.

Serangan udara pasukan tentera Barat sudah memasuki malam ketiga yang meletakkan sasaran untuk melindungi orang awam daripada pasukan tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.
Kehadiran jet tentera itu adalah untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya setelah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meluluskan resolusi untuk mengenakan larangan tersebut.

Pergolakan di Libya bermula sejak 15 Februari lalu apabila sejumlah penunjuk perasaan membuat tunjuk perasaan bagi menentang kepimpinan Gaddafi yang sudah memerintah hampir 42 tahun.Tunjuk perasaan itu kemudian bertukar menjadi pertempuran antara para pemberontak dengan askar-askar Gaddafi. Para penentang itu menganggap Gaddafi gagal memerintah dengan baik dan membazirkan wang negara.

Sumber Dari:
Agensi & Kosmo
Utusan Malaysia
TQ

ANALISA KEPUTUSAN SPM 2010 :- Pencapaian Kelantan Terbaik Dalam Tempoh 7 thn



KOTA BHARU 23 Mac 2011
Kelantan mencatat keputusan terbaik dalam tempoh tujuh tahun pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010




 
1. Gred Purata Negeri (GPN) mengatasi peringkat nasional iaitu 5.15 berbanding 5.19.

2. Calon yang menduduki peperiksaan layak mendapat sijil 93.73 % daripada 35,594  berbanding 91.2& di peringkat nasional.


3. Seramai 278 calon mendapat keputusan cemerlang dengan enam orang memperoleh semua A bagi setiap mata pelajaran yang diambil.
  •  Faiz Ziad Zainuddin dan Liew Hong Kheng dari Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu yang memperoleh 10A
  • Song Chai Lin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Bharu juga 10A 
  • Muhamad Izzat Syameer Mohd. Zaid dari Sekolah Menengah Agama Lati, Pasir Mas (11A )
  • Imran Ariffin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas
  • Salina A/P Sangguan (10A ) dari SMK Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, masing-masing 10A .
4. SPM2010 sebanyak 59 buah sekolah mengatasi peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri dengan 22 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus berbanding 18 buah sekolah pada 2009

Sumber Dari:
Utusan Malaysia Terkini
TQ

Kelantan:- Enggan dilabel kaum malas belajar, Anak Orang Asli Cemerlang Dalam SPM 2010

GUA MUSANG, 23 Mac (Bernama) -- Enggan dilabel kaum malas belajar menjadi pendorong utama kepada seorang pelajar kaum Orang Asli untuk berusaha bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ramon Bah Ayoh, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra Satu (SMKTIP1) di sini berkata akibat tidak mahu disamakan dengan rakannya yang malas belajar telah menjadi pendorong untuknya berjaya.

"Saya berjaya mendapat 7A 2D dalam peperiksaan SPM tahun lalu," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Pengarah Pelajaran Kelantan Hussein Awang hari ini mengumumkan Ramon adalah pelajar Orang Asli yang cemerlang dalam keputusan SPM di negeri itu.

Hussein berkata Ramon, yang tinggal di Kampung Lambok, Kuala Betis, merupakan pelajar mencatat sejarah baru kejayaan cemerlang bagi kaum itu dalam peperiksaan SPM di Kelantan.

Ramon, salah seorang daripada 79 calon pelajar Orang Asli yang menduduki SPM tahun lalu di sekolah itu, menganggap kejayaan itu adalah hasil sokongan guru dan ibu bapanya.

Ayah Ramon, Bah Ayoh Tampong, 58 serta ibunya, Siti Rohani Pandak, 45, turut gembira dengan keputusan anaknya itu.

Siti Rohani berkata, kesemua anak-anaknya minat untuk belajar termasuk adik beradik Ramon yang lain di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis dan kerap cemerlang dalam peperiksaan pertengahan atau akhir tahun.

Beliau berkata, seorang kakak Ramon yang belajar di tingkatan enam sekolah itu juga menjadi pendorong kepada kejayaan adik beradik yang lain dengan harapan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Kita sebelum ini rasa malu apabila orang kerap bersuara kemunduran Orang Asli seperti saya ini, sebab itu saya menekankan kepada anak-anak belajar bersungguh-sungguh bagi membuktikan kita anak Orang Asli juga boleh berjaya," katanya.

Sumber Dari:
BERNAMA
TQ

Jin terpesona dengar bacaan al-Quran daripada Rasulullah S.a.w

                                               (Surah az-Zariyaat, ayat 56)






FIRMAN Allah SWT bermaksud: “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah az-Zariyaat, ayat 56)

Begitu penegasan Allah dalam al-Quran mengenai tujuan-Nya menciptakan jin dan manusia, iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah Yang Maha Esa. Golongan jin dan manusia terbahagi kepada dua, iaitu Islam dan kafir.

Jin menyatakan keIslaman mereka yang diterangkan dalam al-Quran surah Jin bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): Sudah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya satu rombongan jin sudah mendengar (al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami sudah mendengar al-Quran yang susunan (ayatnya) dan kandungannya sungguh menakjubkan. Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.” (Surah Jin, ayat 1-2)

Peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah SAW bersama sahabat sedang melaksanakan solat Subuh. Ketika itu Baginda membaca surah ar-Rahman, ayat 1-78. Dalam surah ar-Rahman ini ada beberapa ayat yang bermakud: “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?”

Ketika ayat ini dibacakan, jin yang hadir saat itu langsung menjawabnya dengan kalimah: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami tidak mendustakan nikmat-Mu sedikit pun. Segala pujian hanya bagi-Mu yang sudah memberikan nikmat zahir dan batin kepada kami.”

Ibnu Masud menyatakan bahawa ia turut menyaksikan malam turunnya ayat Jin ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku didatangi juru dakwah daripada kalangan jin. Lalu kami pergi bersamanya dan aku bacakan al-Quran kepada mereka.”

Peristiwa ini terjadi di sebuah masjid yang terletak di Kampung Ma'ala, tidak jauh dari perkuburan kaum Muslim di kota Makkah. Kini masjid itu dinamakan Masjid al-Jin atau Masjid al-Bai'ah atau juga Masjid al-Haras. Ia dibaik pulih kembali pada 1421 hijrah. Di sini jin berbai'ah atau menyatakan keislaman mereka kepada Rasulullah SAW untuk beriman kepada Allah SWT dan al-Quran.

Ada mengatakan, di masjid itu Nabi SAW mengislamkan jin kafir. Ada juga menceritakan, dekat Masjidil Haram ada sebatang tiang dinamakan tiang jin. Ketika Masjidil Haram sedang dibina, tidak cukup sebatang tiang, kemudian jin mendatangkan sebatang tiang dari alam mereka. Mereka yang boleh jumpa tiang ini mungkin boleh nampak alam jin. Ada yang khurafat memeluk tiang jin ini ketika orang lain wukuf di Arafah kononnya untuk menjadi tuan jin.

Masjid Jin menjadi monumen terpenting antara Rasulullah dan jin. Diterangkan, jin ketika itu bercadang menuju Tihamah. Namun, mereka mendengar bacaan al-Quran. Mereka sangat takjub mendengarnya dan kemudian berdialog dengan Rasulullah, lalu menyatakan keimanan mereka. Kemudian mereka menyampaikan hal itu kepada jin lain.

Ketika Rasulullah sedang membaca ayat al-Quran, terdapat beberapa jin. Ssebahagian riwayat menyatakan jumlahnya ada sembilan jin dan sebahagian lain menyebutkan tujuh jin yang turut mendengarkan bacaan al-Quran daripada Rasulullah. Kemudian salah satu daripada jin itu mengingatkan temannya dan berkata: “Diamlah, perhatikan bacaannya.” Setelah itu mereka kembali kepada kaum mereka untuk mengingatkan pada jalan yang benar. Salah satu daripada jin itu bernama Zauba'ah. Demikian menurut Ibnu Masud.

Dalam kitab Fathul Bari, disebutkan, jin itu berasal dai Nasibain, iaitu sebuah daerah yang terletak di perbatasan antara Iraq dan Syria, iaitu dekat Mosul.
Jin terbahagi dua iaitu jin kafir dan jin Islam (mukmin). Jin yang beriman ditempatkan di syurga, manakala jin kafir ditempatkan di neraka. Rasulullah menggambarkan jin itu terbahagi tiga golongan iaitu yang boleh terbang di udara, golongan ular dan anjing serta golongan bermukim dan hidup berpindah-pindah. (Hadis sahih riwayat Ibnu Abi Dunya, dalam Maqasid as-Syaitan)

Seperti manusia dan haiwan, jin juga makan dan minum, berkahwin, beranak serta mati. Menurut Syeikh Abdul Mun'im, jin penghuni dunia yang hidup di tempat sepi daripada manusia dan di padang pasir. Ada jin yang hidup di pulau di tengah laut, di tempat sampah dan bersama manusia. Jin memiliki kemampuan yang tidak dimiliki manusia, seperti terbang, naik ke langit, mendengar apa yang tidak boleh didengar manusia dan mereka juga melihat apa yang tidak dapat dilihat manusia. Wallahualam.

Sumber Dari:
Ibrahim Abdullah  Berita Harian

2011/03/23

Terengganu:- Pelajar Cina dapat A+ dalam Tasawwur Islam Dan Anak Pekerja Kilang Papan dapat 11A SPM2010

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar berbangsa Cina mencatatkan sejarah tersendiri apabila memperoleh A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang keputusannya diumumkan hari ini.

Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, adalah antara 17 pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat 10A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Tasawwur Islam.

"Mata pelajaran Tasawwur Islam saya ambil kerana minat dan ingin tahu mengenai agama Islam," kata anak sulung daripada tiga beradik ketika ditemui pemberita di sekolahnya di sini hari ini.

Katanya, beliau berminat mengikuti mata pelajaran tasawwur sejak di tingkatan empat lagi dan dia banyak dibantu oleh rakan-rakan Melayu yang mengikuti mata pelajaran itu.

Wong, dari Kampung Gong Badak berkata, beliau membaca buku teks mata pelajaran tasawwur dan cuba memahaminya dengan mendalam.

"Dalam buku teks semua ada tentang tasawwur dan kita kena rajin mentalaah. Begitu juga mata pelajaran lain, saya tekun mempelajarinya.

"Saya tidak suka tangguh buat kerja rumah. Saya akan pastikan kerja rumah siap seperti yang dijadualkan," kata Wong yang ingin melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat atau England.
Seorang daripada empat pelajar terbaik SMK Agama Tok Jiring, Nur Zulaikha Ismail, berkata beliau berazam sejak awal lagi untuk memperoleh keputusan terbaik pada peperiksaan itu.

"Sebab itu saya sangat fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar dalam kelas. Kalau saya tidak faham saya akan bertanya selain banyak membuat latihan bersama rakan-rakan.

"Saya juga bertekad untuk mengubah hidup keluarga yang miskin. Dengan pelajaran saja saya fikir ia boleh mengubah iklim kehidupan keluarga," kata anak kelima daripada 10 beradik.

Anak pekerja kilang papan itu memperoleh 11A+ iaitu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab Tinggi.

Ayahnya Ismail Othman, 50, ketika ditemui, melahirkan rasa syukur dan melahirkan penghargaan kepada semua guru yang mengajar anaknya.

Sumber Dari:
BERNAMA & Berita Harian Terkini

Wednesday, March 23, 2011

ANALISA KEPUTUSAN SPM 2010 :- Pencapaian Terengganu Terus Meningkat

2011/03/23

Assalamualaikum Wbt dan Bismillahirrohmanirrohim pembuka kalam....

Pencapaian keseluruhan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010

1. Terbaik dalam tempoh empat tahun
2. 368,559 calon berjaya memperolehi sijil berbanding 364,046 calon SPM 2009 
3. Sebanyak 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat keputusan gred cemerlang berbanding 7,987 pada SPM 2009. 

Pencapaian Peringkat Negeri Terengganu
Terus melakar kecemerlangan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 sepertima STPM 2010
Prestasi keseluruhan meningkat

1. Purata negeri mencapai 5.03 bagi 2010 berbanding 5.17 tahun 2009.

2. Peratusan calon yang memperolehi A ( kombinasi A+, A dan A-) dalam semua subjek yang diambil meningkat 0.5 peratus daripada 1.31 peratus (283 calon) pada 2009 kepada 1.88 peratus (405 calon) 2010

3. Peratusan calon yang lulus semua subjek juga mingkat, iaitu 2.96 peratus daripada 53.58 peratus (11,601 calon) pada 2009 kepada 56.54 peratus (12,182 calon) 2010

4. Bilangan pelajar yang memperolehi keseluruhan A atau Gred Cemerlang Tertinggi (A+) juga menunjukkan peningkatan ketara daripada hanya lima pelajar pada 2009 melonjak kepada 17 pelajar pada 2010.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring = 4 orang
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (Kuala Terengganu = 3 orang
  • Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu = 2 orang
  • SMK Sultan Ismail 2 (Kemaman) = 2 orang
  • SMA Atas Sultan Zainal Abidin = 1 orang
  • SMK Tengku Lela Segara (Marang) = 1 orang
  • SMK Lemmbah Bidong ( Setiu) = 1 orang
  • SM Sains Sultan Mahmud (Kuala Terengganu) = 1 orang
  • SMK Rantau Petronas (Kemaman) = 1 orang
  • SMK Tengku Mahmud, Besut = 1 orang

Menteri Besar, Dato Seri Haji Ahmad Said bersama 17 orang pelajar cemerlang SPM2010 peringkat Negeri Terengganu

4. Peratus calon yang mendapat minimum C dalam semua subjek yang diambil meningkat sebanyak 0.83% daripada 15.52% (3,361 calon) pada 2009 kepada 16.35 % (3,523 calon) pada 2010.

5. 72 subjek yang diambil oleh calon SPM 2010, sebanyak 49 subjek menunjukkan peningkatan dari segi gred purata berbanding hanya 33 subjek pada SPM 2009


YAB Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said bergambar kenangan Bersama ibu bapa & Pelajar Cemerlang serta kepimpinan JPNT yang menjayakan Program pendidikan Terengganu Terbilang.

Sumber Dari:
Terengganu Portal & Cikgu Noraini Abdullah SMKBP Besut

Ngeri! Insiden mesin tebu tingkat azam belajar


JOHOR BAHRU: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kelapa Sawit, Nurul Amira Murjini, melahirkan penuh kesyukuran apabila doktor Hospital Sultanah Aminah (HSA) berjaya menyambung kembali urat yang putus selepas tangan kirinya tersepit pada mesin tebu ketika membantu perniagaan keluarga minggu lalu.

Nurul Amira, 15, yang trauma mengenang kejadian ngeri itu tetap berdoa untuk kesejahteraan dirinya dan kejayaan doktor itu memberi semangat kepadanya untuk terus menyiapkan diri menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Dalam kejadian itu, Nurul Amira bernasib baik kerana tangan kirinya tersepit pada komponen mekanikal pemerah tebu terbabit, bukannya termasuk ke dalam mata mesin berkenaan yang mengisar tebu yang ditolaknya.

Berikutan trauma, Nurul Amira enggan bercerita mengenai kejadian yang dialaminya itu apabila lebih banyak mendiamkan diri ketika ditanya mengenai insiden terbabit.

Ibu mangsa, Sulastri Weriojo, 40, berkata keluarga merasa lega melihat perubahan susulan pembedahan kelmarin apabila Nurul Amira yang juga anak bongsu daripada dua beradik itu sudah mampu menggerakkan tangan kirinya.

“Semalam Adik (nama timangan Nurul Amira) sudah selamat dibedah bagi menyambung kembali urat tangan yang terputus akibat insiden itu dan saya bersyukur semuanya berjalan lancar seperti dirancang.

“Kami tahu beliau trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya namun, saya memberi kata semangat supaya tabah menempuh dugaan hidup,” katanya kepada Berita Harian, yang melawat remaja itu di HSA, semalam.
Sulastri berkata, keluarganya berterima kasih kepada doktor dan jururawat di HSA yang bertungkus lumus membantu Nurul Amira selepas dipindahkan ke situ dari Hospital Kulaijaya.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari pada Selasa minggu lalu, tangan kiri Nurul Amira separas siku hampir hancur akibat tersangkut pada komponen mesin tebu ketika membantu ibunya di gerai keluarga itu di Batu 21, Jalan Kulai-Johor Bahru.

Dalam kejadian itu, Nurul Amira terpaksa menahan kesakitan selama 15 minit, sebelum tangannya dikeluarkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Kulaijaya yang dikejarkan ke lokasi terbabit.

Sumber Dari:
Berita Harian
TQ

Lagi Banjir Di Serdang:- 18 keluarga dipindahkan

BANDAR BAHARU, Kedah 09:56:02 AM 23/3/2011: Seramai 75 orang daripada 18 keluarga di Kampung Sungai Tengas, Serdang dekat sini terpaksa berpindah ke Dewan Orang Ramai kampung itu setelah rumah mereka dilanda banjir kilat malam tadi.

Banjir kilat yang berlaku akibat Sungai Tengas dilimpahi air setelah hujan lebat yang turun sejak 6 petang hingga 9 malam tadi menyebabkan kawasan kediaman di kampung berkenaan sekitar Sekolah Kebangsaan Sungai Tengas, dinaiki air antara 0.8 meter sehingga 1.2 meter.

Jalan raya di KM25 Kulim-Serdang terputus dan tidak dapat digunakan kenderaan kecil akibat Sungai Punti yang menjadi sempadan Daerah Bandar Baharu dan Kulim telah melimpah di sekitar kawasan tersebut

Sementara itu, Wakil Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Helmi Abdul Khan, berkata kerja-kerja untuk memindahkan mangsa banjir tidak dapat dijalankan dengan lancar berikutan bekalan eletrik ke kawasan terbabit terputus sejak 8 malam tadi.

“Bagaimana pihak kami, kakitangan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang berusaha mengatasi malah itu secepat mungkin,” katanya.

Sumber Dari:
Bernama Terkini
TQ

Lionel Messi dan Jose Mourinho, Pemain & Pengurus Gaji Paling Tinggu Di Dunia

PARIS - Lionel Messi dan Jose Mourinho menjadi pemain dan pengurus yang menerima gaji paling tinggi, menurut majalah Bola Sepak Perancis.


Messi yang bermain dengan Barcelona memperoleh pendapatan pada tahun ini yang dianggarkan mencecah 31 juta euro (RM134 juta) manakala pengurus Real Madrid, Mourinho dianggap sebagai pengurus pasukan terkaya dengan pendapatan 13.5 juta euro (RM58.3 juta).


Pendapatan Messi itu menjadikannya sebagai pemain bola sepak yang memperoleh gaji tertinggi di dunia walaupun masih belum dapat menandingi pemain golf, Tiger Wood yang mempunyai gaji 53 juta euro (RM229 juta) selain menjadi ahli sukan yang paling tinggi memperolehi gaji sedemikian.


Dalam pada itu, pemain bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo memperoleh pendapatan 27.5 juta euro (RM119 juta) untuk menjadi pemain bola sepak kedua dibayar gaji tinggi dan di tempat ketiga ialah penyerang Manchester United, Wayne Rooney dengan 20.7 juta euro (RM89.3 juta).
Sebanyak tujuh pemain Liga Perdana England tersenarai dalam 20 pemain yang menerima gaji tertinggi pada tahun ini.


Dua bekas pemain Liga Perdana, David Beckham dan Thierry Henry yang kini bermain di MLS Amerika Syarikat berada pada ranking ke kelima dan ke-11 dengan gaji masing-masing 19 juta euro (RM82 juta) dan 13.6 juta euro (RM59 juta).

pengurus Barcelona, Pep Guardiola
 Sementara itu, antara pengurus pasukan bola sepak yang disenarai menerima gaji termahal ialah, pengurus Barcelona, Pep Guardiola di tempat kedua dengan 10.5 juta euro (RM45.3 juta), ketiga bekas pengurus Inter Milan, Raphael Benitez 10.2 juta euro (RM44 juta).

Raphael Benitez
 Pengurus pasukan England, Fabio Capello menduduki tangga keempat dengan gaji 8.5 juta euro (RM37 juta) dalam tinjauan yang dilakukan majalah Bola Sepak Perancis.

Sumber Dari:
AFP & Utusan Malaysia
TQ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...