Monday, October 31, 2011

RM50,000 Nadia Kena bayar ganti rugi kepada Lisdawati

31/10/2011 2:03pm

KUALA LUMPUR – Pelakon Lisdawati hari ini diberi ganti rugi RM50,000 selepas beliau menang dalam kes saman fitnahnya terhadap pelakon Nadia Mustafa.

Lisdawati

Hakim Mahkamah Sesyen Yong Zarida Sazali membenarkan saman fitnah yang difailkan Lisdawati terhadap Nadia, berhubung artikel yang disiarkan di majalah Media Hiburan enam tahun lepas.

Beliau membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan saksi termasuk Lisdawati dan Nadia dan juga hujahan peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Lisdawati dan Siti Julaini Mohd Shahar dan Mohamed Lusfi Yaakob yang mewakili Nadia.

Nadia

Dalam keputusannya, Yong Zarida memerintahkan Nadia membayar ganti rugi sebanyak RM50,000, faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman iaitu hari ini sehingga penyelesaian penuh kes dan juga kos skala.

Mahkamah dalam keputusan itu turut memerintahkan Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar kadar faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian kes dan kos mengikut skala.

Bagaimanapun Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, dan Nadia tidak hadir ke mahkamah.

Mengikut pernyataan tuntutan Lisdawati yang difailkan pada 21 April tahun lalu, mendakwa Nadia dengan niat jahat memberikan wawancara mengandungi perkataan memfitnah kepada wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani.

Tq
Sumber Dari:
Kosmo Terikini

Prof. Abdul Aziz Serah Peluru dan Surat Ugutan

GOMBAK - Pensyarah kontroversi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UI­AM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari semalam hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk direkodkan percakapan berhubung sebutir peluru serta nota ugutan yang dihantar melalui pos ke rumahnya di sini, kelmarin.

Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan reaksinya berhu­bung isu titah Sultan Shara­fuddin Idris Shah berkaitan pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini.

Abdul Aziz tiba di perkarangan IPD jam 12 tengah hari semalam bersama keluarganya, sebelum keluar kira-kira 15 minit kemudian.


Beliau berkata, keterangannya diambil oleh seorang pegawai polis, Inspektor Nor Fadilah Hani Abu Bakar, susulan laporan dibuat di Balai polis Taiping, Perak, kelmarin.

“Selain itu, saya turut serah­kan sebutir peluru serta surat ugutan yang diterima semalam (kelmarin) bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan kini dibuka mengikut Seksyen 507 Ka­nun Keseksaan atas kesalahan menakutkan secara jenayah,” katanya ketika ditemui.

Ketika ditanya sama ada beliau mengesyaki mana-mana individu, Abdul Aziz berkata, beliau tidak bermusuh dengan sesiapa dan tidak tahu siapa terlibat melakukannya.

“Saya tidak syak sesiapa tetapi percaya ugutan dibuat ekoran reaksi saya berhubung isu titah Sultan Selangor berkaitan pemeriksaan DUMC baru-baru ini. Saya buat laporan demi keselamatan diri dan keluarga, jika berlaku apa-apa polis sudah maklum dengan perkara itu,” katanya.

Kelmarin, Abdul Aziz menerima nota ugutan yang tulisannya dicetak berbunyi, ‘Jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti’ dan dihantar bersama sebutir peluru jenis kaliber 9 milimeter (mm) melalui pos.

Tq
Sumber Dari:
Sinar Harian

Wednesday, October 26, 2011

Wanita Terkejut Bom Di Tayar Belakang

Gambar Hiasan Bom
26/10/2011 6:25pm
KUALA LUMPUR:- Seorang wanita terkejut apabila mendapati objek menyerupai sebutir bom dilekatkan pada tayar belakang kenderaan pacuan empat rodanya di Sri Hartamas di sini, hari ini.

Wanita itu, yang tidak mahu dikenali, berkata kewujudan ‘bom’ terbabit disedari seorang pencuci kereta ketika dia menghantar kenderaannya ke pusat mencuci kereta.

"Saya dimaklumkan mengenai ‘bom’ itu di belakang tayar kereta selepas dimaklumkan oleh tukang cuci kereta, semasa kereta saya hendak dicuci kira-kira 12 tengah hari tadi,” katanya yang segera memaklumkan penemuan itu kepada polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt. Aida Abdul Hamid mengesahkan menerima aduan mengenai perkara itu dan Unit Pengesan Bom telah dipanggil bagi membantu melakukan pemeriksaan ke atas objek itu.

"Namun siasatan yang jalankan mendapati objek yang dilekatkan di tayar kenderaan pengadu bukan bom tetapi antena,” katanya. — Bernama

Jenazah Gaddafi Selamat dikebumikan Jua Akhirnya

SEORANG jurugambar semalam merakamkan tempat mayat Muammar Gaddafi diletakkan di dalam sebuah bilik sejuk beku di Misrata sebelum ia dipindahkan untuk dikebumikan di gurun Sahara.
MISRATA - Jenazah bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah dikebumikan di sebuah lokasi rahsia di gurun Sahara semalam bersama dengan seorang anak lelakinya, Motassim, kata seorang pegawai kerajaan sementara. "Jenazah itu telah dibawa pada awal pagi dan baru dikebumikan di gurun bersama dengan anaknya," kata pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) itu, Abdel Majid Mlegta. Menurutnya, hanya dua orang yang amanah diberikan kepercayaan untuk melakukan misi rahsia itu. "Mereka itu bukannya pengawal tetapi orang amat dipercayai NTC," katanya. "Apa yang boleh saya katakan adalah proses pengebumian itu memakan masa dan dilakukan jauh daripada pihak media," tambahnya. Solat jenazah dua beranak itu dilakukan oleh guru agama peribadi Gaddafi, Khaled Tantoush

Pelawat melihat jenazah Muammar Gaddafi di sebuah bilik sejuk beku di Misrata kelmarin.
Khaled ditangkap bersama dengan Gaddafi sebelum mereka berpindah dari Misrata. Dua sepupu Gaddafi, Mansour Dhao Ibrahim dan Ahmed Ibrahim yang ditangkap bersama Gaddafi selepas konvoi dinaiki mereka diserang jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dekat Sirte, bandar kelahiran Gaddafi, turut menghadiri penghormatan terakhir untuknya. Jenazah itu dikebumikan pada waktu subuh. Gaddafi, 69, mati akibat kecederaan ditembak di bandar kelahirannya selepas dia ditemui dalam saluran pembetungan di bawah sebuah lebuh raya pada Khamis lalu. Anaknya, Motassim turut mati ditembak dekat leher selepas ditangkap oleh para pejuang NTC. Mayatnya itu kemudian dipamerkan kepada orang ramai di dalam sebuah bilik sejuk di sebuah pasar di Misrata. Sebelum dikebumikan, pemerintah sementara Libya telah bertindak melarang orang ramai daripada melihat jenazah Gaddafi, anak lelakinya, Mutassim dan seorang ketua tenteranya, Abu Bakr Younis.

JENAZAH Motassim Gaddafi yang dipamerkan kepada orang ramai di sebuah bilik sejuk beku di Misrata kelmarin.

Beberapa pengawal mengunci pintu pagar yang menempatkan bilik sejuk beku tempat jenazah Gaddafi bersama dua yang lain disimpan di Misrata. Pintu peti sejuk beku itu yang kerap dibuka bagi membolehkan orang ramai masuk menyebabkan ketiga-tiga jenazah tersebut cepat mereput dan berbau busuk. Pengawal-pengawal memberikan topeng bedah kepada pelawat untuk melindungi mereka daripada bau busuk. Mereka juga menyembur bahan pembasmi kuman pada jenazah tersebut. Menurut beberapa pengawal di pintu pasar tersebut, satu konvoi empat hingga lima buah kenderaan terlibat dalam proses membawa jenazah berkenaan pada lewat malam kelmarin ke sebuah lokasi rahsia. Kerajaan sementara Libya akan menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat kematian Gaddafi. Menurut seorang pengawal di pasar itu, dia melihat permit pengebumian tersebut yang menyatakan terdapat dua tembakan, satu di kepala dan satu lagi di dada Gaddafi.

Tq
Sumber Dari:-
Kosmo & Agensi

Monday, October 24, 2011

Tragedi Berdarah Litar Sepang:-Simoncelli temui ajal





PERLUMBAAN MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terpaksa dibatalkan selepas kemalangan melibatkan penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli.

Tragedi ini adalah yang pertama berlaku di SIC juga yang pertama melibatkan kematian pelumba motosikal di litar sama.

TIDAK sampai dua pusingan dilangsungkan, perlumbaan kategori MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia semalam bertukar menjadi tragedi ngeri apabila penunggang Itali, Marco Simoncelli mengalami kemalangan maut.
Simoncelli, 24, mengalami kemalangan pada pusingan kedua dan dilanggar oleh jentera ditunggang Colin Edwards dan Valentino Rossi ketika dia terseret ke tepi litar dengan jentera Honda miliknya.

Marco Simoncelli

Topi keledarnya tercabut dalam kejadian itu dan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang itu diberhentikan dengan bendera merah dan kemudiannya dibatalkan terus.
Edwards dari pasukan Yamaha turut mengalami kemalangan tetapi tidak mengalami kecederaan serius, manakala Rossi mampu untuk meneruskan tunggangan bersama jentera Ducati.

Simoncelli terbaring kesakitan di litar sebelum dikejarkan ke pusat perubatan litar itu apabila dia disahkan meninggal dunia pada jam 4.56 petang akibat kecederaan teruk di bahagian kepala, leher dan dada.

“Setiap orang yang terbabit dengan MotoGP mengucapkan takziah kepada keluarga Marco, rakan-rakan dan pasukan dalam apa yang dianggap kehilangan tragik ini,” kata MotoGP dalam satu kenyataan.

Casey Stoner, yang memenangi kejuaraan MotoGP dunia kedua pada Grand Prix Australia minggu lalu, berkata: “Sebaik saya saksikan sorotan itu, ia membuatkan saya rasa sedih. Apabila topi keledar tercabut, ia satu petanda yang tidak baik.” Kematian Simoncelli adalah yang pertama dalam kelas perdana itu sejak seorang lagi penunggang Honda, Daijiro Kato, terbunuh pada Grand Prix Jepun 2003.

Shoya Tomizawa turut maut dalam kemalangan serupa seperti Simoncelli dalam Moto2, satu kelas di bawah MotoGP, tahun lalu.

Simoncelli, yang lebih dikenali dengan potongan rambut ala afro, bermula dalam kelas 125cc pada 2002 sebelum berpindah ke kelas 250cc pada 2006. Dia menjuarai kelas 250cc dunia pada 2008.

Bagi rekod, ini adalah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku di SIC sejak ia mula digunakan pada Disember 1998, selepas siap dibina November tahun sama.

Pengarah Perubatan MotoGP, Dr Michele Macchiagodena mengesahkan kematian Simoncelli.
“Simoncelli terbabit dengan tragedi kemalangan teruk yang menyebabkan kecederaan teruk di kepala, leher dan dada. Ketika tiba di kawasan kemalangan, pasukan perubatan mendapati dia sudah tidak sedarkan diri.

“Sebaik menaiki van ambulans, kakitangan perubatan memberi rawatan kecemasan dan diteruskan sehingga tiba di pusat perubatan, namun gagal untuk diselamatkan,” kata Macchiagodena.

“Satu siasatan akan dilakukan mengenai bagaimana topi keledarnya boleh tercabut,” kata Pengarah Perlumbaan MotoGP, Paul Butler yang menjawab pertanyaan wartawan mengenai insiden itu.

Tq

Sumber Dari:
Harian Metro & Sinar Harian

Saturday, October 22, 2011

Takwaan Dinilai Berdasarkan Iman

TAKWA dari segi bahasa bermaksud kawalan, benteng, penjagaan dan berusaha untuk menjauhkan kemudaratan supaya manusia mencapai kejayaan dan keselamatan.


Dari segi istilah ia memberi maksud yang pelbagai antaranya menurut Mu'jam Alfaz al-Quran al-Karim, takwa bermaksud 'takut kepada azab Allah dengan melaksanakan segala ketaatan dan menjauhkan segala larangan-Nya'. Terdapat banyak ayat al-Quran menyebut berkaitan takwa, antaranya ialah firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan kepada Aku sahaja hendaklah kamu bertakwa” (Surah al-Baqarah : 41)

Dalam ayat yang lain, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan peliharalah diri kamu dari huru hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah.” (Surah al-Baqarah : 281).

Perkataan ‘peliharalah’ adalah terjemahan kepada perkataan takwa. Kedua-dua ayat di atas membawa perkataan takwa kepada maksud takut dan gentar.

Dalam Surah Ali Imran ayat 102, Allah S.W.T berfirman maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam”.
Ayat ini sering diperingatkan kepada kaum Muslimin dalam khutbah Jumaat. Ibn Abbas menghuraikan takwa dalam ayat ini dengan maksud melakukan ketaatan dan ibadah kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

Takwa mengandungi dua unsur utama iaitu:

i. Unsur kejiwaan, roh dan hati nurani, iaitu ketulusan hati, keikhlasan beramal hanya kerana Allah selepas tertanamnya iman, melafazkan dua kalimah syahadah dan pengiktirafan bahawa pengabdian diri dan ketuanan hanya bagi Allah Pemilik Sekalian Alam.

ii. Unsur amali, perlakuan dan segala yang zahir iaitu iltizam dengan syarak, melaksanakan semua hukum syarak, khususnya menunaikan perkara wajib, mempraktikkan segala suruhan, meninggalkan yang haram dan menjauhi yang dilarang.

Gambaran takwa semuanya menghindari daripada sifat keji iaitu kepura-puraan, bohong, tipu, khianat, penyelewengan, adu domba, umpat keji dan segala perlakuan mazmumah. Hanya syarak yang menjadi pengukur setiap amalan dan penerimaannya. Ia juga neraca kepada tingkah laku dan kejayaan.

Iman mempunyai pelbagai darjat dan kedudukan. Begitu juga amal seseorang, berbeza-beza tingkatannya antara satu sama lain. Oleh itu, nilai ketakwaan juga turut berbeza mengikut keadaan dan kedudukan seseorang. Natijah daripada kelainan ini turut membezakan penilaian hukum syarak terhadap tiap darjat takwa yang dimiliki oleh seseorang itu.

Takwa terbahagi kepada empat tingkatan iaitu :

i. Takwa daripada perbuatan syirik;

ii. Takwa daripada perbuatan bid’ah;

iii. Takwa daripada perbuatan maksiat;

iv. Takwa daripada berlebih-lebihan dalam perkara halal.

Tiga peringkat takwa paling atas dinyatakan serentak dalam satu ayat al-Quran yang bermaksud: “Tidak ada dosa bagi orang yang beriman serta mengerjakan amal yang salih pada apa yang mereka telah makan dahulu apabila mereka bertakwa dan beriman, serta mengerjakan amalan yang salih, kemudian mereka tetap bertakwa dan berbuat kebajikan kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”. (Surah al-Maidah : 93).

Takwa yang berserta dengan iman akan mencegah daripada berlakunya perbuatan syirik. Sedangkan iman yang berserta tauhid akan membina ibadah yang menjadi tunjang utama dalam kehidupan. Takwa yang berserta iman akan mencegah berlakunya perkara bid’ah. Keimanan yang sedemikian adalah yang berpegang teguh dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Takwa yang berserta iman juga akan mencegah daripada berlakunya dosa-dosa kecil. Berpegang dengan takwa, iman dan tauhid akan mencetuskan ihsan, iaitu akan tertegaknya segala ketaatan dan istiqamah atas asas takwa.

Takwa dengan maksud menjauhi perbuatan berlebih-lebihan dalam perkara halal ada diterangkan oleh Imam al-Ghazali ‘dinamakan sesuatu golongan itu sebagai orang yang bertakwa adalah kerana mereka meninggalkan perkara yang harus, bimbang akan mendatangkan sesuatu yang tidak baik atas diri mereka.’

Dalam satu riwayat, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ‘seseorang itu tidak akan mencapai darjah takwa yang sebenar, sehingga mereka boleh meninggalkan perkara yang harus kerana bimbang akan mendatangkan sesuatu yang tidak baik kepada mereka’.

Takwa yang bermaksud meninggalkan sesuatu perkara kerana bimbang ia akan memudaratkan agama terbahagi kepada dua iaitu:

i. Haram semata-mata;

ii. Berlebih-lebihan di dalam perkara halal.

Ini adalah kerana apabila seseorang melakukan perbuatan berlebih-lebihan dalam perkara halal, ia akan menjerumuskan si pelakunya kepada perbuatan haram. Larangan melakukan perbuatan haram itu kerana ia lahir daripada runtunan hawa nafsu yang keji.

Oleh itu sesiapa yang ingin melihat agamanya terpelihara, maka hendaklah ia menjauhi yang haram dan meninggalkan perbuatan berlebih-lebihan dalam perkara halal kerana dikhuatiri akan terjatuh dalam perbuatan yang haram”.

Hukum takwa ada dua saja iaitu wajib dan sunat. Wajib dalam konteks memelihara diri daripada syirik, bid’ah dan perkara yang diharamkan Allah. Begitu juga wajib hukumnya memelihara dan membersihkan hati daripada kejahatan dan dosa yang belum pernah dilakukan. Hal ini memerlukan azam dan tekad untuk meninggalkannya. Akhirnya kekuatan yang menolak perbuatan dosa itu akan menjadi benteng dan perisai yang memelihara setiap individu daripada segala mungkar.

Takwa dalam konteks hukumnya sunat bermaksud meninggalkan larangan Allah yang bertujuan untuk membentuk adab dan pekerti mulia seperti menjauhi daripada berlebih-lebihan dalam perkara halal dan yang harus. Apabila jelas kelihatan setiap perkara yang harus itu boleh membawa kepada syubhat, maka adalah lebih utama untuk ditinggalkan. Perbuatan itu dianggap baik dan berpekerti mulia.

Takwa yang letaknya dalam hati berperanan besar dalam memastikan individu Muslim sentiasa dalam kepatuhan dan ketaatan kepada Allah SWT. Segala aktiviti hariannya tertumpu hanya kepada Allah. Penumpuan terarah ini pasti menjadikannya lebih berdisiplin kerana meyakini tiada suatu pun perbuatan yang cuba disembunyikan namun dalam pengetahuan-Nya.

Piala Malaysia: Terengganu Vs Selangor - Peteh Ganu Peteh

KEMENANGAN 2-0 ke atas Selangor di Shah Alam, Selasa lalu meletakan Sang Penyu dalam keadaan selesa untuk beraksi di pentas final sejak kali terakhir melakukannya pada 2001 setelah menumpaskan Perak, 1-0 pada perlawanan akhir.

Namun seperti biasa Ketua Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti tetap mahukan anak buahnya itu tampil beraksi di gelanggang sendiri dengan semangat juang tinggi sama seperti ketika menewaskan Gergasi Merah pada perlawanan pertama.

Bagi Irfan kelebihan dua gol belum tentu lagi menjamin slot final untuk juara Piala FA 2011 kerana percaya Selangor akan bangkit memberi tentangan hebat hingga wisel penamat.

Beliau juga mengingatkan pemainnya supaya melupakan kejayaan lalu sebaliknya memfokuskan sepenuh perhatian pada peringkat separuh akhir berkenaan.

Penyokong Penyu pastinya mahu peledak berbisa mereka, Manaf Mamat yang menyenyapkan kira-kira 30,000 penyokong setia merah kuning pada malam Rabu baru-baru ini dibantu Abdul Hadi Yahya terus memastikan gawang Selangor terus bocor.

Keampuhan bahagian pertahanan diterajui Marzuki Yusof (Kapten), Mohd Helmi Remeli, Mohd Zubir Azmi dan Ronny Harun pastinya akan dituntut penyokong negeri berkenaan.

Bahagian tengah yang selama ini mempamerkan prestasi terbaik hasil kombinasi Ismail Faruqi Asha’ri dan Joseph Kalang Tie akan menjadi penentu jentera peledak mampu menjaringkan gol atau tidak pada malam ini.

Namun, pastinya Mohd Sharbinee akan dipaksa bekerja keras sepanjang 90 minit untuk memastikan gawangnya tidak bolos serangan jentera penyudah Selangor.

FAKTA

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)

Gelaran: Sang Penyu

Gelanggang: Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium,

Kuala Terengganu

(Kapasiti: 50,000)

Pengurus: Datuk Che Mat Jusoh

Ketua Jurulatih: Irfan Bakti Abu Salim

Pencapaian Piala Malaysia

Juara : 2001

Naib juara: 1973, 1982 dan 1998



Barisan kemungkinan

25 Sharbinee Allawee Ramli

21 Helmi Remeli

17 Marzuki Yusof (Kapten)

16 Zubir Azmi

11 Ronny Harun

10 Ismail Faruqi Asha’ri

12 Joseph Kalang Tie

19 Shafuan Adli Shaari

22 Ashaari Shamsuddin

20 Abdul Manaf Mamat

14 Abdul Hadi Yahya


Laluan Piala Malaysia

Naib Juara Kumpulan B

Sime Darby (3-0, 1-0)

PKNS (3-2, 1-0)

Negeri Sembilan (0-1, (0-0)


Laluan ke Separuh Akhir

Kelantan (3-1, 2-2)

(Terengganu layak agregat 5-3)

7 perangai pelik dan unik Muammar Gaddafi


TRIPOLI: Muammar Gaddafi yang memerintah Libya selama 42 tahun kini menjadi sejarah dan bakal dikenang sebagai diktator yang didakwa menaja keganasan di negara luar.
Namun, di sebalik legasi itu, Gaddafi juga akan diingat sebagai tokoh yang suka melakukan perkara pelik.

CARA HIDUP LUAR BIASA...selain sentiasa dikawal sehingga 40 anggota keselamatan khas terdiri daripada anak dara
Laman sesawang ABCNews.com menyenaraikan tujuh keanehan utama yang dilakukan Gaddafi sepertimana berikut :-

  • Khemah kalis peluru: Ketika berada di Tripoli, Gaddafi tinggal dalam kubu dilengkapi dengan rangkaian sistem terowong untuk menyelamatkan diri.


    Apabila berkunjung ke luar negara, tokoh berdarah Badwi itu membawa bersamanya khemah untuk dipasang di tempat difikirkan sesuai.

    Disebabkan set khemah kalis peluru itu terlalu berat, ia terpaksa diangkut menggunakan pesawat berasingan yang mengiringi ke mana saja Gaddafi pergi.

    Untuk menghidupkan suasana padang pasir, dia juga menambat seekor dua unta di luar khemahnya.

  • Pengawal anak dara: Nampaknya pengawal ini tiada ketika mereka sangat diperlukan apabila Gaddafi ditangkap kelmarin, tetapi biasanya tokoh itu dikelilingi 40 anggota terlatih sepanjang masa.

    Digelar sebagai Amazon, pengawal wanita itu dilaporkan semuanya masih dara dan mereka berikrar mempertahankannya sebelum menyertai pasukan berkenaan.

    Dilatih di sebuah pusat latihan wanita, pengawal terbabit dipilih sendiri oleh Gaddafi dan mengenakan mekap, kasut but bertumit tinggi.

  • Jururawat seksi: Selama sedekad, seorang jururawat Ukraine, Galyna Kolotnytska, sering dilihat berada di sisi Gaddafi.

    Digambarkan sebagai mempunyai bentuk badan mengghairahkan, Galyna didakwa seorang daripada pembantu paling dipercayai Gaddafi dan dipercayai menjalin hubungan romantik dengan diktator terbabit.

    Sejumlah jururawat Ukraine turut berkhidmat untuk Gaddafi dan mereka memanggilnya dengan gelaran “papa” atau “daddy”.

  • Jatuh hati kepada Condoleezza Rice: Pada 2007, Gaddafi menggelar bekas Setiausaha Negara AS itu sebagai “wanita kulit hitam Afrika yang dikasihi.”

    Ketika Condoleezza melawat Tripoli pada 2008, Gaddafi memberikan pelbagai hadiah bernilai AS$200,000 (RM629,880), termasuk cincin.

    Bagaimanapun, minatnya kepada wanita itu hanya terbongkar selepas pemberontak menawan Tripoli.

    Antara barangan yang ditemui di situ, satu album mengandungi puluhan gambar Condoleezza.

  • Takut menaiki pesawat dan lif: Antara alasan Gaddafi gemar membawa bersamanya khemah jika ke tempat lain adalah kerana bimbang terpaksa menggunakan lif untuk menginap di hotel.

    Melalui kabel diplomatik yang bocor, Gaddafi juga tidak suka berada di tempat tinggi dan enggan terbang lebih dari lapan jam.

    Jika perlu menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gaddafi akan singgah bermalam di Portugal.

    Had maksimum anak tangga yang mahu dinaikinya hanyalah 35 langkah.

  • Bunga Bunga: Pada 2010, satu daripada aktiviti masa lapang Gaddafi didedahkan melalui laporan pendakwa Itali yang menyiasat salah laku Perdana Menteri Silvio Berlusconi.

    Menurut laporan, pelacur berusia 17 tahun yang dilanggan Berlusconi, Karima el-Magroug, mendakwa Perdana Menteri Itali itu mengaku “menggunakan formula Gaddafi” ketika mereka berfoya-foya.

  • Pakaian aneh: Ketika pemimpin negara berbaris untuk bergambar bersama, amat mudah mengenali Gaddafi kerana pemilihan pakaiannya yang berbeza daripada yang lain.

    Biasanya, Gaddafi mengenakan pakaian khas yang direka hasil gabungan di antara seragam tentera yang diubah suai dengan tradisi Badwi Afrika.

  • Tq

    Sumber Dari:-
    ABC & Harian Metro

    Friday, October 21, 2011

    Video Nyawa Gaddafi berakhir Ditangan Pemberontak...

    Video dibawahni adalah sejarah perjalanan hidup Gaddafi dari beliau melakukan rampasan kuasa hingga bagaimana dia dibunuh kejam Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi meninggal dunia akibat kecederaan parah, semalam, semasa pemberontak melancarkan serangan ke atas bandar kelahirannya di Sirte, Libya, sekali gus menandakan pengakhiran rampasan kuasa berdarah yang bermula di negara itu lapan bulan lalu. Kematiannya disahkan Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC), Mahmoud Jibril dan disertai penyiaran gambar Gaddafi yang berlumuran darah oleh stesen televisyen Libya.Mayat Gaddafi yang diheret pemberontak di atas jalan raya selepas kematiannya.

    Samun Van Rokok Di masjid


    21 Okt 2011, PULAU PANJANG Jerteh, Besut.
    Penyamun kini tidak berhati perut, sehingga kawasan masjid dijadikan port kegiatan samun.

    Terbaru, seorang pemandu van rokok, Othman Mamat, 44, turut menghadapi detik cemas apabila dia dan rakannya disamun sekumpulan perompak di pekarangan Masjid Pulau Panjang dekat Gong Nering, Jertih pukul 1.50 petang kelmarin 20 Okt 2011.

    Menurut Othman, kejadian berlaku ketika dia ingin menjamah nasi, namun secara tiba-tiba dia dan rakannya didatangi lelaki tidak dikenali di tepi pintu van lalu menghantukkan kepalanya ke stereng van.

    “Selesai solat Zohor di masjid, saya ingin menjamah nasi bungkus dalam van yang dipandu dengan membawa muatan pelbagai jenis rokok yang diletakkan di sudut belakang masjid. Turut bersama sebuah lagi van dipandu rakan saya.

    “Suspek mengarahkan saya menyerahkan wang. Dia beritahu ‘mu jangan lawe, mana duit, mana duit’, sebelum rakan-rakannya, kalau tidak silap seramai tujuh lelaki juga berpakaian gelap sepertinya datang berhampiran saya,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Jertih petang kelmarin.
    Othman Mamat, 44, membuat laporan polis

    Menurut Othman, suspek berpakaian hitam tanpa menutup muka kemudian bertindak mengambil wang tunai hasil jualan rokok di dalam laci papan pemuka van dipandunya sebanyak RM3,000 dan tunai RM14,000 miliknya yang disimpan di dalam beg galas.

    Dia yang tinggal di Kampung Padang Landak, Jertih, berkata wang RM14,000 itu dirancang dimasukkan ke dalam bank sebaik dia selesai bertugas, bagaimanapun dia berputih mata apabila disamun kumpulan terbabit.

    “Suspek turut melarikan rokok bernilai RM23,175 dan seutas jam tangan jenis Rado milik saya bernilai RM5,000 serta semua dokumen penting.

    “Suspek ketika itu menutup mata saya dengan pelekat hitam dan mengikat tangan pemandu van, sebelum menolak kami masuk ke dalam kereta. Tetapi saya melawan menyebabkan semua penjenayah meninggalkan kami di situ,” katanya.

    Menurutnya, sebaik membuka ikatan, dia sempat melihat kelibat dua kereta dinaiki suspek iaitu sebuah kereta Proton Perdana manakala sebuah lagi Proton Waja memecut ke arah jalan utama.

    Othman berkata, dia segera melepaskan rakannya, Azmi Mat Ali, 43 yang diikat dan dikurung dalam keadaan tangan berikat serta mata ditutup di belakang sebuah lagi van yang berada berdekatan van dipandunya.

    Sementara itu, Azmi berkata, perompak berjaya melarikan kesemua 298 kartun rokok bernilai RM27,810 dari van yang dipandunya dan seunit telefon bimbit miliknya.

    “Mujurlah kami tidak dicederakan, tetapi hanya dikurung di bahagian belakang van dalam keadaan tangan terikat dan bertutup,” katanya.

    Tq

    Sumber Dari:
    Sinar Harian &
    Penduduk Kg. Pulang Panjang

    Rampasan Kuasa Di Libya :- Muammar Gaddafi Ditembak Mati & Mayatnya Diheret

    Selepas lebih enam bulan berlaku pemberontakan di Libya, rejim Muammar Gaddafi akhirnya tumbang setelah kumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli.

    Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya sewaktu ditangkap berhampiran bandar kelahirannya di Sirte, kata seorang pegawai kanan tentera Majlis Peralihan Nasional (NTC). Pegawai NTC, Abdel Majid sebelum ini dilaporkan berkata  Gaddafi  telah ditangkap dan kedua-dua belah kakinya cedera ketika cuba lari dalam satu konvoi yang diserangkan jet pejuang Nato.
      
    "Dia juga terkena tembakan di kepalanya," kata para pegawai. "Banyak tembakan dilepaskan ke atas kumpulannya dan dia mati.

    Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.

    Menurut Reuters, dalam rakaman yang disiarkan stesen Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.

    Rangkaian televisyen Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.

    NONEAl Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah.

    Pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun itu dilaporkan merayu: "Jangan bunuh saya, anak saya."
    Beliau dilaporkan masih hidup ketika ditangkap tetapi meninggal dunia sejam kemudian.

    Rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin itu sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan.

    Dalam pada itu, AFP pula melaporkan pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita.

    “Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi,” kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu.

    “Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini ... ini adalah masa bagi Libya untuk memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan,” katanya.
    Gaddafi, 69, terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, petang semalam.


    Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.

    Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

    Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdel Majid Mlegata, sebelum itu melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara berkonvoi dalam satu serangan itu.

    NONEBekas pemimpin itu mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya.

    “Ketika ditangkap, dia (Gaddafi) turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya),” kata Mlegata.

    Gambar-gambar merakamkan keadaan pakaiannya berlumuran darah tersebar di Internet.

    Seorang pegawai NTC, Mohamed Abdel Kafi berkata, jenazah Gaddafi dibawa ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan.

    ‘‘Jenazahnya dibawa ke lokasi yang dirahsiakan menggunakan sebuah kenderaan NTC,” kata Mohamed.

    Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut.

    Gaddafi menghadapi penentangan daripada rakyatnya sejak Februari lalu sebelum melarikan diri dari Tripoli setelah ibu negara Libya itu jatuh ke tangan pemberontak dengan bantuan NATO pada Ogos lalu.

    Sejak kejatuhan Tripoli, Gaddafi melarikan dan meneruskan perjuangan untuk kembali berkuasa, manakala sebahagian ahli keluarganya termasuk isteri dan anak perempuannya telah melarikan diri ke Algeria.

    Sebelum ini, anak lelakinya, Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran di Tarhouna, selatan Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu.

    Khamis merupakan komander Briged Elit ke-32 tentera yang dikatakan berjaya menumpaskan pemberontak di timur Benghazi pada Februari lalu.

    Pada 30 April lalu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera NATO di Bab al-Aziziya, Tripoli.



    Susulan daripada peristiwa berdarah ini, Penganalisis bebas, Lipow Andrew, berkata pasaran minyak dijangka akan bertindak balas hari ini dengan mengunjurkan harga yang lebih rendah dalam "tanda lega selepas konflik semakin berakhir."



    Namun, Lipow berkata, ia akan mengambil masa untuk pasaran kembali stabil selepas kenaikan harga yang besar terhasil dari penggantungan eksport minyak Libya sejak pemberontakan bermula pada Februari lalu.

    Minyak diniagakan pada sekitar AS$84 setong dan menokok di atas AS$93 dan terus meningkat tinggi melebihi AS$110 pada akhir April. Permintaan dari pasaran baru muncul termasuk China juga mendorong harga yang semakin meningkat.

    Harga minyak jatuh baru-baru ini bersama stok susulan kebimbangan mengenai ekonomi global.

    Tq

    Sumber Asal Dari
    Malaysiakini & Online Berita

    Tuesday, October 18, 2011

    Kemalangan Ngeri: 19 orang cedera, 9 kenderaan berlanggar


    18 Okt 2011 SEREMBAN –Kemalangan ngeri  Berpunca daripada sebuah kereta terbabas, ia menyebabkan lapan lagi kenderaan terlibat sama dalam kemalangan Jalan Tampin - Seremban, dekat persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Mas, Senawang, di sini, semalam.

    Kesemua lapan kenderaan itu dikatakan sedang berhenti di persimpangan berikutan lampu isyarat merah.

    Kemalangan berlaku berhampiran Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri kira-kira 8.30 pagi menyebabkan laluan kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira tiga kilometer di situ.

    Kemalangan membabitkan tujuh kereta serta masing-masing sebuah van sekolah dan lori, kesemua dari arah Tampin menghala ke pusat bandar.

    Bagaimanapun, daripada 19 mangsa berusia lingkungan 20an hingga 40an yang terlibat, hanya enam melibatkan dua lelaki dan empat wanita dalam cedera dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini, manakala bakinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Seremban, S.Gunaselan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.33 pagi.

    :“Seramai 18 anggota dan pegawai membabitkan tiga jentera bomba dari Balai Bomba Seremban tiba di lokasi kemalangan, sejurus selepas itu.

    “Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan mangsa tersepit di sebuah kereta jenis Mercedes Benz berikutan kereta berkenaan bertindih dengan sebuah Proton Iswara,” katanya.

    Sementara itu, jurucakap polis berkata, kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada Mercedes Benz berkenaan yang dipandu seorang lelaki terbabas ke laluan bertentangan.

    “Akibatnya, Mercedes Benz terbabit melanggar kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut,” katanya.

    Menurutnya, punca kemalangan masih dalam siasatan dan polis masih menunggu pemilik kenderaan terlibat membuat laporan.

    Tq

    Sumber Dari:
    Sinar Harian

    Monday, October 17, 2011

    Datuk M.K Tinggalkan The Red Warriors

    KOTA BAHARU, 17 Okt 2011
    Ketua Jurulatih Kelantan Datuk M.Karathu mengesahkan beliau tidak akan membimbing pasukan The Red Warriors pada musim depan untuk memberi peluang kepada jurulatih lain.

    Karathu berkata sudah tiba masanya beliau bersama keluarga setelah banyak meluangkan masa kepada kerjayanya.

     "Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa, pemain, penyokong dan semua yang lain ketika saya melatih Kelantan selama semusim.

    "Sudah sampai masanya bagi saya memikirkan untuk berehat bersama keluarga yang saya tinggalkan demi karier bola sepak selama ini. Kelantan sangat dekat di hati saya. Terima kasih semua," katanya mengulas haluan baru selepas Kelantan gagal beraksi di peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

    Pada saingan suku akhir Jumaat lepas, Kelantan tewas kepada musuh tradisi iaitu Terengganu, yang juga juara Piala FA, dengan agregat 5-3, sekaligus meranapkan impian mempertahankan kejuaraannya.

    Ketika Karathu bersama Kelantan bagi meneruskan legasi B.Sathianathan, yang juga bekas jurulatih kebangsaan, beliau berjaya membawa The Red Warriors menjuarai Piala Sumbangsih dan Liga Super serta naib johan Piala FA.

    Beliau juga pernah membimbing Kelantan pada 1993 hingga membawa pasukan itu ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia dan Piala FA.

    "Saya berpuas hati dengan dua kemenangan selama semusim ini, walaupun gagal membawa Kelantan ke final Piala Malaysia sekali lagi," katanya yang menafikan menerima tawaran pasukan lain, sebaliknya memberi alasan mahu berehat bersama keluarga.

    Bagaimanapun, Karathu sedia memberikan sumbangan dalam bentuk lain kepada Kelantan, jika diminta berbuat demikian oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

    "Saya dengan Kelantan sudah sebati, dan bersedia pada bila-bila masa untuk membantu Kelantan dalam soal yang lain dan akan datang untuk membantu jika perlu," katanya yang turut meminta KAFA mendapatkan khidmat seorang jurulatih taktikal bagi memantapkan persembahan pemain pasukan itu pada masa depan.

    Mengulas pasukan yang bakal berentap pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Karathu berkata mereka yang mara ke separuh akhir mempunyai kelebihan masing-masing.

    "Mungkin Terengganu dengan Selangor, mungkin juga Negeri Sembilan dan T.Team, dan mungkin juga Terengganu dan T.Team. Semua ada kekuatan tersendiri," katanya.

    Dalam beberapa blog ketika ini, nama bekas jurulatih Kelantan Peter James Butler, antara yang disebut-sebut bakal menggantikan Karathu, namun KAFA dijangka mengumumkan perkara itu tidak lama lagi.

    Sementara itu, Naib Presiden KAFA Rosmadi Ismail yang terkejut apabila dimaklumkan berita tersebut, berkata beliau akur jika benar Karathu berhasrat melepaskan jawatannya.

    "KAFA akan membincangkan peletakan jawatan Karathu, jika benar jurulatih itu mahu melepaskan jawatan dan menghantar surat.

    "Datuk Karathu telah banyak berjasa kepada Kelantan dan kita sangat berpuas hati dengan komitmen beliau," katanya.

    Mengenai Butler, Rosmadi berkata setakat ini, KAFA masih meneliti nama yang bakal disenarai sebagai jurulatih baru.

    TQ

    Sumber Dari:
    Bernama

    Syed Mokhtar: Bagaimana Dia Bermula

    Latar Belakang Syed Mokhtar
    - Umur - 53 tahun
    - Pendidikan - SPM
    - Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
    - Kekayaan -RM1,425 juta
    - Ke 7 terkaya di Malaysia
    - Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
    - Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
    - Kereta - Proton Perdana

     Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

    - Bagaimana sumbangan sosialnya bermula
    Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. 


    Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
    1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

    2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

    3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

    4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

    5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

    6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

    7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

    8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

    9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

    10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

    11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

    12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

     13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah


    14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

    15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

    16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

     17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

    18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

    19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

    20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

    21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

    22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

    23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

    24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

    25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

    26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

    27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

    28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

    29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

    30. ....kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

    31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

    32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

    33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

    34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

    35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

    36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
    37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

    38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

    39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

    40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

    41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

    42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

    43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

    44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

    45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

    46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

    47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

    48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

    49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

    50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

    Untuk Renungan Diri Sendiri & Bersama
    Kepada anak-anak ibu;
    " Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan"
    (Surah Al-Kahfi: Ayat 46)

    TQ
    Sumber Dari:
    Rakan blogger ceritaibu.blogspot.com

    Friday, October 7, 2011

    Analisa Pembentengan Bujet 2012

    7 Okt 2011: 6.00pm :- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

    Belanjawan 2012 dilihat dokumen yang menggariskan strategi kerajaan menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Setelah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan langkah-langkah transformasi politik, pembentangan Belanjawan 2012 dianggap memenuhi keperluan menjayakan hasrat Gagasan 1Malaysia.

    Dewan Rakyat dijadual mula membahaskan Belanjawan 2012 minggu depan.

    INTIPATI BAJET 2012
    Jumlah bajet - RM232.8 bilion
    Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
    Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

    • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
    • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
    • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
    • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.
    1.0 Peruntukan rancakkan pembangunanKerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

    2.0 Kereta hibrid
    Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

    3.0 RM1 bilion untuk sekolahKerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
    RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

    Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

    4.0 FELDA Global Ventures Holdings
    Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

    Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

    RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

    5.0 Yuran sekolah
    Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
    Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

    6.0 Pencen
    Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

    Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

    7.0 Kakitangan awam

    Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
    Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

    8.0 Polis
    RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

    9.0 Keluarga tenteraRM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

    10.0 Subsidi
    Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

    Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
    Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

    Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

    11.0 Skim rumah pertama
    Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

    12.0 Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
    Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

    13.0 Subsidi rumahKerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

    Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

    14.0 Teksi persendirian
    Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

    Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

    Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

    Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

    15.0 Perlindungan kepada gelandangan

    Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

    Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250  dengan Anjung Singgah.

    16.0 Simpanan persaraan - KWSP
    Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

    18.0 Pinjaman TEKUNMenteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

    19.0 Penjawat Awam
    Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

    20.0 Meringankan Kos Sara Hidup
    Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

    Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

    Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

    Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

    21.0 Rancangan Tebatan BanjirKerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

    Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

    Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

    Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

    TQ
    Sumber Dari
    Malaysiakini
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...