As'salammualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia kepada semua..
SANDAKAN - Sepasang suami isteri mati ditikam oleh anak
lelaki mereka di sebuah rumah di Batu 1, Jalan Utara dekat sini, malam
tadi. Dalam kejadian 10.45 malam itu, lelaki berkenaan yang
berusia 31 tahun turut menikam kakaknya. Ketua Polis Daerah Sandakan,
ACP Rowell Marong, berkata mangsa dikenali sebagai Yew Hiap Foh, 70, dan
isterinya Chu Ching Moi, 60, dan kedua-dua mereka mati di tempat
kejadian akibat tikaman di dada.
Katanya, mayat Yew ditemui terbaring di bilik tidur manakala
Chu ditemui terbaring di atas sofa di ruang tamu rumah tersebut. "Kakak mangsa yang berusia 37 tahun mengalami cedera parah
akibat ditikam diperut dan kini dirawat di Hospital Duchees of Kent
Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya di sini hari ini.
Rowell berkata, dari laporan awal yang diterima, lelaki itu
dikatakan naik berang selepas bapanya tidak membenarkan permintaannya
untuk menjual rumah yang mereka diami itu.
Katanya, lelaki itu ingin berbuat demikian untuk
mendapatkan modal berniaga dan dia diberitahu oleh bapanya bahawa nama
pemilikan rumah itu sudah dipindahkan kepada kakaknya.
Beliau berkata, lelaki itu yang bekerja sebagai penanam sayur
sebelum ini pernah mengugut mahu menikam ibu dan bapanya kerana tidak
menunaikan permintaannya itu.
"Lelaki itu melarikan diri selepas kejadian itu dan polis
berjaya menangkapnya selepas dia datang semula ke rumah itu dengan
menaiki sebuah kereta," katanya.
Beliau berkata, sebilah pisau yang dipercayai digunakan
suspek dalam kejadian itu turut ditemui di ruang tamu rumah tersebut.
Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara ke-54 & Hari Malaysia...
Tq
KeluargaKu
Sumber Dari:-
Bernama & Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Baca Sisipan Lain Polok
- Berita Dalam Negara (168)
- Berita Luar Negara (59)
- Sukan Malaysia (47)
- Tazkirah Agama (25)
- Sukan Luar Negara (21)
- Apeke Jadah Semuani (18)
- KAFA The Red Warrior (17)
- Pelik Tapi Benar (17)
- Info Kesihatan (9)
- Aktiviti keluarga (8)
- Politik Semasa (7)
- CUTI UMUM (1)
- Puisi Puitis (1)
No comments:
Post a Comment