Sunday, June 17, 2012

RESEPI BUAT KELUARGA : AYAM PERCIK PUTIH

Sebenarnya masakan ini dibuat semalam..menunaikan permintaan ahli keluarga yang teringin masakan ini. Sejak belajar dengan ibu mertua tentang cara masak ayam percik ini...baru 2 kali ku cuba buat. Syukur menjadi dan menepati selera kami. Ayam percik ini sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi kerabu. Kalu nak ratah macam tu pun boleh...ada yang bakar ayam dahulu kemudian masak kuah asing. Saya lebih suka campur kesemua bahan dan kemudian ayam dibakar. Lebihan kuah yang tinggal dicampur dengan bancuhan tepung gandum untuk memekatkannya. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Di bawah resepi masakan untuk dikongsi..

Bahan bahan :
 
1 ekor Ayam ( dibelah 4 atau ketul 12 )
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 asam keping
Garam dan gula
1 cawan santan pekat
1 batang serai
1 sudu kecil serbuk lada sulah 
1 sudu bancuhan tepung gandum @ tepung jagung.

Cara-cara :
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serbuk lada sulah. 
  2. Ayam diperap dengan bahan yang dikisar. Dibiarkan untuk seketika.
  3. Kemudian, rebus sahaja atas api perlahan ( atau boleh juga dikukus atau dibakar terus. Susun dalam pemanggang dan bakar atas dapur arang).
  4. Tambahkan santan. Masak hingga pekat. Masukkan garam, gula dan asam keping.
  5. Apabila ayam tadi dilihat separuh masak, bakar atas pemanggang atau dengan dapur arang.
  6. Sambil2 tu boleh tambah lagi kuah untuk dipercikkan supaya ia meresap ke dalam ayam.
  7. Baki lebihan kuah dipekatkan dengan bancuhan tepung gandum atau tepung jagung.
  8. Ayam yang sudah siap dibakar, dihidangkan dengan kuah dan dimakan dengan nasi. 
Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...