Thursday, December 16, 2010

Berita Baik Untuk Usahawan Bumiputera

RM496.4j bantu usahawan bumiputera

16/12/2010 3:38pm KUALA LUMPUR - SME Bank meluluskan bantuan pembiayaan berjumlah RM496.4 juta kepada usahawan bumiputera tahun ini, kata Timbalan

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, ia melibatkan usahawan dalam sektor perkilangan, sumber asas (minyak dan gas), asas agro (termasuk makanan), perkidmatan dan teknologi hijau.

Katanya, jumlah itu adalah sebahagian daripada RM3.6 bilion yang dibelanjakan kementerian melalui bank berkenaan bagi melaksanakan lebih 20 program pembiayaan di bawah pelbagai dana khas pada kadar kompetetif.

"Bantuan pembiayaan yang disalurkan oleh SME Bank adalah dalam bentuk pinjaman bagi membiayai modal kerja serta pembelian aset seperti mesin dan peralatan, kenderaan komersial dan kilang," katanya.

Mukhriz berkata, bagi tempoh 2002 hingga November tahun ini, 466 syarikat pengeksport Bumiputera menerima faedah daripada Geran Pembangunan Pasaran (MDG) berjumlah RM60 juta. - Bernama

Coretan KeluargaKu

Sumber Dari Kosmo.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...