KARATHU (kiri) memerhatikan anak didik menjalani latihan sebagai persiapan menentang T-Team di Kuala Terengganu, malam ini. |
Pada aksi pusingan pertama kalah mati saingan bola sepak Piala FA 18 Februari lalu, Kelantan mengetepikan perjuangan T-Team menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 setelah kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 sehingga ke masa tambahan.
Mampukah anak buah Yunus Alif itu menyekat kemaraan pemain Kelantan yang diterajui penyerang berbisa kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dan S Chanturu yang cukup hebat apabila berada dalam kawasan kotak penalti lawan.
Perlawanan sengit itu dijangka berlangsung jam 8.45 malam ini.
No comments:
Post a Comment