Thursday, May 5, 2011

8,196 Penjawat Awam Tidak Hadir Bertugas Sepanjang Dua Tahun Lepas

PUTRAJAYA, 4 Mei 2011
Mengejutkan!!!!
Seramai 8,196 penjawat awam tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab munasabah sepanjang dua tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata secara purata bagi tempoh itu, kes ketidahadiran bertugas adalah kira-kira 40 peratus daripada kesalahan tatatertib yang dikenakan hukuman lucut hak emolumen, buang kerja, denda dan amaran.

Pada tahun lepas, jumlah kes yang direkodkan ialah 4,777 kes, iaitu 1,971 kes bagi tidak hadir bertugas (41.3 peratus) manakala kes kesalahan lain pula sebanyak 2,806 kes (58.7 peratus), katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku terbitan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertajuk 'Kerusi Bersawang-Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib Tidak Hadir Bertugas, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Menurutnya sebanyak 3,419 kes difailkan pada 2009 yang dikategorikan dalam "Kerusi Bersawang" iaitu 1,078 kes tidak hadir bertugas dan 2,341 kes bagi kesalahan lain.

Sementara itu, Nazri berkata buku itu akan menjadi panduan umum kepada jabatan dan agensi dalam menguruskan kes-kes ketidakhadiran bertugas terutamanya dalam memutuskan hukuman yang sesuai berdasarkan bilangan hari pegawai tidak hadir bertugas.

Sumber:
BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...