KEMENANGAN 2-0 ke atas Selangor di Shah Alam, Selasa lalu meletakan Sang
Penyu dalam keadaan selesa untuk beraksi di pentas final sejak kali
terakhir melakukannya pada 2001 setelah menumpaskan Perak, 1-0 pada
perlawanan akhir.
Namun seperti biasa Ketua Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti tetap
mahukan anak buahnya itu tampil beraksi di gelanggang sendiri dengan
semangat juang tinggi sama seperti ketika menewaskan Gergasi Merah pada
perlawanan pertama.
Bagi Irfan kelebihan dua gol belum tentu lagi menjamin slot
final untuk juara Piala FA 2011 kerana percaya Selangor akan bangkit
memberi tentangan hebat hingga wisel penamat.
Beliau juga mengingatkan pemainnya supaya melupakan kejayaan
lalu sebaliknya memfokuskan sepenuh perhatian pada peringkat separuh
akhir berkenaan.
Penyokong Penyu pastinya mahu peledak berbisa mereka, Manaf
Mamat yang menyenyapkan kira-kira 30,000 penyokong setia merah kuning
pada malam Rabu baru-baru ini dibantu Abdul Hadi Yahya terus memastikan
gawang Selangor terus bocor.
Keampuhan bahagian pertahanan diterajui Marzuki Yusof (Kapten),
Mohd Helmi Remeli, Mohd Zubir Azmi dan Ronny Harun pastinya akan
dituntut penyokong negeri berkenaan.
Bahagian tengah yang selama ini mempamerkan prestasi terbaik
hasil kombinasi Ismail Faruqi Asha’ri dan Joseph Kalang Tie akan menjadi
penentu jentera peledak mampu menjaringkan gol atau tidak pada malam
ini.
Namun, pastinya Mohd Sharbinee akan dipaksa bekerja keras
sepanjang 90 minit untuk memastikan gawangnya tidak bolos serangan
jentera penyudah Selangor.
FAKTA
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)
Gelaran: Sang Penyu
Gelanggang: Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium,
Kuala Terengganu
(Kapasiti: 50,000)
Pengurus: Datuk Che Mat Jusoh
Ketua Jurulatih: Irfan Bakti Abu Salim
Pencapaian Piala Malaysia
Juara : 2001
Naib juara: 1973, 1982 dan 1998
Barisan kemungkinan
25 Sharbinee Allawee Ramli
21 Helmi Remeli
17 Marzuki Yusof (Kapten)
16 Zubir Azmi
11 Ronny Harun
10 Ismail Faruqi Asha’ri
12 Joseph Kalang Tie
19 Shafuan Adli Shaari
22 Ashaari Shamsuddin
20 Abdul Manaf Mamat
14 Abdul Hadi Yahya
Laluan Piala Malaysia
Naib Juara Kumpulan B
Sime Darby (3-0, 1-0)
PKNS (3-2, 1-0)
Negeri Sembilan (0-1, (0-0)
Laluan ke Separuh Akhir
Kelantan (3-1, 2-2)
(Terengganu layak agregat 5-3)
No comments:
Post a Comment