- Umur - 53 tahun
- Pendidikan - SPM
- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta - Proton Perdana
Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula
Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan.
Dari situ bermulalah pembentukan
peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok.
Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya
mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal
berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi
orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi
masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang
dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah
biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama
sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa
pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi
tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya.
Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain
tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang
kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka
(bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang
kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan
mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah.
Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena
maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya
tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar
dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang
perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena
tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia,
ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi
kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur
dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana
?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada
status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena
turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui
kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh
ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah
mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang
Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang
Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai
diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka
marah
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain.
Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah.
Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta
sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya
dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya
boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini
sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana
tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil
hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa
!
16. Saya ada emotional attachment kepada agama,
bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting.
Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya
malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya.
Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira
siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain.
Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa
yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu.
Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini
yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat
keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya
itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai.
Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini
untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya
perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan
melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan
perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri
masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya
semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak
tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu
semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa
pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah
kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri
kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang
tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya
tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada
RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang
menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan
diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu
selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak
hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu
bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi
sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya
balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak
ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini
kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal
asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal
dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan
badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan
tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau
hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada
apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada
berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya
dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat
anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan.
Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak
boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada
jiran-jiran yang perlukan bantuan .
30. ....kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan
jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf,
beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu
mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana
itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk
saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki.
Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara
yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun
seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan,
Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh
tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan
jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita
susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang
kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke
kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang
fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya
biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta
nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini
saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau
saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil
alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh
berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan
oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita
berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita.
Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu
berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja
kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam
saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak
boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara
yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan
rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan
rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu
matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri
sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam
diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial)
semuanya bermula daripada didikan orang tua saya
sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan
buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru
hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun
tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu
beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak
ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus
peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak
boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak
buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal
terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh
pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh
pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang
lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana
perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri
orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu
yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih
daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum
berjalan lagi.
50. Saya rasa kita terlalu banyak
ketinggalan.
Untuk Renungan Diri Sendiri & Bersama
Kepada anak-anak ibu;
" Harta benda dan anak pinak itu ialah
perhiasan di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada
sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi
harapan"
(Surah Al-Kahfi: Ayat 46)
TQ
Sumber Dari:
Rakan blogger ceritaibu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment