18 Okt 2011 SEREMBAN –Kemalangan ngeri Berpunca daripada sebuah kereta terbabas, ia menyebabkan lapan lagi kenderaan terlibat sama dalam kemalangan Jalan Tampin - Seremban, dekat persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Mas, Senawang, di sini, semalam.
Kesemua lapan kenderaan itu dikatakan sedang berhenti di persimpangan berikutan lampu isyarat merah.
Kemalangan berlaku berhampiran Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri kira-kira 8.30 pagi menyebabkan laluan kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira tiga kilometer di situ.
Kemalangan membabitkan tujuh kereta serta masing-masing sebuah van sekolah dan lori, kesemua dari arah Tampin menghala ke pusat bandar.
Bagaimanapun, daripada 19 mangsa berusia lingkungan 20an hingga 40an yang terlibat, hanya enam melibatkan dua lelaki dan empat wanita dalam cedera dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini, manakala bakinya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Seremban, S.Gunaselan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.33 pagi.
:“Seramai 18 anggota dan pegawai membabitkan tiga jentera bomba dari Balai Bomba Seremban tiba di lokasi kemalangan, sejurus selepas itu.
“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan mangsa tersepit di sebuah kereta jenis Mercedes Benz berikutan kereta berkenaan bertindih dengan sebuah Proton Iswara,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada Mercedes Benz berkenaan yang dipandu seorang lelaki terbabas ke laluan bertentangan.
“Akibatnya, Mercedes Benz terbabit melanggar kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut,” katanya.
Menurutnya, punca kemalangan masih dalam siasatan dan polis masih menunggu pemilik kenderaan terlibat membuat laporan.
Tq
Sumber Dari:
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment