Selepas lebih enam bulan berlaku pemberontakan di Libya, rejim Muammar
Gaddafi akhirnya tumbang setelah kumpulan pemberontak berjaya menawan
hampir seluruh bandar Tripoli.
Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi meninggal dunia akibat
kecederaan yang dialaminya sewaktu ditangkap berhampiran bandar
kelahirannya di Sirte, kata seorang pegawai kanan tentera Majlis
Peralihan Nasional (NTC). Pegawai NTC, Abdel Majid sebelum ini
dilaporkan berkata Gaddafi telah ditangkap dan kedua-dua belah kakinya
cedera ketika cuba lari dalam satu konvoi yang diserangkan jet pejuang
Nato.
"Dia juga terkena tembakan di kepalanya," kata para pegawai. "Banyak tembakan dilepaskan ke atas kumpulannya dan dia mati."
Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas
pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan
dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.
Menurut Reuters, dalam rakaman yang disiarkan stesen Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.
Rangkaian televisyen Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.
Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah.

Pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun itu dilaporkan merayu: "Jangan bunuh saya, anak saya."
Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.
“Ketika ditangkap, dia (Gaddafi) turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya),” kata Mlegata.
Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut.
Sebelum ini, anak lelakinya, Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran di Tarhouna, selatan Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu.
Pada 30 April lalu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera NATO di Bab al-Aziziya, Tripoli.
Beliau dilaporkan masih hidup ketika ditangkap tetapi meninggal dunia sejam kemudian.
Rakyat
Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin itu sebelum berarak
membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah
kenderaan.
Dalam pada itu, AFP pula melaporkan pemimpin
kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan
pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian
Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril
kepada pemberita.
“Abdel Jalil akan muncul hari ini atau
selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan
mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi,” kata orang
nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu.
“Dengan
pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah
dihapuskan dari negara tercinta ini ... ini adalah masa bagi Libya untuk
memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu
masa depan,” katanya.
Gaddafi,
69, terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu
oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)
berhampiran bandar Sirte, petang semalam.
Kematiannya
menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri
setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.
Pegawai
Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdel Majid Mlegata, sebelum itu
melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara
berkonvoi dalam satu serangan itu.
Bekas pemimpin itu mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya.
“Ketika ditangkap, dia (Gaddafi) turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya),” kata Mlegata.
Gambar-gambar merakamkan keadaan pakaiannya berlumuran darah tersebar di Internet.
Seorang pegawai NTC, Mohamed Abdel Kafi berkata, jenazah Gaddafi dibawa ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan.
‘‘Jenazahnya dibawa ke lokasi yang dirahsiakan menggunakan sebuah kenderaan NTC,” kata Mohamed.
Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut.
Gaddafi
menghadapi penentangan daripada rakyatnya sejak Februari lalu sebelum
melarikan diri dari Tripoli setelah ibu negara Libya itu jatuh ke tangan
pemberontak dengan bantuan NATO pada Ogos lalu.
Sejak kejatuhan
Tripoli, Gaddafi melarikan dan meneruskan perjuangan untuk kembali
berkuasa, manakala sebahagian ahli keluarganya termasuk isteri dan anak
perempuannya telah melarikan diri ke Algeria.
Sebelum ini, anak lelakinya, Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran di Tarhouna, selatan Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu.
Khamis
merupakan komander Briged Elit ke-32 tentera yang dikatakan berjaya
menumpaskan pemberontak di timur Benghazi pada Februari lalu.
Pada 30 April lalu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera NATO di Bab al-Aziziya, Tripoli.
Susulan daripada peristiwa berdarah ini, Penganalisis bebas, Lipow Andrew, berkata pasaran minyak dijangka akan bertindak balas hari ini dengan mengunjurkan harga yang lebih rendah dalam "tanda lega selepas konflik semakin berakhir."
Namun, Lipow berkata, ia akan mengambil masa untuk pasaran kembali stabil selepas kenaikan harga yang besar terhasil dari penggantungan eksport minyak Libya sejak pemberontakan bermula pada Februari lalu.
Minyak diniagakan pada sekitar AS$84 setong dan menokok di atas AS$93 dan terus meningkat tinggi melebihi AS$110 pada akhir April. Permintaan dari pasaran baru muncul termasuk China juga mendorong harga yang semakin meningkat.
Harga minyak jatuh baru-baru ini bersama stok susulan kebimbangan mengenai ekonomi global.
Tq
No comments:
Post a Comment