Friday, November 25, 2011

BANJIR DI HULU BESUT:- BOAT BAWA MB TERENGGANU HANYUT

Hulu Besut, Terengganu, November 24, 2011: Keadaan banjir di daerah ini semakin buruk semalam dengan jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada lebih 690 orang berbanding 197 orang kelmarin.

Pegawai Daerah Besut, Ab Rahim Jusoh berkata, jumlah terbabit melibatkan lebih 150 keluarga membabitkan kawasan Hulu Besut, Jabi, Kota Putera dan Jertih.

Menurutnya, sebanyak 14 pusat pemindahan banjir dibuka sehingga jam 8 malam semalam dan jumlah mangsa teramai adalah di Hulu Besut membabitkan 583 orang di lapan pusat pemindahan.

“Mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan Masjid Kampung La mencatatkan jumlah teramai iaitu sebanyak 72 keluarga (283 Orang) berikutan kawasan rumah mereka dinaiki air sehingga dua meter akibat air Sungai Besut melepasi tebing berikutan hujan lebat,” katanya.


MB Terengganu sedang Memasak Sardin Untuk Santapan Mangsa Banjir
Beliau berkata ketika mengiringi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di kawasan Hulu Besut semalam.

Sementara itu jalan menghubungkan Pasir Akar ke Keruak terputus beberapa jalan ditenggelami air antaranya di Bekok, Gertak Jerebun dan Kampung La.

Sementara itu Ahmad melawat beberapa pusat perpindahan iaitu di Masjid Kampung La, Dewan Serbaguna Keruak dan Dewan Masjid Keruak.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad dan Adun Jabi, Ramlan Ali.

Rombongan dibawa dengan menaiki lori Pejabat Daerah Besut, Majlis Daerah Besut dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sehingga ke Kampung La sebelum menaiki bot ke pusat pemindahan di Kampung La selain turut menaiki jentolak (sawa).

Ahmad dan beberapa wakil rakyat yang menaiki bot turut cemas apabila bot yang dinaiki mereka dihanyutkan arus di Kampung La manakala ketika perjalanan balik jentolak yang hampir tenggelam mengalami kerosakan enjin menyebabkan Ahmad termasuk wakil media dipindahkan ke dalam bot JPAM.

OKU gembira terima kunjungan MB

Sementara itu, seramai lima orang kurang upaya (OKU) yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir Masjid Kampung La gembira kerana menerima kunjungan pemimpin negeri untuk melihat keadaan mangsa di pusat pemindahan di sini.

Pasangan cacat penglihatan, Mek Long Salim, 79, dan suaminya Hassan Awang, 69, yang berpindah ke pusat itu sejak kelmarin gembira apabila dikunjungi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Menurut Mek Long, lawatan pemimpin dapat mengurangkan sedikit kesedihan yang dialami setelah terpaksa berpindah apabila rumahnya dinaiki air.

“Penduduk kampung membantu memindahkan kami ke sini dan setiap tahun kami terpaksa berpindah. Saya hanya bawa keperluan penting sahaja ,” katanya.

Pasangan kembar seiras OKU, Zamzuri Mohamad dan Zamri, 30, tahun yang mengalami masalah cacat anggota sejak kecil dan batuk kering akur walaupun terpaksa tinggal bersama mangsa lain di pusat pemindahan itu.

Menurutnya, mereka dibantu ibu bapanya untuk dipindahkan ke pusat itu memandangkan mereka berdua tidak dapat berjalan.

“Kami di sini tidak menghadapi masalah kerana bekalan mencukupi cuma sebagai OKU memang saya susah sikitlah untuk bergerak tetapi ramai yang membantu,” katanya.

Sumber Dari:
Sinar Harian

JAMBATAN KG.KUAU RUNTUH! DETIK-DETIK CEMAS POK NIK MAHMUD


BACHOK: “Mulanya saya terdengar bunyi seperti letupan sebelum jambatan bergegar dan runtuh. Saya tidak sempat berbuat apa-apa dan terjatuh dalam sungai,” kata warga emas, Nik Mahmud Nik Hassan, 68, yang nyaris maut selepas sebuah jambatan di Kampung Kuau, Perupok, dekat sini, runtuh, semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berada di atas jambatan melihat arus deras sungai sebelum jambatan itu tiba-tiba runtuh.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia baru selesai bersarapan di sebuah warung dan singgah di jambatan itu selepas ‘teringin’ melihat arus deras sungai.
Katanya, ketika leka melihat arus sungai itu, dia terdengar bunyi seperti letupan sebelum terjatuh dalam sungai bersama runtuhan konkrit jambatan itu.

“Dalam sekelip mata, saya terjatuh dalam sungai, namun sempat berpaut pada sebuah bot yang berada di pinggir sungai. Orang ramai yang berada di warung berhampiran segera membantu menghulurkan buluh untuk saya berpaut ke darat.

“Saya amat bersyukur umur masih panjang kerana saya mungkin lemas atau ditimpa runtuhan konkrit jambatan itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Berikut adalah sebagian gambar Terkini Keadaan Sebenar Jambatan Kg. Kuau Selepas Runtuh yang dirakam oleh KeluagaKu.


 

Thursday, November 24, 2011

BERITA TERKINI! HARI KE-3 BANJIR DI HULU BESUT:- Mangsa banjir meningkat


Gambar 1: Peta Kawasan-kawasan di Daerah Besut
Hulu Besut, Terengganu, 24.11.11:- Hujan yang berterusan turun sejak semalam menyebabkan semakin ramai yang menjadi mangsa banjir di Hulu Besut & beberapa lagi pusat penempatan sementara mangsa banjir telah bertambah berbanding semalam. Paras air di beberapa batang jalan Jerteh ke Hulu Besut juga menunjukkan peningkatan & masih tidak boleh dilalui.

Calon-calon yang menduduki Peperiksaan SPM di kawasan yang terlibat terpaksa melalui saat getir untuk ke sekolah masing-masing kerana terpaksa menaiki boat dan lori yang disediakan oleh pihak MDB & JKR. Di beberapa jalan yang dinaiki air kelihatan seumpama pesta kerana kelihatan ramai berkumpul & beratur untuk menunggu anak masing-masing menaiki boat untuk ke sekolah mengambil peperiksaan SPM.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga pukul 9 pagi ini jumlah mangsa yang dipindahkan adalah 2849 orang di seluruh negeri Terengganu dan berikut adalah jumlah mangsa banjir yang terlibat di daerah Besut.

Jagual 1: Mangsa Banjir Yang Terlibat Di Besut
Bil
Keterangan
Bil Mangsa
Bil Keluarga
Tarikh Kemaskini





1
SK SERI PAYUNG
95
17
23-Nov-2011 23:12 PM





2
DEWAN SERBAGUNA KG KERUAK
102
23
24-Nov-2011 08:42 AM





3
MASJID KG KERUAK
42
8
24-Nov-2011 08:43 AM





4
MASJID KG LA
288
74
24-Nov-2011 08:43 AM





5
SK KG LA
53
11
24-Nov-2011 08:44 AM





6
BALAIRAYA KG RENEK
7
2
24-Nov-2011 08:47 AM





7
SURAU KG SEBERANG LA
30
6
24-Nov-2011 08:47 AM





8
RUMAH BANJIR PADANG TAPONG
15
2
24-Nov-2011 08:48 AM





9
SURAU KG BERANGAN
9
1
24-Nov-2011 08:48 AM





10
MASJID KG PINANG
40
14
24-Nov-2011 08:48 AM





11
SURAU KG BUKIT MALI
6
1
24-Nov-2011 08:49 AM





12
SURAU KEPALA GAJAH
7
1
24-Nov-2011 08:49 AM





13
BALAIRAYA KG. BUKIT RAMBUTAN
14
3
24-Nov-2011 08:49 AM





14
DEWAN MASJID KG OH
58
16
24-Nov-2011 08:51 AM





15
MASJID KG BUKIT PAYUNG
40
11
24-Nov-2011 08:51 AM





16
GARAJ MASJID KG DARAU
64
19
24-Nov-2011 08:52 AM





17
SMA WATANIAH
70
14
24-Nov-2011 08:56 AM






JUMLAH
940
223


Keadaan cuaca di sini pagi ini mendung dan sesekali berlaku hujan serta angin kencang. Menurut sumber dari JMM Amaran Hujan Lebat (MERAH) telah dikeluarkan sepertimana berikut:-

1-Amaran Hujan Lebat peringkat Jingga yang dikemaskini pada 10.56 pagi 23 November 2011 telah ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat Peringkat Merah.

2-Hujan sekejap-kejap kadangkala lebat di Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dijangka sehingga 25 November 2011. Keadaan ini boleh menyebabkab banjir di kawasan rendah. 

Ini adalah sebahagian gambar yang telah sempat dirakam untuk tatapan pembaca blog KeluargaKu

Jalan Cabang 3 Lata Tembakah: Kenderaan Tersekat Banjir
Jalan Cabang 3 Lata Tembakah: Kenderaan Tersekat Banjir
Jalan Cabang 3 Lata Tembakah: Penduduk Menghantar Anak-anak naik Boat untuk Ke sekolah ambik SPM 2011
Gambar Di Masjid Kg. Bekok: Boat menjadi pengangkutan utama semasa banjir
Sebuah rumah di Kg. Bekok ditengelami air
Lori menjadi satu lagi pengangkutan untuk mangsa banjir bergerak & pelajar SPM ke sekolah
Benteng yang dibina di Kg. La berjaya menahan daripada banjir menjadi semakin teruk
Kelihatan Jelas Kesan Pasir Air Banjir Selepas Surut pagi ini di Kg. La
Kelihatan Jelas Kesan Pasir Air Banjir Selepas Surut pagi ini di Kg. La
Kelihatan Jelas Kesan Pasir Air Banjir Selepas Surut pagi ini di Kg. La

Wednesday, November 23, 2011

BERITA TERKINI HARI KE-2 BANJIR DI HULU BESUT :-GAMBAR & KEADAAN TERKINI

HULU BESUT, TERENGGANU,23/11/2011: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat melebihi tiga kali ganda berbanding petang semalam apabila 1,406 mangsa daripada 342 keluarga dipindahkan sehingga pukul 4.00 petang ini. Hujan masih berterusan dan paras air juga terus menunjukkan peningkatan.

Di Besut, jumlah mangsa banjir juga terus meningkat dari pagi tadi iaitu 362 orang melibat 89 keluarga. Jumlah penempatan sementara mangsa-mangsa juga telah ditambah. Berikut adalah butiran pusat-pusat penembatan sementara banjir & jalan-jalan yang telah ditutup untuk lalu lintas di daerah Besut.

Jadual 1: Senarai Mangsa Banjir di Pusat Penempatan Yang di Daerah Besut
Bil
Keterangan
Bil Mangsa
Bil Keluarga
Tarikh Kemaskini





1
BALAIRAYA KG RENEK
6
2
23-Nov-2011 08:30 AM





2
SURAU KG BERANGAN
9
1
23-Nov-2011 08:30 AM





3
SK SERI PAYUNG
47
8
23-Nov-2011 08:34 AM





4
DEWAN SERBAGUNA KG KERUAK
102
23
23-Nov-2011 15:09 PM





5
MASJID KG KERUAK
49
9
23-Nov-2011 15:11 PM





6
MASJID KG LA
41
18
23-Nov-2011 15:11 PM





7
SURAU KG SEBERANG LA
21
5
23-Nov-2011 15:13 PM





8
SK KG LA
53
11
23-Nov-2011 15:14 PM





9
RUMAH BANJIR PADANG TAPONG
15
2
23-Nov-2011 15:14 PM





10
MASJID KG PINANG
4
1
23-Nov-2011 15:16 PM





11
SURAU KG BUKIT MALI
6
6
23-Nov-2011 15:17 PM





12
SURAU KEPALA GAJAH
9
3
23-Nov-2011 15:17 PM







JUMLAH
362
89


Jadual 2: Senarai Jalan-jalan Yang Ditutup Untuk Rujukan Pemandu

Bil
Daerah
No. Laluan
No. Sec/KM (Lokasi)
Tarikh Ditutup
Aras Kedalaman
Catatan
Laluan Alternatif
Tarikh Dibuka
Tarikh Kemaskini





1
SETIU
T136
JLN SG TONG/PELONG (KG PENGKALAN MERBAU) SEC 1.7
21-Nov-2011
0.2 M
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN
22-Nov-2011 10:44 AM 





2
BESUT
T005
JLN JEREBUN
23-Nov-2011
0.4 M
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN
23-Nov-2011 13:49 PM 





3
BESUT
T54
JLN LAMPU TOK SABOH KG LAMPU AIR
23-Nov-2011
0.4 M
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN
23-Nov-2011 13:59 PM 





4
HULU TERENGGANU
FT14
KG KOLAM HULU TERENGGANU SEC 150
22-Nov-2011
0.4 M
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN
22-Nov-2011 21:16 PM 





5
SETIU
T138
JLN PERMAISURI -HULU SELADANG (SEC 4-6) -KG CHE LONG
23-Nov-2011
1.5 M
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN TIADA JALAN ALTERNATIF 
23-Nov-2011 14:06 PM 






6
DUNGUN
T125
JLN TEPU/KUALA JENGAI
23-Nov-2011
0.25 M
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN
23-Nov-2011 14:17 PM 





7
SETIU
T136
JLN SG TONG/PELONG (KG PENGKALAN MERBAU) SEC 5.6
21-Nov-2011
0.4 M
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN
22-Nov-2011 17:25 PM 





8
HULU TERENGGANU
T108
KG JAK SEC 5.1
21-Nov-2011
0.4 M
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN
22-Nov-2011 17:11 PM 





9
BESUT
T005
SIMPANG KE LATA TEMBAKAH
23-Nov-2011
0.4 M
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN
23-Nov-2011 13:58 PM 





10
BESUT
T157
JLN ALOR LINTAH / KG PINANG SEC. 3
23-Nov-2011
0.3 M
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN
23-Nov-2011 14:01 PM 




11
HULU TERENGGANU
T139
JLN KG MATANG/KG NIBONG/PALOH NYIOR/BUKIT TADOK (SEC 3-8)
23-Nov-2011
1.5 M
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN
23-Nov-2011 13:12 PM 






12
BESUT
T163
JALAN PADANG TAPONG
23-Nov-2011
1.5 M
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN
23-Nov-2011 13:55 PM 





13
BESUT
T005
JLN KG. BEKOK BUKIT PAYUNG
23-Nov-2011
0.5 M
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN
23-Nov-2011 13:44 PM 





14
SETIU
T136
JLN SG TONG/PELONG (KG PENGKALAN MERBAU) SEC 6.8
21-Nov-2011
0.4 M
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN
21-Nov-2011 
22-Nov-2011 10:44 AM 






15
SETIU
T136
JALAN PENGKALAN MERBAU
23-Nov-2011
0.4 M
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN
23-Nov-2011 14:08 PM 





16
HULU TERENGGANU
T108
KG. BUKIT PERAH,KG. JAK/KUALA KETIR (SEC 3)
23-Nov-2011
0.9 M
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN TIADA JALAN ALTERNATIF 
23-Nov-2011 13:18 PM 





17
HULU TERENGGANU
T1692
JALAN MASUK UTAMA FELDA MENGKAWANG (LUBUK PERIUK)
23-Nov-2011
1.5 M
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN
23-Nov-2011 13:29 PM 





18
BESUT
T5
JALAN JERTIH/PASIR AKAR - KERUAK
22-Nov-2011
0.4 M
DITUTUP KEPADA KENDERAAN RINGAN
23-Nov-2011 13:53 PM 






19
SETIU
FT1692
JLN LUBUK PERIUK
23-Nov-2011
1 M
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN
23-Nov-2011 14:15 PM 






20
HULU TERENGGANU
T117
JALAN BUKIT DIMAN/KG. PENGKALAN AJAL (SEC 7 - 8)
23-Nov-2011
1.7 M
DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN TIADA JALAN ALTERNATIF 
23-Nov-20

Dan ini adalah sebahagian gambar-gambar yang telah dirakam oleh KeluargaKu di Hulu Besut, Terengganu.


Jalan Batu 13 Cabang 3 Lata Tembakah Paras Terus Meningkat melebihi 4 kaki
Jalan Batu 13 Cabang 3 Lata Tembakah Paras Terus Meningkat melebihi 4 kaki
Jalan Batu 13 Cabang 3 Lata Tembakah Paras Terus Meningkat melebihi 4 kaki
Jalan Kg. Bekok Paras Air Terus Meningkat melebihi 5 kaki
Keadaan Rumah Mangsa Banjir di Felda Tenang
Keadaan Rumah Mangsa Banjir di Felda Tenang
Keadaan Balai Polis di Felda Tenang dinaiki Air
Keadaan Dewan Serbaguna di Felda Tenang dinaiki Air
Keadaan Balai Polis di Felda Tenang dinaiki Air
Jalan Kg. Bekok Felda Tenang Terputus Dinaiki Air
Jalan Ke Sk Tenang, Felda Tenang Terputus Dinaiki Air
Keadaan Rumah Mangsa Banjir di Felda Tenang
Keadaan Rumah Mangsa Banjir di Felda Tenang

JADUAL 3: Paras Air Di Sungai-Sungai Daerah Besut
StationID
(Photo)
Station Name
(Graph)
District River Basin
(Trend)

Last Update Time
River Level
(Cross-section)
Normal level

5724411   Sg.Besut di Jam.Jerteh Besut Sg.Besut 23/11/2011 - 15:00 8.78 2.30
5524401   Sg.Besut di Kg.La Besut Sg.Besut 23/11/2011 - 15:00 20.52 14.00
5424401   Sg.Besut di Jam.Keruak Besut Sg Besut 23/11/2011 - 14:00 34.87 28.50


BERITA TERKINI HARI KE-2 BANJIR DI HULU BESUT

HULU BESUT,TERENGGANU, 23 NOV 2011- Hujan di Hulu Besut masih berterusan kadang-kandang lebat dan kadang-kadang renyai berserta ribut. Setakat ini jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di tiga daerah di Terengganu kini meningkat kepada 373 orang berbanding 313 mangsa yang dipindahkan petang tadi.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, penduduk yang dipindahkan ialah 560 orang melibatkan 120 keluarga di Besut, Setiu 671 orang melibatkan 168 keluarga dan Hulu Terengganu (83) orang.

Beliau berkata sehingga pukul 6 petang ini sebanyak TUJUH pusat pemindahan telah dibuka di Hulu Besut dan berikut adalah maklumat terkini mangsa-mangsa banjir yang telah dipindahkan mengikut pusat pemindahan yang telah disediakn.
Bil
Keterangan
Bil Mangsa
Bil Keluarga
Tarikh Kemaskini


1
MASJID KG LA
283
72
23-Nov-2011 08:28 AM

2
DEWAN SERBAGUNA KG KERUAK
106
23
23-Nov-2011 08:28 AM


3
MASJID KG KERUAK
88
10
23-Nov-2011 08:29 AM


4
BALAIRAYA KG RENEK
6
2
23-Nov-2011 08:30 AM


5
SURAU KG SEBERANG LA
21
4
23-Nov-2011 08:30 AM


6
SURAU KG BERANGAN
9
1
23-Nov-2011 08:30 AM


7
SK SERI PAYUNG
47
8
23-Nov-2011 08:34 AM




JUMLAH
560
120


Berikut pula adalah paras air di sungai-sungai utama di Terengganu:-

StationID
(Photo)
Station Name
(Graph)
District River Basin
(Trend)

Last Update Time
River Level
(Cross-section)
Normal level
Alert Level
Danger Level
5424401   Sg.Besut di Jam.Keruak Besut Sg Besut 23/11/2011 - 10:00 34.21 28.50 35.00 37.00
5524401   Sg.Besut di Kg.La Besut Sg.Besut 23/11/2011 - 10:00 19.62 14.00 17.20 19.20
5724411   Sg.Besut di Jam.Jerteh Besut Sg.Besut 23/11/2011 - 10:00 8.70 2.30 7.30 8.90
5426401   Sg.Setiu di Kg.Besut Setiu Sg.Setiu 23/11/2011 - 10:00 16.07 13.30 16.40 18.40
5428401   Sg.Chalok di Jam.Chalok Setiu Sg.Setiu 23/11/2011 - 10:00 8.41 5.00 8.00 9.00
5527401   Sg. Setiu di Jam. Permaisuri Setiu Sg.Setiu 23/11/2011 - 10:00 9.12 5.50 7.60 8.80
5624411   Sg.Dungun di Kg.Pasir Raja Dungun Sg.Dungun 23/11/2011 - 10:00 35.40 34.00 36.00 37.50
4730401   Sg.Dungun di Kuala Jengai Dungun Sg.Dungun 23/11/2011 - 10:00 16.99 14.00 19.50 21.00
4832441   Sg.Dungun di Jam.Jerangau Dungun Sg.Dungun 23/11/2011 - 10:00 10.77 5.00 10.90 12.50
4332401   Sg.Tebak di Jam.Tebak Kemaman Sg.Kemaman 23/11/2011 - 09:00 17.68 15.00 19.00 21.00
4131453   Sg.Cherul di Jam.Ban Ho Kemaman Sg.Kemaman. 23/11/2011 - 10:00 13.86 10.00 17.00 19.00
4232401   Sg.Kemaman di Jam.Air Putih Kemaman Sg.Kemaman. 23/11/2011 - 10:00 10.68 9.00 13.00 15.00
4930401   Sg.Berang di Kg.Menerong Hulu Terengganu Sg.Terengganu 23/11/2011 - 10:30 23.09 20.00 23.50 25.00
5029433   Sg.Terengganu di Kg.Dura Hulu Terengganu Sg.Terengganu 23/11/2011 - 10:00 8.66 8.00 15.30 16.80
5031401   Sg.Marang di Jam.Pengkalan Berangan Marang Sg.Marang 23/11/2011 - 10:00 2.34 1.00 2.00 3.00
Orang ramai yang tinggal di tebing sungai terbabit dinasihatkan supaya berjaga-jaga dan berpindah ke pusat pemindahan jika diminta berbuat demikian.

Tuesday, November 22, 2011

BERITA TERKINI BANJIR DI HULU BESUT

HULU BESUT,TERENGGANU,2011/11/22 4.30PM,
Hujan lebat & kadang-kadang renyai masih berterusan dari malam semalam hingga jam 4.30pm. Di Hulu Besut, beberapa jalan iaitu Jalan Jerteh ke Keruak, Kampung La, Kampung Bekok, Kampung Batu 13 dan Gertak Jerebong ditutup kepada semua kenderaan setelah dinaiki air 0.5 meter hingga 2 meter. Beberapa masjid turut ditenggelami air dari paras 0.3m ke 2.0m, masjid yang dimaksudkan adalah Masjid Kampung Bekok & masjid Kampung Batu 13.


Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu berkata di Besut 115 daripada 25 keluarga mangsa-mangsa banjir di Hulu Besut ditempatkan di dewan masjid Kampung Kruak dan dewan serbaguna Kampung Kruak. Penduduk juga diminta sentiasa memantau anak-anak agar tidak dibenarkan bermain air agar tidak ada perkara tidak dingini berlaku.

 Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) melaporkan tiga sungai mencatatkan paras air melebihi paras bahaya iaitu di Sungai Nerus di Kampung Langkap mencecah 22.01 meter (bahaya 21.5 meter) dan Kampung Bukit di Setiu 13.19 meter (bahaya 12.10 meter) serta Sungai Telemong di Kuala Ping berada di tahap amaran 19.63 meter.

Jambatan Kg. Seberang La ditutup kepada semua kenderaan
Paras air dijambatan Kg. seberang La Telah melepasi Paras bahaya
Paras air dijambatan Kg. seberang La Telah melepasi Paras bahaya & kelihatan sebuah rumah telah ditenggelami air
Pemandangan air di sekitar sungai Kg. Sebarang La
Pemandangan Air di sungai Utama La ke Sungai Jerteh
Pemandangan Air di sungai Utama La ke Sungai Jerteh
Jalan Kg. Batu 13 simpang ke Lata Tembakah ditutup untuk semua kenderaan,pagi 10.00am masih boleh dilalui kenderaan tinggi
Terputus Hubungan,Jalan Batu 13 simpang Lata Tembakah Jerteh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...