Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, wanita berumur 27 tahun itu, mendakwa anaknya didapati dalam keadaan nazak dan tidak bermaya pada 3 Julai lalu.
“Menurut wanita itu, terdapat kesan lebam dan luka seluruh tubuh kanak-kanak malang itu, dipercayai didera oleh teman lelakinya.
“Lelaki berkenaan dikatakan membawa anak perempuan wanita terbabit ke bahagian belakang rumah untuk ditanam kira-kira jam 1 pagi keesokannya,” katanya di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) negeri di sini, semalam.
Menurutnya, wanita itu tidak berani membuat laporan lebih awal kepada pihak berkuasa kerana suspek mengugut mahu membunuhnya.
“Bagaimanapun, ibu mangsa akhirnya, berjaya melarikan diri dari rumah didiami bersama suspek sejak awal tahun ini, untuk membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
“Suspek dipercayai sering bertindak kejam mendera kanak-kanak itu dan wanita terbabit dipukul, apabila cuba menghalang,” katanya.
Khalid Redza Shuib, 30, pemegang MyKad 810707-03-6061 diminta tampil untuk membantu siasatan |
Sehubungan itu, Osman meminta Khalid Redza Shuib, 30, pemegang MyKad bernombor 810707-03-6061 tampil membantu polis menyiasat kes itu, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment