HULU BESUT,TERENGGANU,2011/11/22 4.30PM,
Hujan lebat & kadang-kadang renyai masih berterusan dari malam semalam hingga jam 4.30pm. Di Hulu Besut, beberapa jalan iaitu Jalan Jerteh ke Keruak, Kampung La,
Kampung Bekok, Kampung Batu 13 dan Gertak Jerebong ditutup kepada semua kenderaan setelah
dinaiki air 0.5 meter hingga 2 meter. Beberapa masjid turut ditenggelami air dari paras 0.3m ke 2.0m, masjid yang dimaksudkan adalah Masjid Kampung Bekok & masjid Kampung Batu 13.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu berkata di
Besut 115 daripada 25 keluarga mangsa-mangsa banjir di Hulu Besut ditempatkan di dewan masjid Kampung Kruak dan dewan
serbaguna Kampung Kruak. Penduduk juga diminta sentiasa memantau anak-anak agar tidak dibenarkan bermain air agar tidak ada perkara tidak dingini berlaku.
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) melaporkan tiga sungai
mencatatkan paras air melebihi paras bahaya iaitu di Sungai Nerus di
Kampung Langkap mencecah 22.01 meter (bahaya 21.5 meter) dan Kampung
Bukit di Setiu 13.19 meter (bahaya 12.10 meter) serta Sungai Telemong di
Kuala Ping berada di tahap amaran 19.63 meter.
|
Jambatan Kg. Seberang La ditutup kepada semua kenderaan |
|
Paras air dijambatan Kg. seberang La Telah melepasi Paras bahaya |
|
Paras air dijambatan Kg. seberang La Telah melepasi Paras bahaya & kelihatan sebuah rumah telah ditenggelami air |
|
Pemandangan air di sekitar sungai Kg. Sebarang La |
|
Pemandangan Air di sungai Utama La ke Sungai Jerteh |
|
Pemandangan Air di sungai Utama La ke Sungai Jerteh |
|
Jalan Kg. Batu 13 simpang ke Lata Tembakah ditutup untuk semua kenderaan,pagi 10.00am masih boleh dilalui kenderaan tinggi |
|
Terputus Hubungan,Jalan Batu 13 simpang Lata Tembakah Jerteh |
No comments:
Post a Comment