JOHOR BAHRU - Setelah 18 tahun menjalin cinta, seorang eksekutif jualan
memutuskan hubungan dengan kekasih kerana didera. Akibatnya, Fanny, 37,
mendakwa telah disuntik dengan jarum HIV positif yang didakwanya
didalangi bekas teman lelakinya, Jerry, 40.
“Hubungan kami berjalan lancar sepanjang 17 tahun lalu sehingga akhir
tahun lalu, apabila Jerry memberitahu dia sakit teruk, jadi saya
berhenti kerja dan berpindah ke kediamannya untuk menjaganya,” katanya
pada sidang media di sini yang dianjurkan pembantu khas Menteri Besar
Johor, Loh Teh Hian.
Fanny berkata, teman lelakinya mula berubah menjadi seorang yang baran,
malah mendera secara lisan dan memukulnya beberapa kali.
“Setiap kali saya memberitahunya saya akan tinggalkannya, dia akan
ancam mahu menyuntik saya dengan jarum HIV positif, membuatkan saya
terus tinggal di sisinya.
“Dia mula kehilangan berat badan dan mengadu sakit kaki dan dada tetapi
dia tidak pernah membenarkan saya menemaninya untuk mendapatkan
rawatan,” katanya.
Akibat tidak mampu bersabar dengan sikap teman lelakinya, Fanny nekad keluar dari rumah tersebut Selasa lalu.
“Beliau cuba menghubu-ngi saya banyak kali dan merayu agar saya kembali
kepadanya, jadi kami mengadakan pertemuan di sebuah pusat beli belah 16
Oktober lalu.
“Semasa duduk di restoran makanan segera di situ, ada seseorang berlari
ke arah kami dari belakang saya dan ketika itu saya rasakan ada sesuatu
yang mencucuk belakang saya,” katanya.
Sejurus kejadian, teman lelakinya bangun lalu me-ngutip jarum suntikan
yang terjatuh ke lantai, lalu memberitahu saya telah disuntik jarum HIV
positif.
“Beliau berkata kepada saya dengan cara itu, saya akan kembali ke pangkuannya,” katanya.
Jelas Fanny, biarpun pemeriksaan kesihatan telah dibuat dan dia
disahkan bebas HIV, namun doktor menyarankan enam bulan untuk
pemantauan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten
Komisioner, Zainuddin Yaakob mengesahkan menerima laporan tersebut.
“Polis sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan
kerana menyebabkan kecederaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di
sini, semalam.
Tq
Sumber Dari:
Sinar Harian Johor
No comments:
Post a Comment