Tuesday, November 22, 2011

BERITA TERKINI BANJIR DI HULU BESUT

HULU BESUT,TERENGGANU,2011/11/22 4.30PM,
Hujan lebat & kadang-kadang renyai masih berterusan dari malam semalam hingga jam 4.30pm. Di Hulu Besut, beberapa jalan iaitu Jalan Jerteh ke Keruak, Kampung La, Kampung Bekok, Kampung Batu 13 dan Gertak Jerebong ditutup kepada semua kenderaan setelah dinaiki air 0.5 meter hingga 2 meter. Beberapa masjid turut ditenggelami air dari paras 0.3m ke 2.0m, masjid yang dimaksudkan adalah Masjid Kampung Bekok & masjid Kampung Batu 13.


Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu berkata di Besut 115 daripada 25 keluarga mangsa-mangsa banjir di Hulu Besut ditempatkan di dewan masjid Kampung Kruak dan dewan serbaguna Kampung Kruak. Penduduk juga diminta sentiasa memantau anak-anak agar tidak dibenarkan bermain air agar tidak ada perkara tidak dingini berlaku.

 Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) melaporkan tiga sungai mencatatkan paras air melebihi paras bahaya iaitu di Sungai Nerus di Kampung Langkap mencecah 22.01 meter (bahaya 21.5 meter) dan Kampung Bukit di Setiu 13.19 meter (bahaya 12.10 meter) serta Sungai Telemong di Kuala Ping berada di tahap amaran 19.63 meter.

Jambatan Kg. Seberang La ditutup kepada semua kenderaan
Paras air dijambatan Kg. seberang La Telah melepasi Paras bahaya
Paras air dijambatan Kg. seberang La Telah melepasi Paras bahaya & kelihatan sebuah rumah telah ditenggelami air
Pemandangan air di sekitar sungai Kg. Sebarang La
Pemandangan Air di sungai Utama La ke Sungai Jerteh
Pemandangan Air di sungai Utama La ke Sungai Jerteh
Jalan Kg. Batu 13 simpang ke Lata Tembakah ditutup untuk semua kenderaan,pagi 10.00am masih boleh dilalui kenderaan tinggi
Terputus Hubungan,Jalan Batu 13 simpang Lata Tembakah Jerteh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...