Friday, November 25, 2011

JAMBATAN KG.KUAU RUNTUH! DETIK-DETIK CEMAS POK NIK MAHMUD


BACHOK: “Mulanya saya terdengar bunyi seperti letupan sebelum jambatan bergegar dan runtuh. Saya tidak sempat berbuat apa-apa dan terjatuh dalam sungai,” kata warga emas, Nik Mahmud Nik Hassan, 68, yang nyaris maut selepas sebuah jambatan di Kampung Kuau, Perupok, dekat sini, runtuh, semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berada di atas jambatan melihat arus deras sungai sebelum jambatan itu tiba-tiba runtuh.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia baru selesai bersarapan di sebuah warung dan singgah di jambatan itu selepas ‘teringin’ melihat arus deras sungai.
Katanya, ketika leka melihat arus sungai itu, dia terdengar bunyi seperti letupan sebelum terjatuh dalam sungai bersama runtuhan konkrit jambatan itu.

“Dalam sekelip mata, saya terjatuh dalam sungai, namun sempat berpaut pada sebuah bot yang berada di pinggir sungai. Orang ramai yang berada di warung berhampiran segera membantu menghulurkan buluh untuk saya berpaut ke darat.

“Saya amat bersyukur umur masih panjang kerana saya mungkin lemas atau ditimpa runtuhan konkrit jambatan itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Berikut adalah sebagian gambar Terkini Keadaan Sebenar Jambatan Kg. Kuau Selepas Runtuh yang dirakam oleh KeluagaKu.


 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...