Friday, November 4, 2011

Anak Buaya Tembaga Di kawasan Sekolah Keb. Tok Dor

BESUT T November 2, 2011- Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila mendapati seekor anak buaya terperangkap dalam bubu ikan yang dipasangnya di sebuah kolam berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Dor dekat Jabi di sini kira-kira jam 4 petang, Ahad lalu.


Penemuan anak buaya tersebut menggemparkan warga sekolah berkenaan memandangkan tidak pernah buaya tersesat ke kawasan sekolah itu.

Guru Penolong Kanan 1, SK Tok Dor, Ramli Zainal Abidin ketika dihubungi memberitahu, anak buaya jantan yang dijumpai itu bersaiz 43 sentimeter panjang dan dari jenis buaya tembaga.

Menurutnya, pada mulanya pengawal keselamatan tersebut menyangka ia seekor biawak yang cuba memakan ikan dalam bubunya tetapi apabila mengangkatnya mendapati ia seekor anak buaya.

“Anak buaya itu mempunyai corak badan berbintik hitam dan kuning,” katanya.

Ramli berkata, buaya itu dipercayai tersesat dari sebatang sungai yang terletak kira-kira 30 meter dari sekolah itu susulan hujan lebat yang menyebabkan paras air sungai berkenaan meningkat.

Bagaimanapun, orang ramai hairan kerana lebih 20 tahun penduduk kampung berkenaan sudah tidak melihat kelibat buaya di sungai berkenaan.

Katanya, anak buaya itu telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

TQ
Sinar Harian Besut

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...