Thursday, November 24, 2011

BERITA TERKINI! HARI KE-3 BANJIR DI HULU BESUT:- Mangsa banjir meningkat


Gambar 1: Peta Kawasan-kawasan di Daerah Besut
Hulu Besut, Terengganu, 24.11.11:- Hujan yang berterusan turun sejak semalam menyebabkan semakin ramai yang menjadi mangsa banjir di Hulu Besut & beberapa lagi pusat penempatan sementara mangsa banjir telah bertambah berbanding semalam. Paras air di beberapa batang jalan Jerteh ke Hulu Besut juga menunjukkan peningkatan & masih tidak boleh dilalui.

Calon-calon yang menduduki Peperiksaan SPM di kawasan yang terlibat terpaksa melalui saat getir untuk ke sekolah masing-masing kerana terpaksa menaiki boat dan lori yang disediakan oleh pihak MDB & JKR. Di beberapa jalan yang dinaiki air kelihatan seumpama pesta kerana kelihatan ramai berkumpul & beratur untuk menunggu anak masing-masing menaiki boat untuk ke sekolah mengambil peperiksaan SPM.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga pukul 9 pagi ini jumlah mangsa yang dipindahkan adalah 2849 orang di seluruh negeri Terengganu dan berikut adalah jumlah mangsa banjir yang terlibat di daerah Besut.

Jagual 1: Mangsa Banjir Yang Terlibat Di Besut
Bil
Keterangan
Bil Mangsa
Bil Keluarga
Tarikh Kemaskini





1
SK SERI PAYUNG
95
17
23-Nov-2011 23:12 PM





2
DEWAN SERBAGUNA KG KERUAK
102
23
24-Nov-2011 08:42 AM





3
MASJID KG KERUAK
42
8
24-Nov-2011 08:43 AM





4
MASJID KG LA
288
74
24-Nov-2011 08:43 AM





5
SK KG LA
53
11
24-Nov-2011 08:44 AM





6
BALAIRAYA KG RENEK
7
2
24-Nov-2011 08:47 AM





7
SURAU KG SEBERANG LA
30
6
24-Nov-2011 08:47 AM





8
RUMAH BANJIR PADANG TAPONG
15
2
24-Nov-2011 08:48 AM





9
SURAU KG BERANGAN
9
1
24-Nov-2011 08:48 AM





10
MASJID KG PINANG
40
14
24-Nov-2011 08:48 AM





11
SURAU KG BUKIT MALI
6
1
24-Nov-2011 08:49 AM





12
SURAU KEPALA GAJAH
7
1
24-Nov-2011 08:49 AM





13
BALAIRAYA KG. BUKIT RAMBUTAN
14
3
24-Nov-2011 08:49 AM





14
DEWAN MASJID KG OH
58
16
24-Nov-2011 08:51 AM





15
MASJID KG BUKIT PAYUNG
40
11
24-Nov-2011 08:51 AM





16
GARAJ MASJID KG DARAU
64
19
24-Nov-2011 08:52 AM





17
SMA WATANIAH
70
14
24-Nov-2011 08:56 AM






JUMLAH
940
223


Keadaan cuaca di sini pagi ini mendung dan sesekali berlaku hujan serta angin kencang. Menurut sumber dari JMM Amaran Hujan Lebat (MERAH) telah dikeluarkan sepertimana berikut:-

1-Amaran Hujan Lebat peringkat Jingga yang dikemaskini pada 10.56 pagi 23 November 2011 telah ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat Peringkat Merah.

2-Hujan sekejap-kejap kadangkala lebat di Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dijangka sehingga 25 November 2011. Keadaan ini boleh menyebabkab banjir di kawasan rendah. 

Ini adalah sebahagian gambar yang telah sempat dirakam untuk tatapan pembaca blog KeluargaKu

Jalan Cabang 3 Lata Tembakah: Kenderaan Tersekat Banjir
Jalan Cabang 3 Lata Tembakah: Kenderaan Tersekat Banjir
Jalan Cabang 3 Lata Tembakah: Penduduk Menghantar Anak-anak naik Boat untuk Ke sekolah ambik SPM 2011
Gambar Di Masjid Kg. Bekok: Boat menjadi pengangkutan utama semasa banjir
Sebuah rumah di Kg. Bekok ditengelami air
Lori menjadi satu lagi pengangkutan untuk mangsa banjir bergerak & pelajar SPM ke sekolah
Benteng yang dibina di Kg. La berjaya menahan daripada banjir menjadi semakin teruk
Kelihatan Jelas Kesan Pasir Air Banjir Selepas Surut pagi ini di Kg. La
Kelihatan Jelas Kesan Pasir Air Banjir Selepas Surut pagi ini di Kg. La
Kelihatan Jelas Kesan Pasir Air Banjir Selepas Surut pagi ini di Kg. La

1 comment:

  1. Turut berasa simpati malah empati dengan apa yang berlaku di sana. Kami di Kubang Pasu, Kedah juga berada dalam keadaan berjaga-jaga sekarang ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...