SUNGAI PETANI 19 Feb. - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Tikam Batu, dekat sini, yang pembinaannya dibiayai oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Khalid yang berasal dari Kampung Permatang Pasir berkata, masjid baru itu dibina di atas tapak asal Masjid Kampung Permatang Pasir bagi menggantikan masjid lama dengan kos untuk merobohkan masjid lama dan membina masjid baru termasuk kelengkapannya berjumlah hampir RM2 juta.
Katanya, selain mendapat sumbangan pihak tertentu, ia dibina hasil sumbangan Yayasan Nurjiwa yang beliau dan isterinya wujudkan untuk membantu golongan yang memerlukan dan bagi melaksanakan program pembangunan agama.
"Ia mula dibina pada 1 Disember 2009 dan siap pada Ogos 2010. Bangunan utama masjid boleh memuatkan seramai 500 jemaah pada satu-satu masa,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian itu.
Sumber Dari:-
Bernama, Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment