Friday, February 25, 2011

Ngeri: Tangan Lelaki Hampir Putus ditetak di Kuantan

Dasyat & Ngeri,keadaan seorang lelaki yang parah ditetak dan dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 kelmarin

KUANTAN - Seorang lelaki cedera parah ditetak di kaki dan tangan oleh dua lelaki di Lorong Air Putih 106, Taman Tunas Manja 5, di sini semalam.
Lelaki berusia 33 tahun itu ditetak di tangan kanannya di hadapan rumahnya oleh dua lelaki bersenjatakan parang, sebelum dikejar serta dilanggar dari belakang dengan kereta dan ditetak sekali lagi di kaki kanannya.
Lelaki yang bekerja di premis makanan sejuk beku itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan keadaannya dilapor kritikal.
Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Khairi, 33, berkata, selepas ditetak di hadapan rumahnya, lelaki yang berlumuran darah itu berlari sejauh kira-kira 80 meter sambil memegang tangan kanannya yang hampir putus untuk mendapatkan bantuan.

Sumber Dari:
Bernama,Kosmo Terkini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...