Sunday, February 20, 2011

Keajaiban Azizulhasni rangkul gangsa,Tusukan Kayu dibetis....!



MANCHESTER 20 Feb. - Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara Keirin Piala Dunia Berbasikal Trek semalam dengan penuh bergaya dan kesakitan.


Berlumba dalam final Keirin, dia dan tiga pencabar lain terbabit dalam pelanggaran sesama sendiri sebelum bangkit untuk meneruskan kayuhan bertenaga sehingga garisan penamat.

Dia hanya menyedari tahap kecederaannya hanya selepas itu jelas apabila ditunjukkan gambar serpihan kayu yang terkeluar daripada trek ketika kemalangan, menembusi betis kirinya.


Dia dikejarkan ke hospital dan terlepas peluang menaiki podium bagi menerima pingatnya.

Terkini dia sedang menerima rawatan oleh pakar dengan diteman jhon bessley dan dilaporkan dalam berita lewat malam rtm menyatakan dia terpaksa melupakan pertandingan dunia yang akan diadakan pada bulan depan.



Selepas tengok video dan gambar....ape yang terkeluar dari mulutku....eeeeee ngerinya...ape yang aku kagumi semangat juang atlit kita ni..walaupun tercedera teruk dia masih teruskan perjuangan dan memenangi pingat gangsa...kalauan pingat tak penting tapi ape yang ditujukkan itu amat bermakna untuk kita seluruh rakyat malaysia....

Tahniah dan terima kasih The Pocketrocketman,Azizulhasni Awang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...