Gelagat orang ramai yang mengaut dan memunggah beras yang tumpah daripada sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim semalam. |
KUALA KUBU BHARU - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.
Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.
Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.
Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22.
Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.
Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.
Ni sambungan berita dari surat Khabar Kosmo Harini
Namun sampai di lokasi kejadian, treller yang membawa beras dipercaya ini dipandu laju terlanggar bahagian belakang lori yang membawa pasir yang diekori dari jarak dekat.
Akibat perlanggaran kuat itu, beras daripada treller tersbut tumpah, begitu juga pasir," katanya.
Menurut Ismail, beras dan pasir itu menutupi lebuh raya itu sepanjang 50 meter dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Berikut kejadian itu, katanya terdapat pengguna lebuh raya berhenti di bahu jalan telah mengambil beras itu dengan diisi dalam pelbagai bekas.
Beliau memberitahu, lebuh raya itu kemudian dibersihkan dan dalam tempoh satu jam kemudian lalu lintas berjalan lancar semula.
Polis masih menyiasat punca kemalangan itu.
Sumber dari:
kosmo online dan Akhbar kosmo 23.2.2011
Hindarilah perkara yang haram dan milik orang lain..kalu dimakan ia akan jadi darah daging.
ReplyDeleteNanti saya cuba cari dan paparkan ulamak...
seronok nye dorang nie kaut beras2 tu..
ReplyDeletetak hirau nasib pemandu lori yg tengah parah tu..
agaknya dlm hati dorang tu masti berkata, "Aku peduli apa"..
Apa nk jadi, tak tau la...