Wednesday, February 23, 2011

Live Perlawanan Malaysia Vs Pakistan :- Kelayakan Sukan Olimpik 2012

Sepak mula
Malaysia mendapat gol pertama pada minit ke 3 melalui wan shahrul



Minit ke 15 Tendangan Percuma dari muthu sami terkena palang gol..
Minit Ke 18,Malaysia sekali lagi mendapat sepakan percuma,oooo sayang sedikit tinggi di atas palang..
Malaysia banyak menguasai perlawanan

Pakistaan cuba mengasak tapi berjaya di halang oleh pertahanan malaysia
Asakan dari fadli mendapat amaran dari pengadil
Satu gerak menarik minit ke 20 dari shakir ali,tetapi sayang sepakan leret berjaya diselamatkan oleh penjaga gol pakistan.

Minit ke 25 ketua pakistan mengalami kecederaan apabila berlaku pertembungan pemain malaysia afizi..

minit ke 30 pakistan mendpat tendangan percuma dan berjaya disepak keluar oleh pertahanan malaysia..

Satu lagi pertembungan berlaku,pemain no 14 mas dengan pemain no 6 pakistan dan malaysia mendapat tendangan percuma..malang sekali tendangan berjaya disepak keluar oleh pemain pakistan

permain agak keras..satu kecederaan dialami oleh pemain pakistan pada minit ke 33,
malaysia mengatur gerakan dari kiri ke kanan oleh pemain syap mas iaitu fandi othman..kuthu sami melakukan sepakan ke pintu gol ttpi tersasar..

Bola banyak berlegar di kawasan pakistan...Satu hantaran dari tengah dari muthu sami terus ke pemain pakistan..Pakistan membuat serangan,sepakan kalimullah sedikit tersasar apabila bola muntah dari pertahanan malaysia terus ke kaki beliau pada minit ke 38.

Minit 41 pakistan membuat serangan ke pintu gol malaysia tetapi berjaya diptahkan oleh tertahanan malaysia..minit ke 43 malaysia menggerakkan serangan dari tengah terus ke syakir tapi sayang tandukannya sikit tersasar..masa menuju waktu rehat..pakistan buat gerakan ke kawasan malaysia, dan satu pertembungan berlku dan syakir dilayangkan kad kuning pada minit ke 44..pemain no2 faizal ikbal dari pakistan terbaring kesakitan..

Sepakan percuma dari pakistan ke pintu gol mas,dan satu pertembungan berlaku..Khairul Fahmi berjaya menangkap kemas bola tapi pemain pakistan bertindak kasar kepada apek..ansar abbas diberi kad merah...



satu serangan balas dilakukan malaysia pada minit ke 48,berlaku pergelutan dipintu gol pakistan.....cantik2....Golllllllllll..minit ke 49 satu tendangan 1st timer oleh irfan fazail berjaya menerjah jaring gol pakistan...



Prit.....minit ke 50 separuh masa pertama di tamatkan...malaysia berada kedudukan selesa untuk menuju ke bilik persalinan...Separuh masa kedua pastinya lebih menarik apabila pakistan hanya akan bermain dengan 10 orang saja...

Jom Minum Kopi..

Separuh masa

Pakistan mula sepak mula...malaysia memulakn serangan awal tapi berjaya disepak keluar oleh pertahan pakistan...Malaysia masih mengawal perlawanan,Fandi othman berjaya menghantar bola ke tengah sepak penalti kawasan pakistan ttapi berlaku sedikit kekasan dan pakistan berjaya mendpat sepakn percuma..sepakan dilkukan oleh penjaga gol pakistan.

Maysia pula mendapat sepakan percuma,Muthu ambil sepakan terus ke pintu gol dan berjaya ditandduk lemah oleh fadli sarani terus ke penjaga gol pakistan..

minit ke 5o malaysia mndapat sepakan sudut dan malaysia membuat pertukaran pertama dengan membawa masuk sivanesen.

Minit ke 54 wan shahrul terlepas peluang apabila gerakan menarik menggelecek pertahanan pakistan akan tetapi sepakan lencong lemah berjaya ditangkap penjaga gol pakistan..

Minit ke 57,sepakan dari fakri saarani dari luar kotak panalti terkena palang gol....Kalau gol msti gol tercantik..Malaysia menggunakan sebaik mgkin bermain dengan kelebihan 1 pemain.

Minit ke 65, malaysia membuat gerakan menarik melalui mahali terus ke fakri saarani..sayang sepakan fakri berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol baru pakistan..

Mint ke 67 pakistan membuat serangan balas tetapi tendangan pemain pakistan berjaya disekat oleh fadli shas..Zack haikal dibawa masuk menggantikan wan zaharul diminit ke 69.

Minit ke 72 malaysia mendapat tendangan sudut tapi berjaya ditumbuk keluar oleh penjaga gol..pakistan sekali skala melakukan serangan balas tetapi hanya berjaya smpai dikawasn tengah sahja..Perlawanan nampaknya berat sebelah tetapi malaysia masih buntu untuk mendapatkan sentuhan golllll...

Malaysia memerlukan kedudukan selesa untuk dibawa ke pakistan...Minit ke 80, malaysia 2 pakistan 0....satu sepakan sudut dari malaysia berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol pakistan..nampaknya kemasukan penjaga gol baru pakistan telah banyak menghalang bola dari sepakan percubaan pemain malaysia..

Minit 81,Perlawanan nampak semakin rancak..sepakan dari fahli shas dari luar kotak panalti berjaya dtepis keluar dan mas mendapt sepakan sudut...

minit ke 83,malaysia membuat pertukaran ketiga dengan membawa masuk pemain no10 faris daneil menggantikan Fandi no17..minit 85 pakistan pula membawa keluar kalamullah dan membawa masuk Fatullah..

minit ke 86 malaysia mendapat tendangan percuma dan 7 pemain menunggu dalam kotak panalti..sepakan berjaya ditangkap oleh pnjaga gol pakistan..

Minit ke 88 malaysia terlepas peluang untuk menambah gol apabila hantaran mahali gagal disudahkan dengan baik oleh k gurusamy..

minit ke 90 malaysia belum berjaya menambahkan gol,Tambahan masa 5 minit...Minit 93 mahali dipersalahkan kerana melakukan keksaran,sepakan pakistan disekat oleh pertahan malaysia..

pritttttt prtirrrttttt

perlawanan ditamatkan malaysia 2 pakistan 0

Terima kasih

Update Video dari:
sokernet

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...