Sunday, February 27, 2011

Terkini:- Azizulhasni boleh berjalan tanpa bertongkat

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang semakin menunjukkan tanda pemulihan positif selepas menjalani pembedahan membuang serpihan kayu di bahagian betis kiri.

Perkembangan terbaru yang pastinya melegakan peminat ialah Azizulhasni kini sudah boleh berjalan tanpa perlu mengunakan tongkat.

Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad yang mengikuti perkembangan terkini pelumba itu berkata, jika Azizulhasni pulih dalam masa terdekat, tidak mustahil jaguh negara itu akan beraksi pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Apeldoorn, Belanda pada 23 Mac ini.

Katanya, ketika ini Azizulhasni hanya memerlukan masa untuk pulih daripada pembedahan yang dijalankan di Hospital Diraja Manchester.

''Saya ada menghubungi Azizulhasni semalam (kelmarin) dan dia beritahu saya bahawa dia sudah tidak perlukan tongkat lagi untuk berjalan.

''Ini merupakan tanda positif yang ditunjukkan oleh Azizulhasni, malah saya berharap dia dapat beraksi di Apeldoorn pada Mac ini.

''Walaupun pada peringkat awalnya kita bercadang untuk tidak memaksa beliau beraksi pada perlumbaan di Apeldoorn kerana mahu dia berehat, namun jika dia pulih sepenuhnya, sudah pasti kita akan benarkan dia beraksi,'' katanya di sini, semalam.

Tambah Naim, kecederaan yang dialami oleh Azizulhasni tidak akan menjejaskan keupayaan pelumbanya, kerana ujian imbasan yang dilakukan mendapati tiada sebarang salur darah terjejas akibat tusukan serpihan kayu trek.

'tidak mengalami kecederaan yang teruk dan kini dia hanya menunggu masa untuk jahitan pada kakinya itu pulih sepenuhnya.

''Saya juga amat yakin prestasi Azizulhasni akan berada seperti sebelum ini selain berupaya memberikan saingan sengit kepada pelumba-pelumba lain,'' kata Naim.

Terima Kasih Kepada:
Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...