Monday, February 21, 2011

STPM: Secara Keseluruhannya Peratusan calon lulus penuh menurun

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Jumlah peratusan calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat matapelajaran telah menurun iaitu dari 47.72 peratus pada tahun 2009 kepada 46.41 peratus untuk 2010.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof. Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak ketika mengumumkan keputusan STPM berkata, prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara dengan calon bandar jauh lebih baik.

Pencapaian STPM calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mendapat lulus penuh dalam lima subjek di seluruh Negeri Terengganu seramai 12 orang. PPD Besut secara keseluruhannya meningkat iaitu 5 orang dpt straight A. Mengikut sumber dari Cikgu Noraini Bt Abdullah Cikgu SMKBP,Pencapaian SMK Bukit Payong, Besut begitu baik iaitu ke di seluruh Terengganu dan Terbaik Diperingkat PPD Besut dengan 2 org mendapat straight A diikuti SMK Putra 1 Orang, SMK Tengku Mahmud 1 Orang dan SMK Maarif 1 orang..

Tahniah Kepada Keseluruhan Guru dan Pentadbir SMK Bukit Payong di atas kejayaan ini...Sesungguhnya warga SMKBP memang Yang TERBAIK...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...