20/02/2011 4:04pm
KEMAMAN — Tiga anggota polis masing-masing berpangkat Koperal, Sarjan dan Sarjan Mejar hari ini mengaku tidak bersalah di mahkamah Sesyen di sini, atas dakwaan menerima rasuah dari seorang kerani sebuah syarikat besi buruk.
Koperal Baderulhisham Abdullah Sani, 46, Sarjan Almi Yaccob, 56 dan Sarjan Mejar Shamsudin Omar, 52 yang bertugas di Ibupejabat Polis Daerah Kemaman didakwa secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut kertas pertuduhan, Baderulhisham didakwa menerima suapan berjumlah RM500 dari Nor Hasni Maria Ab Rahim untuk tidak melakukan sebarang pemeriksaan rekod belian besi buruk di premis RBA Metal Sdn Bhd di Jalan Bukit Kuang, di sini.
Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 4.50 petang 17 Dis 2009.
Ahmad Bazli menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes itu bagi memberi peluang tertuduh melantik peguam dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000.
Sumber Dari:-
Bernama,Kosmo
No comments:
Post a Comment