Sunday, February 20, 2011

Dunia Luar Huru Hara,Pelajar cedera ditembak dalam pertempuran di Yemen

SANAA 20 Feb. - Beberapa orang pelajar ditembak dan mengalami kecederaan dalam pertempuran dengan penyokong kerajaan berhampiran Universiti Sanaa, semalam.

Kementerian Dalam Negeri Yemen bagaimanapun menafikan laporan awal yang menyatakan bahawa seorang penunjuk perasaan antirejim telah ditembak mati.

"Beberapa penunjuk perasaan cedera, tetapi hanya empat orang berada di hospital," kata seorang pegawai dalam laman web berita kementerian itu, Sep26.net dan menambah kata bahawa tiada sebarang kematian setakat ini.

Sumber dari:
AFP, Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...