Saturday, February 26, 2011

Semua Pejabat Pos beroperasi esok untuk pengguna bayar saman

KUALA LUMPUR:
Semua pejabat pos di seluruh negara dibuka esok untuk memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman trafik mereka pada hujung minggu.

Pengarah Pengurusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar berkata, waktu operasi adalah seperti hari biasa.

Gambar Hiasan: Datuk Syed Faisal Albar

"Kami faham ada pelanggan yang sukar menjelaskan bayaran saman mereka pada hari bekerja, justeru kami berusaha membantu dengan membuka pejabat pos terpilih untuk sebarang urusan pada hari Ahad.

"Kami harap pelanggan akan menggunakan peluang ini untuk menjelaskan bayaran saman mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi talian Posline di 1-300-300-300 atau layari laman web www.pos.com.my.

Terima Kasih Kpd:-
Bernama & Mymetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...