Friday, February 25, 2011

Harini Hari JUMAAT..Ape Yang SUNAT Boleh Kita Buat


Pada Awal pagi yang hening ini saya terpanggil untuk mencoret sedikit mengenai penghulu segala hari iaitu JUMAAT..Dihari ini terdapat satu ibadat yang wajib ditunaikan oleh hamba Allah yang bergelar lelaki iaitu Solat Jumaat..

Solat Jumaat dilakukan pada hari Jumaat pada waktu Zohor sebanyak dua rakaat sahaja. Hukumnya fardu ain bagi setiap orang lelaki yang dewasa dan cukup syarat2 nya serta tidak wajib pula ke atas wanita dan kanak2 yang belum akhir baligh..

Firman ALLAH S.W.T: Surah Al-Jumaat: 9-11

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak- banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

Dan hal ini dikuatkan lagi dengan Sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud:


"Jumaat itu hak yang wajib dikerjakan ke atas setiap-tiap orang Islam secara berjemaah kecuali hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit"

Dihari Jumaat yang indah ini banyak perkara sunat yang boleh sama-sama kita amalkan, antaranya ialah:

1. Mandi sunat hari Jumaat, terutamanya sebelum pergi ke Masjid.
2. Bersugi
3. Memotong kuku dan rambut yang panjang


4. Berhias dengan memakai pakaian yang baik-baik dan warna yang sebaik2 nya adalah putih.
5. Memakai Bau-bauan
6. Bersegera ke Masjid
7. Membaca Al-quran dan berzikir serta berselawat pada malam dan hari Jumaat.
8. Mengerjakan Solat Sunat Qobliyatan dan Ba'diyatan

Namun begitu masih terdapat di mana-mana tempat segelintir hamba ALLAH yang gagal menunaikan suruhan ALLAH yang fardu ain ini. Tak kira muda mahupun tua, antara alasan yang diberikan adalah uzur...

Inilah adalah yang maksudkan UZUR JUMAAT

1. Sakit yang sukar untuk ke masjid atau bimbang bertambah teruknya sakit.
2. Hujan, jika hujan itu menyebabkan kesusuhan untuk pergi ke masjid seperti banjir besar yang kadang dialami setengah tempat.
3. Orang musafir.Sekalipun waktu solat Jumaat didirikan ketika dia sedang berhenti.
4. Orang yang sedang bersembunyi kerana takut kepada pemerintah yang zalim dan kejam.

Sekian dulu untuk renungan diriku dan sape-sape yang membaca artikal ini...

Renung - renungkan dan selamat beramal...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...