Thursday, February 24, 2011

Yayasan Terengganu Menanggung kos kepulangan semula 240 pelajar tajaannya ke mesir


Kuala Terengganu:
Kos kepulangan pelajar negeri ini yang menuntut di Mesir akan ditanggung sepenuhnya oleh penaja masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, Yayasan Terengganu (YT) akan membayar kos kepulangan semula pelajar tajaannya ke mesir seramai 240 orang.

“Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) pula sudah mewujudkan tabung bagi membiayai kos penerbangan pulang pelajar mereka seramai 323 orang,” katanya kepada Teganukita.

(Gambar Hiasan: MB beramah Mesra dengan sebahagian anak Terengganu yang belajar Di Mesir)

Beliau berkata, kerajaan negeri belum membuat keputusan mengenai lebih 200 pelajar yang belajar di Mesir secara persendirian.

Bagaimanapun, katanya, nasib mereka tidak akan diabaikan dan kemungkinan besar akan diberi bantuan, tetapi bentuknya belum dapat ditentukan.

YB Haji Ahmad Razif berkata, pada masa ini kerajaan negeri sedang memantau keadaan di Mesir yang dikatakan sudah reda selepas perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.

“Kita juga sedang berunding dengan pihak berkuasa Mesir mengenai kemungkinan membawa pensyarah ke negara ini bagi membolehkan pelajar mengikuti kuliah dan mengambil peperiksaan di negara ini,” ujarnya.

Sumber Asal Dari:
www.terengganu.gov.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...