Sunday, February 27, 2011

Terengganu:- Kerana Lilin Rumah ibu tunggal hangus terbakar

27/02/2011 8:12pm

KUALA TERENGGANU - Rumah milik seorang ibu tunggal, di sini, hangus dijilat api dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada lilin yang digunakan ketika bekalan eletrik terputus.

Kebakaran menyebabkan Nah Ngah, 59, yang tinggal bersama seorang anak perempuan yang juga ibu tunggal berusia 30-an serta tiga cucu berusia antara tujuh dan 15 tahun tinggal sehelai sepinggang.

Nah yang bekerja sebagai pembantu kantin di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang ketika ditemui pemberita, berkata beliau menyalakan lilin bagi memudahkan cucu-cucunya bersiap ke sekolah setelah bekalan eletrik di rumahnya di Kampung Titian Hangus, Bukit Besar, di sini terputus kira-kira pukul 7 pagi ini. - Bernama

3 comments:

  1. kesian mereka..
    semoga mereka tabah menghadapi dugaan..

    ReplyDelete
  2. itula kasih seorang ibu & nenek..semoga da pihak yang sudi menghulur bantuan..

    ReplyDelete
  3. boleh tolong saya dapatkan no telefon warga emas ini?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...