Thursday, February 24, 2011

Kerajaan Kelantan senada dengan Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan Pusat: Setuju biayai semua pelajar pulang ke Mesir


KOTA BHARU 24 Feb. - Kerajaan Pas Kelantan bersetuju membiayai penghantaran pulang semua 1,006 penuntut anak negeri itu di Mesir untuk meneruskan pengajian mereka berikutan pergolakan di negara itu yang kembali pulih.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco di Kuala Lumpur, malam tadi, yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Mereka yang terbabit terdiri daripada pelajar di bawah tajaan sama ada berbentuk biasiswa atau pinjaman dari Kerajaan Persekutuan atau negeri,” katanya.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...