Friday, February 25, 2011

PRK Dun Kerdau :- Spekulasi Dua Ibrahim Meleset...Inilah Calon Yang Sebenar

KUALA LUMPUR, 24 Feb:
PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau. Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.


Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin (kiri) sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.
Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.
Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.
Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di sudan dalam industri minyak dan gas.
Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga  aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.



Sementara itu Barisan Nasional pada 22 Feb 2011 terlebih dahulu menamakan calon mereka iaitu Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad calon Barisan Nasional untuk Pilihran Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau, Pahang, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Temerloh, Pahang pada Selasa.
Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Feb lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Feb ini.


Sumber Dari:
http://www.harakahdaily.net,Malaysiakini & Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...